Assalammualaikum, hai semua. Lately ni aku banyak terbaca cerita pasal depression, anxiety, personality disorder dan banyak lagi masalah yang boleh dikategorikan sebagai masalah mental yang membuat kan aku rasa aku nak kongsi cerita ni kat sini.
Aku seorang student di university tempatan, yang ada di Negeri Sembilan. Aku tamat belajar dahh dalam setahun, tapi aku masih belum dapat kerja dalam kos aku. Aku tahu, ramai graduan yang tertekan jugak dgn masalah kerja berbeza dari skop belajar. Tapi guys, kalau korang dapat kerja yang stable, dgn gaji yang bagus, environment yang okay, even lari dari apa yang korang belajar kat university korang tu, korang bersyukur lah.
Sebab aku sendiri still tak dapat kerja yang aku rasa sesuai dgn aku, yang buat aku rasa, “okay, this is it. I’ll stay here.” Sebab pada aku, memang kita selalu dengar org kata graduan tak boleh memilih kerja tapi aku cuba cari kerja yang sesuai dgn aku, yang buat aku rasa semangat, happy nak pergi kerja sebab pada aku sendiri, kerja ni macam kau cari pasangan hidup. Kau mesti nak cari yang baik, yang sesuai dgn kau, yang kau boleh give and take sebab kau nak stay lama dgn pasangan kau. Sama jugak dgn kerja. Kau mesti nak rasa benefit, apa yang kau dapat tu berbaloi tak dgn apa yang kau bagi.
Okay sambung cerita aku. Aku mula alami depression mula dari aku kerja sebagai admin assitant sementara di salah satu anak syarikat petronas, menggantikan seorang akak yang cuti bersalin. 2 hari sebelum akak tu cuti, aku masuk. Aku belajar sikit, besok nya aku kena pergi training. Lepas tu esok nya aku masuk, akak tu dahh tak ada. Banyak benda yang aku tak tahu. Mula-mula aku cuba tenang kan diri aku. Aku yakin kan diri aku yang aku boleh belajar, tak pe.
Tapi makin hari makin banyak salah aku buat. Sampai aku rasa orang yang aku tak kenal pun boleh kenal aku sebab kesalahan-kesalahan aku. Lepas tu aku mula rasa down, aku mula tak yakin dgn diri aku, aku rasa loser sangat. Mula dari tu setiap malam aku tak cukup tidur, aku mula terbangun setiap sejam. Setiap sejam aku tidur aku terbangun weyh. Bayang kan aku punya stress, over thinking tu. Esok nya pergi kerja aku penat, sebab tak cukup tidur. Lepas tu aku selalu berdebar, mula fikir negative, sampai aku pergi kerja aku fikir, salah apa pulak aku nak buat hari ni. Lagi satu buat aku tertekan, aku ni anak orang biasabiasa.
Aku jarang-jarang minta family aku duit. Lagi-lagi parents aku tak stay dgn aku. Aku cuma duduk dgn adik aku. Jadi, aku pernah lah merasa pergi kerja seringgit pun tak ada dalam dompet aku. Bila sampai waktu rehat, aku cari mana-mana bilik kecil, aku tidur. Dekat office aku selalu rasa timid, rasa kerdil, kecil sebab aku dikelilingi orang-orang hebat. Bos-bos besar, executives, langsung tak ada kawan sebaya aku yang boleh aku bergurau or berborak. Sebab tu aku selalu borak dgn mak cik cleaner kat situ.
Cuma, ada seorang akak kat situ, orang kanan pada salah satu manager tu yang banyak ajar aku, banyak guide aku walaupun dia ada, still aku buat salah jugak, sampai aku rasa aku banyak susah kan dia sebab aku asyik cari dia. Tu pun buat aku rasa loser sangat sebab banyak aku bergantung dgn dia sedangkan aku tahu kerja dia pun banyak. Aku stress, depressed. Rambut aku yang lebat mula nipis, aku mula tak banyak cakap, tak banyak ketawa, sampai bf aku masa tu (sekarang tunang aku) rasa memang ada tak kena.
Aku jadi makin sensitif, selalu merengek dgn dia, sampai satu tahap aku menangis depan dia, buat dia terpinga-pinga. Banyak kali aku menangis sebab aku stress, aku tertekan tapi aku tak boleh nak cakap. Aku cuba terangkan, aku cuba terangkan pada dia, tapi lidah aku kelu. Aku cuba terangkan pada salah sorang best friend aku, tapi dia tak faham. Respond dia buat aku kecewa. Jadi aku decided untuk tak bercerita dgn org sebab aku mula faham yang orang tak kan faham apa aku lalui.
Kemudian, kontrak aku ditamatkan, aku menganggur. Tak lama pun, tapi dalam masa aku menganggur tu makin “dalam” aku jatuh. Aku rasa sangat tak guna, sangat kecil, aku tak nak jumpa orang sebab aku tengok orang semua lagi berjaya dari aku. Aku rasa macam ni sebab lepas habis belajar aku sangat eager nak kerja sebab azam aku, aku cuma nak tolong family aku. Yup, cliche. Tapi niat aku cari rezeki cuma nak tolong family aku.
Parents aku dah divorced, ayah aku tak kerja, adik aku still belajar and aku sangat-sangat nak tolong ayah aku, mak aku dan adik-adik aku. Selama beberapa tahun ayah aku tinggal seorang, even dia tinggal kat rumah nenek aku, makan tak tentu, aku jumpa dia pun beberapa tahun sekali, sometimes aku balik aku tengok dia makin kurus. Hati anak mana yang tak luruh, bila kau call masa puasa tanya berbuka apa, ayah kau cuma berbuka biskut kering. Kalau nak bercerita pasal family ni, aku rasa bertambah strees aku. Kalau ada kekuatan, in shaa Allah aku cerita.
Masa aku tak berkerja, aku di uji pulak dengan masalah family. Aku lagi dengan stress tak kerja, stress kerja lama, stress tengok orang lain dah ada kerja stable, dah ada kereta, stress dgn hutang sendiri, stress spec aku patah tak ada duit nak buat, stress handphone aku rosak, di tambah dgn stress masalah family. Aku mengaku, satu benda yang aku tak pernah cerita dgn orang lain even sahabat-sahabat aku sendiri. Aku mengaku aku pernah terfikir tentang suicide.
Yee, aku pernah terfikir kenapa tuhan tak ambil aku dari biar aku sakit kat dunia ni. Tapi, separuh dari aku, aku nak hidup. Aku nak hidup. Aku nak bangun dari terus jatuh ke jauh ke “dalam”. Aku tak cerita dgn orang lain sebab bila aku bercerita, pandangan orang pada aku lain. Diorang anggap aku malas, aku alasan, aku sendiri yang tak nak berjaya. Kalau aku sendiri tahu apa yang jadi dgn diri aku, tak kan aku tak nak ubah diri aku. Orang-orang sekeliling aku cuma nampak aku yang happy, yang ketawa, yang senyum. Aku orang nya sangat happy go lucky, jadi mungkin sebab tu orang banyak tak ambil serius bila aku bagitau diorang.
Aku sendiri cuba bangun lepas tu. Dengan support dari tunang aku. Aku kutip cebis-cebis kekuatan yang aku rasa dah hancur berkecai. Sungguh, aku tak tahu macam mana dia boleh sabar. Aku cuba bangun. Aku cari kerja sungguh-sungguh. Aku stress sebab aku rasa sijil degree aku tak laku, tapi tunang aku selalu suruh aku sabar. Mak aku, dia selalu macam bersungut kenapa aku susah nak dapat kerja. Aku makin kecewa. Makin tak semangat aku nak hidup.
Aku tengok kawan-kawan lain ramai yang semakin berjaya. Siap bertukar-tukar kerja kat syarikat-syarikat yang ternama. Kenapa aku macam ni? Aku pernah dapat tawaran untuk kerja di Kuala Lumpur tapi aku tolak, sebab aku tak sampai hati nak biar adik aku tinggal seorang kat rumah. Cukup lah sepanjang 3 tahun aku belajar dia tinggal seorang, makan minum, pakai tak terurus. Aku decide untuk kerja kat rumah.
Side effect daripada kerja lama aku adalah bila aku tukar kerja baru, aku ada anxiety. Aku baring, aku duduk, aku tengah tak buat apa-apa dalam keadaan tenang, jantung aku berdegup laju. Aku risau. Aku tak yakin dgn diri sendiri. Aku still terbangun-bangun lagi masa tidur setiap malam sekarang.
Aku rasa, setakat ini sahaja tulisan aku. Pada sesiapa yang rasa depresi ini untuk orang yang lemah hati, atau lemah iman, atau cuma ilusi mental, aku doa kan korang tak kan rasa apa yang aku atau orang seperti aku rasa. Kepada yang korang yang tengah “berperang” dgn diri sendiri untuk hidup, aku doa pada Allah supaya Dia terus bagi korang kekuatan. Aku harap korang tak give up. Aku harap korang menang :) sampai sini sahaja.
– Panpan
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit