Hai. Admin please rahsiakan nama aku. aku punya confession aku sikit je rasanya, tahun lepas doktor cabut satu gigi depan aku. Kan gigi depan ada gigi rabbit dua batang tapi satu gigi rabbit aku kena cabut sbb aku jatuh dua tahun lepas. Lepas jatuh tu, doktor splint gigi aku. Lepas splinting tu dah okay dah tapi aku terlanggar dinding pula, so kena splint lagi walaupun doktor ckp kalau gigi kena splinting for sec times mmg harapan nipis nak selamatkan gigi tu. tapi aku diuji lagi apabila aku terhantuk lagi. Mak aku bawak pergi jumpa doktor, and doktor cakap gigi aku kena cabut. So lepas kena cabut tu aku start pakai gigi palsu. Aku sedih sangat tapi mungkin ni kafarah dosa untuk aku. Mungkin mulut aku ni banyak berkata yang tak baik. Mula-mula aku sedih sangat, aku jumpa kawan-kawan pun cakap sorok2 takut kawan-kawan aku perasan aku pakai denture. Tp alhamdulillah setakat ni kawan2 aku tak tahu aku pakai denture kecuali seorang kawan baik aku yang baik sangat. Aku rasa rendah diri sangat sekarang ni. Nak tanam gigi mahal. So aku nak tanya, kalau lah aku nak kahwin then aku jujur dengan bakal suami aku yang aku pakai denture. Kalian rasa dia akan terima aku seadanya tak?

– Gadis misteri

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

23 Comments

  1. bagi tahu . serious aku bgtau , bagitahu . cea ko pikir , kalau dah kawin , then dia tahu lepas kawin , kalo dia tak boleh terima macam mana ? sakitkan ? baik bersakit² dahulu .at least majlis kawin ko xmembazir . kalau dy syg , dy boleh terima ko seadanya . serius . bagitahu sebelum kahwin . sakit ni kejap je . lek , Allah dah atur y terbaik . percaya pada Allah . ada sebab dia buat macam tu . bersangka baik selalu dengan Allah ☺

  2. Teringat kisah saya. Dulu waktu study jatuh pengsan kat lantai bilik. Sedar2 je bibir ada yg koyak. Gigi bergoyang. Bila ditahan kat unit kecemasan hospital dan pas dah jahit bibir, doc suh pi jumpa doc gigi utk tengok gigi. Satu drpd gigi depan saya diorang ckp tak berfungsi pas diorang buat ujian gigi. Ntah pe nama dia. Mungkin disebabkan hentakan tu. Diorang kata nak cabut sebab gigi tu dah mati. Dahla gigi arnab kat depan. Tapi kuasa Allah haritu mesin rosak, then diorg suh saya pi rujuk ppukm utk cabut gigi kat sana. Pi sana pun dgn kuasa Allah doc nya ada hal meeting kat luar. Pas balik tu sya doa kat Tuhan minta ampun atas dosa dan minta dipulihkan kesihatan. Pas beberapa hari, gigi yg dikatakan mati tu dah berfungsi. Kiranya kalau saya ketuk gigi tu terasa sakit. Tu jelah. Saje nak story. Pgajarannya, kalau rasa down ke apa sebab sakit ke kekurangan doa kat Allah minta ampun dosa.

  3. Dah kenape asyik langgar dinding, tergolek, terjatuh bagai. Aku nasihatkan ko pakai helmet. XD

    Jk. Btw, aku tak rase gigi boleh jd alasan utk tidak terima seseorang. Comel pe gigi rongak. Alalalaa.

  4. hari tu akak ada tertengok kat tv rancangan tajuk Too Ugly For Love. ada minah mat saleh ni sorang ada problem alopesia. keguguran semua bulu di badan. botak. kening pun tak dak.

    kak pun tanya kat husband. You, kalau la i masa jumpak u, i mcm ni, you mau dak kawen dgn i?

    laki kak jawab – kalau dah cinta, bukan nampak dah benda2 mcm ni. tarikan fizikal tu tak bermakna fizikal tu kena perfect.

    jadi adik jgn bimbang. kalau dia cinta adik, setakat gigi palsu tu takdak hal la.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *