Assalamualaikum semua.
Aku ni dah habis degree. Now sambung master pula dekat ipta tak berapa nak terkemuka dekat malaysia. Minta oversea tak dapat. Dah rezeki buat ajalah dekat malaysia tercinta ni.
Aku nak cerita 2 benda.
1. Pasal depression
2. Pasal peer pressure
okay mula-mula pasal depression. Aku ni kira tak berapa nak kental sangat hati ni. Lelaki hati tisu katakan. Bila masuk master, aku jadi gelabah. Aku jadi gabra. Btw, aku master full research sebab aku ni pemalas nak masuk kelas, malas nak burn midnight oil. Sebab dekat ipta aku kelas hujung minggu or petang pukul 6 lebih. Oh please, memang aku tak sanggup.
Tapi full research ni ada juga dugaan dia. Sebab kau gerak sorang-sorang, kau rasa sunyi sangat. Bila sunyi dan kau perlu berdikari, kau mulalah rasa tak syok. Rasa macam malas nak buat itu ini.
Tapi sebenarnya, bukan ada apa sangat pun kau nak tension. Benda kalau dugaan dugaan juga.
Siapa cakap coursework senang. Kawan aku coursework dia mcam tak jumpa dunia. Setiap subjek ada research paper. Nak jaga pointer 3.00 satu hal lagi. Tak ke haru tu.
okay berbalik pada depression, dulu aku kena ambil kelas wajib. Yang cara nak buat kajian tu. Dalam kelas tu, dia campur master phd dan coursework dan research. Kesimpulannya semua dia humban dalam kelas tu.
Nak dijadikan cerita, aku dan sorang kawan aku ni saja yang master full research. Yang lain semua coursework. Of course lah ada pakcik makcik phd.
Ini yang menjadi salah satu punca aku depress. Sebab mulut puaka. Budak-budak coursework kelas aku ni sikt-sikit tanya progress. Wei, masa tu baru 1st sem. Memang lah tak ada progress apa sangat lagi. Bila aku cakap tak ada semua cakap macam aku ni tak berguna. Tak buat kerja. Dan yang coursework ni lagi hebat sebab busy memanjang. Padahal diorang tak tahu yang aku dah mula kumpul bahan bacaan.
Aku depress sebab asyik dengar cakap orang. Pasal orang fail viva lah. Major correction yang tak berkesudahanlah. Supervisor buli lah. Tapi lama-lama aku sedar, itu cerita diorang, bukan cerita aku. Aku saja yang layak untuk narrate hidup aku. Aku depress pun bukan tesis tu nak menulis sendiri.
Nombor dua pasal peer pressure. Yalah, bila kau sambung belajar, kawan-kawan kau ramai dah kerja. Kau menganggur lagi. Mulut puaka ni takkan senyap. Panggil kau tukang perabih duit mak ayah lah. Momok kau ckp rugi belajar sebab yang penting praktikal.
Ni aku nak bagi tahu, aku pilih untuk belajar sebab situasi keluarga aku yang memaksa. Parents aku tak sihat. Kakak aku dah kawin jadi sebagai anak lelaki tunggal, aku nak kena jaga mereka. Kalau aku kerja, masa aku tak fleksibel sebab terkongkong dengan masa kerja. Kadang-kadang aku tengok kawan-kawan hujung minggu pun kerja.
Jadi kesimpulan aku nak kata dekat sini:
1. Tak usah dengar kata-kata si mulut puaka ni.
2. Ingat Tuhan baca Quran. Itu saja nak bagi kekuatan dekat kau. Plus redha makayah lah.
3. Kau lambat bekerja takpa. Kurang-kurang kau buat something bukan jadi biawak hidup.
4. Kau fikir untuk apa goal hidup kau. Aku belajar sebab aku nak betterment in life. Kos aku belajar ni tak femes. Biasa dapat kerja pun jadi kuli. Aku tak mahu submit diri aku ni nak jadi hamba kepada sistem.
5. Ingat, hidup kau, cerita kau. Jangan biar orang influence kau dengan cerita-cerita kepayahan dan kesusahan penuh kesengsaraan. Kadang-kadang cerita tu banyak tokok tambah saja. Kau rasa susah, bagitahu Allah. Minta Dia mudahkan.
6. Sila yakin yang rezeki Allah ni luas. Dan belajar itu jihad.
Terima kasih. Sekian.
– ucchi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit