Assalamualaikum.
Harap admin approve confession aku. Terima kasih.
Aku just nak ceritakan pengalaman aku dalam memilih kawan. Sebelum tu, aku nak bagitahu yang aku jenis manusia introvert. Sangat malu dan sangat pendiam. Kecuali dengan kawan aku yang betul-betul rapat, yang aku dah berkawan sejak bertahun-tahun lamanya.
Masa aku darjah 1 sampai 3, aku berkawan dengan kawan-kawan yang jenis gila-gila. Padahal aku ni masa prasekolah, jenis seorang yang amat pendiam, jenis perhati budak lain je dari jauh. So, bila dapat kawan jenis gila-gila ni, aku pun lama-lama dah jadi sekepala dengan diorang.
Gila-gila yang aku maksudkan ialah, jenis sanggup masuk kelas lambat sebab nak siapkan keje sekolah, lepak dalam toilet, main dengan budak lelaki tanpa batas. Tapi tak kisah pun, sebab masa tu kanak-kanak twister lagi, belum baligh. Jadi, rapat dengan kawan-kawan lelaki pun tak kisah lah kan.
Bila masuk je darjah 4, aku still lagi berkawan dengan kawan-kawan aku yang sebelum ni, masih sekelas, tapi aku dah kurang rapat dengan mereka. Aku mula rapat dengan satu grup ni yang boleh dikatakan se-geng dengan aku jugak. Jenis pendiam dan pemalu semuanya. Dan geng aku yang ni lah, aku rapat sampai sekarang. BFF forever
Bila aku mula berkawan dengan mereka ni, perangai aku jadi berubah. Which is aku rasa good for me. Aku yang dulu bersikap open, kawan rapat, selalu main-main and gurau dengan budak lelaki, dah jadi hilang sikit-sikit. Aku jadi makin pemalu.
Aku mula malu nak main cuit-cuit, sentuh and bergurau senda dengan lelaki. Nak cakap dengan classmates aku yang lelaki pun aku malu. Every time lalu depan orang, aku tunduk je. Mampu senyum je lah sebab aku malu nak tegur, unless orang tegur aku dulu. Dan aku ni bukan lah jenis friendly pun.
Aku rasa perubahan sikap ni atas 2 faktor lah. Sebab aku berkawan dengan geng baru aku yang memang jenis depan lelaki pemalu dan pendiam dalam kelas. Kedua, mungkin sebab faktor umur. Ye lah, masa tu dah kira besar sikit lah kan, dan dah nak baligh. So, kau lebih tahu adab-adab and maruah kau dengan lelaki ajnabi. Kau jadi lebih pemalu.
Sampai lah naik sekolah menengah, aku still dengan geng aku yang pemalu dan pendiam ni. Bila jumpa kawan-kawan baru yang lain (masa mula-mula masuk form one), aku jadi terkejut bila tengok lelaki perempuan bertepuk tampar, gurau macam adik beradik, pegang-pegang. Ya lah, sebab aku dari sekolah rendah terbiasa berkawan dengan geng yang bukan jenis macam tu kan. So, agak surprise la aku.
Aku ni tak de lah alim atau warak sangat pun. Aku bercakap je dengan kawan-kawan lelaki tapi kalau nak pegang-pegang, tepuk tampar, kongsi straw minum air, kongsi sudu tu bukan aku lah.
Lepas PMR, aku terpisah dengan geng aku tadi. Aku pindah sekolah, masuk MRSM. Start lah dunia baru aku, dapat kawan dari sekolah agama. Jenis alim alim, muslimah jugak lah. Pakai baju besar-besar, labuh, pakai stokin, handsock apa semua. Solat tak tinggal.
Bila berkawan dengan kawan yang macam tu, sekali lagi aku berubah. Berubah jadi makin baik. Bukan lah bermaksud geng aku yang sebelum ni tak baik, tapi kitorang biasa-biasa je. Solat tu tak tinggal, tapi bab pemakaian jenis pakai tudung sekadar tutup dada sampai perut je lah, baju agak-agak longgar sikit, lepas punggung dah.
Tapi kawan baru aku ni, jenis pakai baju besar gedabak gila, tudung paras paha, budak sekolah agama kan. Aku pun terikut-ikut lah. Solat aku, aku perbaik, mula pakai stokin, handsock apa semua. Sejujurnya, kawan aku ni tak pernah pun nak dakwah aku melalui lisan. Maksudnya dia tak pernah pun nak cakap,
“Weh, kau kena pakai baju besar, pakai handsock, ngaji jangan lupa..”
Tak, dia bukan macam tu. Tapi bagi aku, dia berdakwah, mengajak kepada amal makruf nahi mungkar melalui perbuatan dan personaliti. Bila tengok dia pakai baju labuh, pakai stokin apa semua, aku jadi tenang, jadi rasa follow dia. Aku mula malu bila pakai jeans ketat, pakai tudung pendek atas dada, tak lupa stokin. Bila depan lelaki, aku banyak diam, lalu depan lelaki, aku tunduk je. Aku terikut-ikut dengan sikap dia. Pelihara maruah, pelihara mata, pelihara lisan, dan semua lah.
Bila aku mula masuk universiti, aku terpisah. Aku sorang-sorang, aku tak kenal sesiapa dekat universiti ni. Semua kawan baru. Mungkin Tuhan nak uji aku, sejauh mana iman aku mampu bertahan. Tuhan bagi aku housemates yang jenis freehair, tak solat, jarang-jarang solat, yang jenis tak jaga percakapan, setakat perkataan b*b*, b***h, bangang, f**k, tu semua dah jadi zikir harian mereka. Tak lupa jugak jenis yang konon hispurrr abadi, seluar singkat, baju ketat, tudung tak tutup dada. Yang jenis keluar berduaan dengan laki tetiap hari.
Menangis jugak lah aku mula-mula tu. Dah takde kawan yang sama-sama nak ajak aku solat, sentiasa ingatkan aku tentang aurat, sentiasa ingatkan aku pakai stokin. Rasa down sangat. Kenapa lah Allah uji aku dapat kawan macam tu. Aku nak kawan aku yang lama balik.
Setahun aku dengan diorang, lama-lama aku jadi terikut-ikut jugak. Kadang-kadang terlepas sebut “b***i” bila tengah marah. Padahal selama ni, aku jaga sangat, taknak mencarut. Bila tengok diorang berpakaian macam tu, aku jadi terfikir, terikut, rasa macam, “eh lawa pulak kan kalau pakai tudung singkat, baju ketat, baru lah nampak lawa sikit badan ni, nampak lagi kurus”.
Aku tahan je semua ni. Tapi aku still contact dengan kawan-kawan aku yang dulu semua tu, cuma aku nak cakap, bila hari-hari kau lalui dengan orang macam tu, kau akan terikut jugak lama-lama. Masa ni lah kau boleh nampak, iman kau senipis kulit bawang atau tak. Hati kau mudah berubah atau tak.
Tapi tapi tapi, part lelaki tu, aku tak de lah terikut-ikut. Yang tu still dalam control. Setakat ni Alhamdulillah, aku mampu jaga pergaulan dengan lelaki. Tapi part aurat tu, solat, aku tewas. Kalau dulu, sejak jumpa kawan aku yang alim tu, aku dah tinggalkan seluar jeans aku yang ketat, mula selesa pakai jubah sebab orang tak nampak bentuk badan kau. Sekarang, aku start pakai jeans balik.Kadang-kadang kau rasa malas nak bangun solat subuh, walaupun kau dah tersedar. Kau rela tidur, dan qada solat tu kemudian nanti bila kau bangun. Allahu.
Sekarang ni, bila aku jumpa balik orang-orang yang jenis alim, aku rasa sedih sangat. Kecewa dengan diri sendiri. Sekarang ni, aku masih dalam tempoh perbaiki diri semula. Mula pakai handsocks balik, mula pakai stokin, mula jaga percakapan, mula jaga maruah, mula mengaji balik. Doakan aku lepas ni jumpa dengan orang yang baik-baik yang selalu bimbing aku untuk dapat Redha Allah.
Tolonglah ambik iktibar dari semua cerita aku. Aku just nak sampaikan main point dia, dengan siapa kau berkawan, akan jadi cermin peribadi dan akhlak kau. Pilih lah kawan yang baik-baik, InsyaAllah, kau takkan tersasar.
Bila jauh dengan family, jangan lupa jaga solat, jaga maruah, jaga ikhtilat. Parents jauh, susah kalau nak dapat kawan yang jenis remind kau setiap masa atau tanya dah solat ke belum, setiap kali masuk waktu. Moga hidup kita diberkati Allah.
Ibaratnya, kalau aku ni lelaki, berkawan dengan yang jenis hisap rokok, aku pun senang-senang camtu je ikut hisap rokok sebab terpengaruh. Nampak tak betapa rapuh nya iman aku ni.
Moga jadi pedoman buat semua. Dan bimbinglah sekali kawan kau yang tersesat tu ke jalan Allah. Jangan biar kau sorang-sorang je yang masuk Syurga nanti. Ajak dia sekali. Mana tahu, kawan yang dulu jahil, solat tak pernah, tapi sekali dia bertaubat, dia jadi lebih baik dari kau. Hidayah Allah itu Maha Hebat. Dia mampu bagi sesiapa je kalau Dia nak.
Kawan aku yang freehair tu, Alhamdulillah sekarang dah bertudung cantik. Mungkin berkat tengok kitorang semua housemates yang lain manis je bertudung. Tapi part solat tu aku tak mampu, walau banyak kali cuba. Semoga Allah sahaja yang beri hidayah. Amiin.
Dan mencegah dengan hati itu adalah selemah lemah iman.
– Hello Kitty
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit