Aku terpanggil nak counter confession seseorang dalam IIUMC ni, post dia dah seminggu tapi aku baru baca tadi. Dia cakap orang depress takkan luahkan perasaan, akan memendam rasa, tak share dengan sesiapa. Kalau orang yang jenis share2 tu semua attention seeker je, stress je, bukan betul2 depress.
Ok bila baca part tu terus aku triggered. Budak ni judgmental gila, dan patut disekolahkan dan yang lagi teruk aku rasa ramai orang macam dia.
Dik, kau tu yang salah faham depress dengan emo. Kadang yang nampak macam attention seeker tu sebab dia memang personaliti mcaam tu, mesti kau ni jenis yang bayangkan orang depress ni jenis introvert, memendam rasa, kurung dalam bilik nangis sorang2 je kan? Depress ni boleh berlaku kat SESIAPA SAHAJA.
Tak kira orang tu jenis extrovert ke introvert, jenis periang happy go lucky atau jenis cool chill. Orang yang suka cerita masalah pun boleh depress. Orang camni personaliti dia memang kena luahkan, tu fitrah dia. Sebelum dapat penyakit depression pun dia perangai macam tu, lepas dapat depression pun dia akan tetap macam tu.
Kadang lagi kesian sebenarnya kat orang2 extrovert yang depress, sebab apa?? sebab orang macam kau. Yang fikir depress ni hanya untuk orang jenis pendiam, pendam rasa, reclusive. Yang hidup dalam kegelapan, takut cerita dengan orang.
Depression tak semestinya ubah personaliti seseorang, kau kena faham dulu benda ni sebelum sibuk nak jadi opinionated person sangat.
Aku bagi contoh orang extrovert je senang sikit sebab tu extreme end of personality spectrum lah, walaupun hakikatnya tak ramai orang yang betul2 extrovert atau betul2 introvert. Lagi satu aku bosan dengan orang yang selalu nak suruh kita faham perasaan introvert, seakan orang extrovert ni happy sentiasa takde masalah.
Ok back tu contoh orang extrovert. Semua orang ada mix of both depending pada keadaan dia. Tapi nak senang cerita orang extrovert, dia memang kena cakap something. So dia bagitau dia penat, stress, sedih, dan sebab dia extrovert, dia MAMPU UNTUK MENGAKU DIA DEPRESS. Sebab memang dia kena somehow luahkan.
Tapi ko kena faham LAYER luahan seseorang. Orang depress ni ada banyak lapisan kesengsaraan jiwa dia. Penat, stress, sedih, depress yang dia luahkan tu mungkin baru satu layer. Orang jenis pendam pulak, dia takkan bagitau langsung walaupun lapisan pertama perasaan dia, dia terus diam langsung takkan cakap apa2.
Orang yang jenis perlu luahkan something, dia akan bagi hint satu lapisan, dia bagitau dia depress, TAPI mungkin dia tak harap apa2 pun dari sesiapa. Dia cuma perlu luahkan, just for the sake of luahkan untuk layan fitrah diri dia.
Orang nak respon atau tak, tu terpulang. Asalkan dia luahkan. Kalau dia jenis nak orang respon pun takde masalah, tu hal dia lah, kita yang mendengar ni patut matangkan diri dan bersangka baik je.
Orang macam ni dia tak takut jumpa doctor, dia tak takut mencari bantuan dan dapatkan nasihat. Tapi tak beerti dia tak depress. Apa kau ingat orang depress ni memang semua jenis tak nak tolong diri sendiri, suka bercinta dengan kesedihan dan kesengsaraan je ke?
Tapi of course lah, aku cakap macam mana pun, manusia memang kebanyakannya judgmental macam kau yang terus respon negative. Maybe jiwa kau tu yang kena check.
Sekian confession aku hari ni. Thanks yang sudi baca.
– Amy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit