Derhaka
assalamualaikum.Harap admin approve cerita aku ni sbb aku perlukan sangat pndapat semua orang.aku buntu sangat dah.
Aku ni dah kahwin. Sekarang ni aku dan suami terpaksa duduk rumah mak mertua aku atas sebab suami ada kerja dekat2 situ.ala dalam 3 bulan mcm tu je.mula2 berat jugak la nak duduk rumah mertua lama2. Yela baru je kahwin kan nak la duduk berdua.hehe tapi lepas sbulan duduk sini rasa nak duduk sini terus pulak.bkn sbb aku suka duduk sini tapi aku kesian kan mak abah mertua aku.
Kesian sbb apa? Sbb abang ipar aku perangai dia aku xtau nak describe macam mana.nak kata anak derhaka pon boleh! Npe aku ckp dia Anak derhaka? Dia kalau nak makan dia akan suruh mak yg amikkan letak depan dia yg duduk senang lenang depan tv.bukan setakat makan je mak kena amikkan, semua benda yg dia nak mak yg kena amikkan.kalau mak tengah tido dia sanggup menjerit kejut mak tido untuk ambikkan apa2 yg dia nak! Walaupon hp dia dalam 3 langkah dari dia pon dia suruh mak dia bangun amikkan!
Dia ni anak sulung,adik2 yg lagi 3 org semua dah kahwin dan ada anak.suami aku no 2.kami je belum ada rezeki anak.sebelum ni semua duduk sekali dekat rumah ni.tapi lepas kes adik ipar dia (isteri adik dia) tegur dia buat mak mcam orang gaji,selalu pukul anak2 dia sbb bising terus diorang keluar dari rumah ni.mana x nya lepas kena tegur dia terus pergi dapur ambil parang nak tetak adik ipar dia tu.mmg dah nak kena kepala dah.aku ada kat situ.nasib baik suami aku dan adik dia ada tahan abang dorang yg derhaka tu.aku trauma terus lepas tu.aku xpernah tengok orang mgamuk camtu depan aku.dekat dengan dia pon aku takut.
Lepas tu aku ingat dia fikir apa dia dah buat tapi rupanya x.sama je malah lagi teruk.suka tengking2 mak.pernah mak masak, dia xsuka lauk yg mak masak tu.xsuka xpayah la makan kan.dia xsuka tau apa dia buat? Dia terbalikkan meja makan yg ada byk lauk2. Ya Allah, Tuhan je la tau perasaan aku masa tu.nak marah aku takut dia tetak pulak aku ngan mak nanti.dah la aku dengan mak je masa tu.dia terus blah lepas tu.kesian mak hari2 mngangis pasal dia.
Lepas abah tau pasal tu abah tegur dia.marah2 la dia kenapa dia buat mcam tu. Engatkan dengan abah dia ok lah.rupanya x! Nasib abah sama macam dia buat kat adik ipar dia.nak di tetaknya abah! Abah sendiri wei.masa suami,adik dengan mak tahan dia nak tetak abah terhiris pulak tangan mak.nasib lah xde pape sgt.suami bawak g dapur tenagkan dia.habis pinggan2 kat dapur dia pecahkan! Apa lagi aku nak cakap selain anak derhaka dia ni.sejak dari tu sampai sekarang abah xpernah tegur dia.kalau abah tanya pasal dia pon abah xkan sebut nama dia.abah akan cakap dah g kerja ke anak derhaka tu.nampak sgt abah dah kecik hati sgt2.
Kalau hari Jumaat time solat Jumaat bukanya dia pergi! Dduk tengok tv.suami aku ajak dia xnak.semenjak aku duduk sini xpernah aku tengok dia pergi padahal masjid memang betul2 tepi rumah.Jalan kaki berapa langkah dah sampai.lepas orang balik solat baru dia g keje balik.first time aku jumpa orang mcam ni.
Mcm2 lagi dia buat kalau nak cerita.mungkin sbb tu dia xkahwin lagi.umur dah 28.macam mana pulak dia layan isteri dia nanti.dia buat mak macam tu bukan mak dia.dari ramai kat rumah ni tinggal mak abah dgn ktorg suami isteri jela.kkadang aku rasa nak bunuh je dia.tapi fikir balik dosa pulak.lg satu nanti aku duk ke tali gantung pulak.huhu
Selalu time tengok tv mak akan tiba2 mnangis.bila tanya mak kenapa,mak cakap fikirkan dia tu la.Allah.mak selalu ingatkan aku supaya jangan tegur dia walaupon dia suruh mak buat itu ini.mak takut jadi lagi. Aku dengan suami xtahu dah nak buat apa.serba salah aku nak balik rumah sendiri nanti.mcm mana la mak bila aku dah balik.dengan siapa dia nak luah sedih dia.aku xdapat nak tolong apa2 selain tengok je apa dia buat kat mak.hati ni sakit sangat tengok tapi xtau nak buat apa.kalau ade idea2 boleh la share dengan aku.buntu sgt dah.
– Si buntu