Assalamu’alaikum. Terima kasih sekiranya menerima confession aku. Confession aku ni tentang strugle aku against depression dan social anxiety. Sebenarnya, aku juga ingin bantuan dan pandangan korang.
Aku ingin memperkenalkan korang dengan seorang member aku ni. Untuk tujuan confession ni, aku namakan dia, setan. Bukan syaitan tapi setan. Dia hidup dalam fikiran aku seperti kanser. Aku tak boleh benci dengan si setan ni sebab waktu hidup aku paling susah dan kesorangan, dialah yang temankan berborak dengan aku. Setan ni jugaklah yang banyak tolong membuatkan aku jadi seorang yang tabah dan kuat. Dialah member aku yang ada disisi aku waktu depression aku dulu. Tapi, disebabkan depression waktu aku remaja dulu, setan ni telah membuat aku jadi org yang pessimistic.
Aku ada depression sejak aku remaja. Walaupun setan ni cakap dengan aku tak payah mengada2 aku terpaksa mengaku jugak. Setan ni ego dia boleh tahan tinggi. Dia tak suka aku mengaku diri aku lemah. Susah aku nak cerita tentang depression aku ni sebab kisahnya terlalu banyak, complex, panjang dan menyakitkan.
Tapi dengan jujurnya, aku nak tanya dengan korang, especially yang normal2 diluar sana, waktu zaman remaja korang, waktu korang umur 14, 15 tahun, korang mesti tengah enjoy jadi remaja kan? Sibuk bercinta, beradventure dengan kawan2, family, bergurau senda, happy2? Tapi waktu aku umur macam tu, aku terpaksa membesar seorang diri tanpa bimbingan yang cukup. Nak buat kawan pon susah sebab aku ni pelik dan introvert dan aku tak jumpa orang yang bermasalah sama macam aku. Umur 14, 15 tahun hampir setiap hari aku cuma fikir nak bunuh diri je. Kehidupan aku kat sekolah dan kat rumah sengsara. Hampir setiap hari aku dimaki, dimarah, dipukul, dibuli, diludah, dihina, dikutuk. Mentally and physically abused. Sebenarnya, kalaulah aku tak tahu bunuh diri tu dosa besar waktu tu, kemungkinan besar aku tak ada kat sini tengah tulis confession ni. Benda ni aku pikul dan pendam dah hampir 10 tahun. Tak pernah aku ceritakan kat sesiapa sampai sekarang. Depression aku bukanlah disebabkan benda yang remeh2 macam putus cinta monyet etc. Tapi keadaan aku dan jugak family aku waktu tu umpama dah jatuh ditimpa tangga ditimpa tukul ditimpa batu lepas tu dismackdown isteri fadhil. Kitorang rasanya betul2 ditest oleh tuhan waktu tu. Mungkin juga ada dosa kami yang kami tak sedar.
Disebabkan history depression aku, aku jadi susah untuk connect dengan orang lain. Setan pulak asyik mengutuk dan merendahkan nilai diri aku sampai aku rasa tak layak untuk berkawan ataupun bercinta dengan manusia lain. Sekarang social anxiety pulak menyusahkan hidup aku. Aku hanya nak lari daripada semua orang. Aku hanya boleh relax bila aku keseorangan. Kadang2, bila betul2 teruk, tangan aku mengeletar, jantung aku berdebar bila orang ramai keliling aku? Walaupun orang tu semua aku kenal.
to be cont..
– BR
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit