Harap2 admin rahsiakan sapa aku.
Bukan niat aku untuk bukak aib keluarga aku. Aku confess ni sebab aku dah tak boleh nak pendam. Daripada aku sakit mental pulak nanti baik aku luahkan saja. Bagi orang yang tak berada di tempat aku, senang untuk diorang cakap. Mengadu la pada Allah. Ye aku tahu. Mengadu pada Allah. Aku tak pernah salahkan takdir. Aku cuma nak luahkan agar kurang sikit bebanan hati aku.
Ceritanya begini. Kalau secara dasarnya orang nampak keluarga aku sempurna. Nampak happy ja. Tapi semua tu sebab kami hanya tunjukkan apa yang kami nak orang nampak.
Ayah aku ni. Dari aku kecik sampai sekarang. Kalau buat kerja tak pernah betul. Nak kaya cepat. Pernah diberikan rezeki melimpah ruah dari Allah SWT tapi tak pernah nak beringat tatkala susah. Bila susah, apa kerja yang dia buat. Makan rasuah. Tipu orang sana sini. Pinjam duit orang sana sini.Puasa? Tak pernah. Dengan bangga makan depan orang lain. Sampai aku malu nak berhadapan dengan orang. Sebab perangai ayah aku.
1 hari ayah aku masuk penjara. Masa mula masuk tu dia tinggalkan RM30 serta hutang keliling pinggang. Hutang Ah Long pon ada! Mak aku bertungkus lumus besarkan kami adik beradik. Sikit-sikit kami kumpul duit bayar hutang mana yang termampu. Masa tu aku redha. Aku harap bila dia keluar nanti dia akan berubah. Mak aku pulak taknak mintak fasakh. Gigih mak aku sara dia. Sara mak ayah aku (nenek). Sara kami adik beradik. Masa ayah aku dalam penjara, kehidupan kami bertambah baik. Aku dah mula bekerja dan tolong family. Kereta semua aku bayar. Masa tu ada mulut-mulut celupar berkata "kau ni dah keja. Tapi aku tengok tak ada apa pun. Tak bercuti. Pakai telefon buruk". Aku dalam hati sabar. Aku pujuk diri aku. Aku kata pada diri aku sabar. Mereka boleh pegi happy2 sebab mereka tak ada tanggungjawab kena galas. Kadang aku sedih. Kenapa aku yang diuji macam ni. Alhamdulillah kehidupan memang sangat teratur masa tu. Tak terlampau senang dan tidak juga susah. Ayah pun dah mula solat. Puasa penuh. Alhamdulillah.
Tapi bila ayah aku keluar dari penjara. Semua jadi kelam kabut balik. Hari2 mintak duit. Kalau sikit setakat nak beli rokok ok la lagi. Ni kalau sehari dekat2 RM100 sapa tak hangin. Aku dengan mak aku nak makan mewah2 pun kadang fikir banyak kali sebab takut tak cukup duit. Dia senang2 ja mintak. Dia mula pinjam sana sini balik. Tipu orang sana sini. Kami nasihat suruh kerja. Kerja guard pun tak mengapa.Kami tak kisah. Tapi biasa la ayah aku. Kerja low class katanya. Puasa pun tinggal. Makan rileks ja. Tapi solat dia jaga la jugak walaupun subuh memang tak nampak la. Ditambah pulak ada perempuan lain. Bila anak2 tegur dikatanya biadap. Kurang ajar.
Aku jadi takut. Takut kalau ditakdirkan aku kahwin nanti, bakal suami aku tu perangai macam ayah aku. Aku fobia.
Sekarang aku dah ambik alih semua tugas ayah aku. Aku yang bagi duit belanja adik2 sekolah dan universiti. Aku yang bayar kereta. Aku yang bagi duit beli barang dapur rumah (setakat yg aku mampu). Duit kat ayah aku memang aku tak bagi. Aku selalu buat keputusan tak bincang dengan ayah aku sebab kalau bincang dia akan ajar aku suruh buat cara tak betul. Biadapkah aku buat macam tu? Salahkah aku tak bagi duit dekat ayah aku? Aku marah sebab ayah aku tak hargai mak aku. Derhaka ke aku?
– Cik NS
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Halim Zainal
best jugak
takpe …kipidap… teruskn jaga mk dan adik2
Tak. awak sgt baik ..bagus syurga bwh kaki ibu bukan bapa….
tak
Ayah x brtanggungjwab…fokus mak ngan adik2 ja ok..
kes2 macam ni selalunya orang akan condemn. dan yang condemn tu pula selalunya datang dari keluarga yang baik2, bukan broken family.
Takpe, Allah maha adil. Dia akan nilai semua sudut kehidupan kita.
saya tak kan condemn orang macam awak sebab saya tak rasa apa yang awak rasa.
apa yang saya boleh kata, awak hebat sebab tu ujian hidup awak juga besar, sebesar kemampuan awak untuk menanggungnya.
keduanya, teruskan ikhtiar untuk baiki keluarga awak semula. mudah2an keadaan akan jadi lebih baik nanti.
walau bagaimana buruk ibu bapa kita, agama tetap menyuruh melayan ibubapa dengan sebaiknya.
fasobrun jamil..
wa sokong lu derr.. kondem smua power.. tpi hasil tara..sembang bikin bimbang pokok boley goyang..
Tak. Confessor ni ialah seorg anak yg baik.
X de salah aihh…teruskan kebaikan tu..
Doa semoga ayah berubah…
Semoga di permudahkan urusan!
taat ayah selagi dia x suruh buat benda yg bertentangan dgn perintah Allah. kalau ayah suruh buat benda tak betul, jangan ikut.tak derhaka pun.
Even though it’s hard,don’t give up ur future..U sangat2 kuat and hebat..
Bnyk2 doa.. doa seorang anak yg ikhlas Allah tak tolak insyaAllah. . Sabar ye.. moga di mudahkan
Well done dik. Terus berbakti to yr parents. Dengan ayah kena bijak Dan terus doa.
Teruskan berdoa, semoga ayah awak lembut hati.
Be strong ok! Kau anak yg baik. Jaga mak elok2.
Tak derhaka kalau tak ikut suruhan ayah yg berlawanan dgn perintah Allah. Be smart and be strong, setiap kali hati rasa berat and susah, istighfar and doa lagi pd Dia. Semoga awak diberi sebaik2 balasan oleh Allah
Doakan yang baik2 untuk ayah.
Semoga dia berubah.
Teruskan benda baik yg adik buat.
InsyaAllah ada kebahagiaan menanti.
ALLAH sentiasa akan ada untuk anak yang berbakti.
Doalah.. pohon dariNYA semua yang baik2 sahaja.
realiti hdup kdang2 perit..tp jdikn sbgai pngjran
Tak, kau buat keputusan yang betul. Kalau kau bagi duit kat ayah kau, itu lagi derhaka. Menggalakkan dia buat maksiat. Dah toksah pikir sangat. Rilek. Semua di sini sokong kau. Pertingkatkan amalan dan jaga mak kau baik-baik. Hormat ayah kau, itu je, tapi jangan buat kejahatan yang dia suruh, jangan bagi duit.
Tak derhaka!
Jaga mak elok2..bahagiakan mak..dn jangan lupa..awak pun berhak untuk hidup bahagia
respect ure such a good daughter
Tak derhaka dik. Dah adik sampai kena ambik alih tanggungjawab ayah, takkan jatuh derhaka pulak. Takde pulak ye perkataan utk describe ayah yg ‘derhaka’ pada anak, menyusahkan anak bini camni. Didoakan semoga adik diberi kekuatan dan jasa adik mendapat ganjaran pahala yg besar. Amin.