Ramai dalam masyarakat zaman sekarang dah mula membuka mata akan penyakit mental. Tak kira lah anxiety, depression, schizophrenia dan lain-lain. Walaupun bukan semua tapi alhamdulillah ada golongan masyarakat dah mula faham thanks to media sosial seperti facebook.
Aku mungkin salah satu manusia yang ada penyakit mental ni. Kenapa ‘mungkin’? Sebab aku teragak-agak nak pergi jumpa doktor. Sebab aku bakal doktor dan aku takut kalau penyakit macam ni akan buat aku tak dapat nak teruskan cita-cita aku. Pernah dengan yang specialist suggest seorang HO ni untuk stop jadi HO. Aku lagi bertambah stress bila dengar.
Unofficially aku rasa aku ada depression. Bukanlah sebab aku sedih setiap masa. Tapi sebab ada beberapa perkara yang kadang-kadang mengganggu kehidupan.
Pertama. Fokus.
Benda ni agak sukar untuk detect sebab aku rasa memang sesuatu yang normal kadang-kadang tak fokus. Tak kisah la masa kelas, masa main, masa berbual dengan orang. Kadang-kadang aku pura-pura mengangguk je tapi padahal tak faham apa perbualan yang dicakap. Palinglah annoying bila dah study 4 jam sampai nak mati tapi esoknya kau still lupa apa yang kau study. Tapi, ada certain masa, fokus aku mencanak naik. Sampai any external influence tak dapat nak cut aku daripada apa yang aku buat. Time tu lah boleh hafal semua drugs, semua syndrome. You tell it, I can do anything. Aku excited kat semua benda. Aku layan semua orang. Aku masak macam-macam. Tapi bila masanya tiba, benda tu jadi opposite.
Kedua. Kurang motivasi.
Yes. Kadang-kadang aku memang tak mampu buat apa-apa. Atas katil baring layan phone atau tidur je. Kadang-kadang ponteng kelas, ponteng lecture. Tapi alhamdulillah solat tak tinggal. Maybe sebab perasaan takut Allah tu lagi kuat kot. Which leada to third one.
Ketiga. Sense of guilty. (Rasa bersalah)
So, bila aku tak datang kelas, aku sendiri yang rasa panik and rasa guilty sebab aku tak melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar. Bukan setakat tu saja. Kalau contoh aku beli barang yang kiranya mengikut kehendak aku atau aku spend certain amount of money yang boleh kira agak banyak, aku akan menghadapi sense of guilty ni boleh kata sepanjang hari. Sebab tu aku selalu fikir dulu betul-betul sampai kadang-kadang tak jadi nak buat benda tu.
Keempat. Anxiety?!
Yang ni aku tak sure sangat nak klasifikasikan sebagai apa tapi aku rasa anxiety kot. Mostly yang aku rasa adalah aku tak dapat nak buat pilihan atau aku terlalu obses dengan certain perkara. Contoh, aku nak beli phone. Normal la kan kita cek ok ke tak phone tu. Sama ada tanya orang atau ambik pendapat kat you tube. Pastu kira-kira berbaloi ke tak beli kan. Tapi ada ke sampai kau buat kat excel pro and cons dia. Pastu kau bukak gambar phone tu kat google almost every day sampai lah kau beli phone tu atau kau dah tak minat dengan phone tu. Kalau kes aku sampai aku beli baru aku stop. Sebab tu aku tak mengejar gadget sangat. Mati lah nak beli setiap kali anxiety. And second pasal anxiety ni aku akan ada symptom of palpitation (berdebar). Bayangkan kau duduk tengah study ke apa tetiba kau boleh rasa jantung kau berdegup kencang, rasa senak kat dada dan rasa kau patut tarik nafas dalam-dalam. Sampai kau kena stop buat kerja and rehat kejap. Trigger dia kadang-kadang tak masuk akal. Selalunya bila dah stress sangat study sampailah kau decide nak beli apa. Anxiety. Which leads to next.
Kelima. Tak cukup tido. Insomnia.
Selalunya berlaku waktu ada anxiety. Bayangkan kau cuba tidur pukul 10.00 malam. Kau end up tido pukul 4.00 pagi. Dah tu kau kena bangun awal lagi nak subuh pastu pergi kelas.
Ni semua antara major experience yang aku alami yang aku kira aku boleh sedar dalam kehidupan seharian. Boleh kata semua ni gerak dalam bentuk cycle. Dari satu benda leads ke satu benda. Dan seterusnya. Sampailah kembali ke titik mula.
Aku tak nafikan kadang-kadang dalam hati ni rasa nak jerit kat semua orang “FAHAM LAH KEADAAN AKU NI. AKU TAK SIHAT.” Walau pada luaran sihat tapi dalaman aku tak sihat.
Aku kadang-kadang tak suka orang cakap pasal akidah apa semua. Ko kena lebih baca quran lah. Ko kena banyak ingat Allah lah. Kau tau tak aku tak henti ingat Allah bila aku depress. Aku bermonolog dalaman kat Allah supaya perit aku hilang. Aku doa kat Allah supaya bantu aku. Sebab aku percaya Allah yang boleh sembuhkan aku. But for most of people choose suicide or suicide attempt.
Paling sedih bila kawan kau sendiri tak percaya kau ada depression. Boleh sampai gelak lagi. Kau cuba nak open up kat orang nasihat yang kau dapat, baca Quran jaga hati dan sebagainya. Sampai ada yang tak layan pun. Busy kot.
Fahamilah kami yang ada depression ni. We just want a listener. A good listener. The thing yang aku sedar untuk kurangkan symptom adalah bila kita mula bercakap tentang masalah ni kat orang.
Dari side pesakit ni, cubalah mulakan conversation dengan orang yang boleh dipercayai. Dan yang menjadi pendengar tu please be a good listener.
May Allah bless us with his Grace and Mercy.
– Kucing Turqoise
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit