Derhakakah Aku?

Assalamualaikum, mohon sgt admin approve kisah aku, aku anak pertama dr 5 beradik. Ayah telah meninggal dunia sewaktu umur aku 17tahun, dan ibu yg menjaga aku sejak ayah meninggal. Alhamdulillah selepas aku bergraduasi 2 tahun lalu, dan setelah menganggur tiada pekerjaan tetap hanya buat part time akhirnya aku dpt panggilan posting ke Kedah. Aku ajak ibu aku pindah sekali sbb aku taknak duduk sorg2 kat sana, lagipun aku boleh luangkan masa dengan ibu dan adik2. Ibu aku menurut shj.

Masalah aku skg, selepas aku belikan ibu smartphone dan aku install whstssap utk dia, dia dah jadi makin leka. Makcik aku masukkan ibu aku dalam group keluarga mereka, dan semuanya bercerita ttg anak masing2. Ibu aku jd cemburu dan mula menghina aku. Ada sepupu kami jadi doktor, dan ibu aku kata kenapa aku tak jadi doktor, yelah kalau jadi doktor, dia bangga sikit. Dia kata dia tak bangga langsung aku jadi guru walaupun aku berpangkat dg41. Kisah aku lagi sedih bila aku nak kahwin, mak aku suruh ambil andaman yg famous kat KL. Aku ckp aku tak mampu sbb kalau boleh nak ringkas, mak aku balas kenapalah kau tak mampu, bukan ke kau keeja guru. Gaji banyak kan, mak aku ckp. Aku jawab ya walaupun saya keeja guru, gaji boleh tahan banyak tapi saya taknak membazir. Bakal suami aku pula keeja pejabat. Lagi lah ibu aku naik angin. Dia kata keeja pejabat takde jaminan masa hadapan. Kenapa aku tak cari lelaki yg keeja doktor. Aku perasan ibu aku berubah sejak dia ada whatssap. Aku pernah check hp mak aku, makcik2 aku semuanya kata anak dia belikan kereta, belikan rumah dan ada sepupu aku bakal berkahwin jugak, bakal suami dia anak kepada Tansri. Dan aku baca, mak aku balas begini "alhamdulillah dpt anak tansri, anak aku ni dpt anak tukang kebun je. Tiada class langsung." Waktu aku baca apa yg mak aku taip tu, air mata aku jatuh. Aku tak sangka mak aku hina bakal besan, sedangkan waktu merisik tu, mak aku senyum.

Ok skg Alhamdulillah aku dah kahwin 3 bulan, dan suami aku duduk sekali dengN ibu. Suami aku jd imam tiap kali Maghrib dan Isyak, dan adik2 aku ikut solat berjemaah. Mak aku tak ikut sebab dia kata dia lagi suka solat seorang. Aku tahu dia tak suka suami aku. Suami aku ok je, alhamdulillah rajin solat cuma aku akui gaji dia lagi rendah dr aku. Aku tak kisah asalkan dia tahu tanggungjawab kpd aku dan ibu bapanya. Aku bersyukur dipertemukan dgn suami aku. Tapi, sikap ibu aku kepada suami aku, aku rasa sedih. Aku kesian pd suami aku sbb setiap kali dia ingin berbual dengan ibu aku, ibu aku akan angkat kaki dan masuk bilik dan main whatssap. Pernah sekali suami aku belikan ibu aku beg tangan, ibu aku senyum sinis kemudian berkata "ibu tak guna beg pasar malam, ibu nak beg Coach. Mcm maklong, dia beli kat JPO." Allahuakbar. Suami aku senyum, kemudian dia masuk bilik air dan basahkan muka. Aku tau dia menangis sebenarnya.

Byk sebenarnya yg ibu aku dah buat yg buatkan aku rasa aku ni anak derhaka. Dia minta belikan set sofa, set meja makan, set katil dan mcm2 lagi, dalam masa yg sama. Aku jwb "ibu, along tak mampu. Nnt along kumpul duit along beli ya." Ibu aku jawab, "kenap kau tak mampu, aku nak jugak set sofa ni, tulah kau, kahwin lagi dengan lelaki tak guna tu, kerja office je tak naik2 gaji. Gaji kecil sgt sampai nak beli sofa pun tak mampu. Cerai jelah cari laki yg ada duit, anak org kaya ke." Aku diam je, pastu aku pun balas, "sofa kat rumah kita kan elok lagi bu, kenapa nk beli baru." Ibu aku kata dia jemu dengan sofa lama. Aku tahu aku patut balas jasa ibu aku, tapi berpada pada lah. Gaji aku tak sebanyak tu utk beli semua benda sekaligus. Kalau aku tak beli, ibu aku akan merajuk dan tidak mahu makan. Aku sedih sgt. Aku dan suami baru nk memulakan hidup bekerluarga. Tapi nampak gaya mcm susah je.

Salah kah aku kerana tidak tunaikan permintaan ibu aku? Derhakakah aku? Semoga aidilfitri nanti ibu aku akan berubah. In Shaa Allah. Doakan aku supaya dpt jadi isteri solehah dan anak solehah. Aku dlm dilema sbnrnya antara suami dan ibu.

– Cik Oren

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

83 Comments

  1. Kesian. Kalau saya, mmg siap cuci telinga mak kalau dia bersikap begitu.bukan niat derhaka, tp Kadang2 kena sedarkan mereka d mana mereka berpijak. Syukur la my mum sgt memahami.

  2. Mak aku pn kdg2 kena mcm ni dgn makcik2 aku. Yg macik sorg ni kata anak dia dpt bonus 10k la. Sorg dpt 4k la. Masing bg duit byk kt dia bulan2. Pdhal xtau betul ke x tu. Sbb akak aku pena tbc whatsapp anak mcik tu bg kt mak dia rm150 je duit bonus dorg yg berKK tu. Yg mak aku ni pn dok la canang2 kn kt ktorg anak mcik tu bagi tu bagi ni. Pena gak aku ckp kt mak aku jgn pcya sgt mulut mcik tu. Ntah2 propa je lebih. Mak aku ckp xla. Btul tu bonus anak dia smpai 10k. Pstu yg kelakar tu. C macik tu kempen2 ng mak aku knon bakal menantu dia org baik2. Haji. Kaya plak tu. Knon2 janji klo da kawen nnti nk bwk macik aku tu g mekah. Mak aku ni pn excited jgk la dgr. Cis. Kejadah apanya klo da beranak isteri masih sibuk ngorat bg bungala coklatla hadiahla nakkan anak mcik aku tu. Ntahla. Kdg2 kesian jgk mak2 kita ni. Mudah sgt temakan ckp mcik2 mulut gini. Aku kesian mak aku sbb mcm kena propa dgn mcik aku ni. Tp tula. Nk buat cmana xtau. Syukur mak aku x smpai tahap mcm mak confessor la.

  3. Lps kahwin, wajib taat kepada suami.. Bkn taat kepada ibu.. Tp still kena melayan mereka dgn baik.. Bersyukurlah sbb dpt jd cikgu.. Kalau jd doktor, x de masa pn nak jaga mak sdiri nnt.. Bab nak ubah perangai org tua camni, mmg sgt2 ssh.. Berdoa la byk2..

  4. Ni aku rasa sbb mungkin dlm adik beradik mak dia,mak dia yg kurang mampu maybe yg lain berharta sikit mampu shopping tiap minggu.Apabila makcik2 “datin” bercakap semua x nak kalah.

  5. Cuba bayangkn klu pengadu ni lelaki…msti ramai yg ckp sabar kita kene taat pada ibu dan pujuk isteri kita spaya sabar dgn ibu mertuanya n suruh isteri amik ati ibu mertua…tapi di sebabkn pngadu ni pmpn ramai plak yg bagi pandangan wajib taat pada suami dlu sbb dh kwen suami no1,pindah rumah..bukan itu caranya…iya..mmg lepas kwen kita pmpm kene taat pada suami..tapi nasihatkn org lain utk blakangkn ibu yg berperangai mcm ni agak kejam..kita suami bayangkn kita ada ank pmpn nnt mcm mana..kita spatutnya nasihatkn isteri n org yg bermasalah mcm ni dgn cara yg betul tanpa menyakitkn hati ibu dia…mula2 terangkn satu2 pada ibu apa masalah kita..cuci otak dia tahap kemampuan kita..balaskn saja makcik2 yg wasup tu cuci otaknya skali jgn nk api2 kn mak kita atau left kn saja dia dari group tu…sabarkn suami kita spya terima mertuanya..jalan terakhir pindah rumah tapi tnpà mgabaikn kebajikan kpda mak kita..doa tu penting..bagi bukakn pintu hati ibu kita brubah n trima suami kita..jgn bhenti bdoa slgi ia masih tidak brubah..dia buat mcm tu sbb sygkn kita..takut si suami x mampu utk senangkn anak dia..sbbkn tlalu sygkn ank smpai dia lupa rezeki tu Allah yg bagi..

  6. Nurakmalina Ahmad Siti Aminah ni tengok tengok kan jugak wassep mak tu jangan nak terpengaruh sangat yang agak agak tak penting tu korang delete kan aje cepat cepat sebelum mak baca ni untuk kebaikan kita semua, aku punya bakal ni biasa bisa je nanti mak terpengaruh macam ni habis aku

  7. Ermm klu bnda yg baik, wajib patuh . Klu suruh beli set sofa bru(baca : membazir), maka xperlu menurut prkara yg tak baik .

    Doakan utk ibu awk .

  8. Sabar, nanti Allah akan tunjuk juga kelebihan suami ko. Doakan mak ko berubah dan sentiasa pujuk suami. Buatkan dia rasa ko dan dia adalah satu team.

  9. X derhaka la mcm tu.. la ni syurga hang bwh tapak kaki suami.. lg penting tuk jga hati die.. tp lyn lah mak hg dgn baik.. cuma kalau permintaan tu x berasas.. jgn turutkan sgt

  10. xper..kalau ibu ckp apa2, diam jer…. diam lebih baik… dan keraplah mohon pd Allah… dgn suami pula, mhn maaf dan mtk dia fahamkan situasi, mtk dia jgn ambil hati dgn kata2 ibu…bgtau yg awk bangga kawin dgn dia, mampu jadi imam solat , btggjwb dan seumpamanya.. minta dia support awk…supaya awk kuat berhadapan dgn.ujian mempunyai ibu spti ini..insyaAllah..all is well..all is well… :-) :-) :-)

  11. memula uninstall whatsapp.. delete acaunt google jadinya xleh install kat playatore.. kalau y tu xjalan.. hempas hanset tu sampai jahanam.. pastu beli y hanset y boleh mesej call jew..

    p/s whatsapp facebook boleh meruntuhkan rumah tangga jika disalah guna..

  12. Ni lah masalah bila dapat mak mak sedara yg acah anak dorang paling bagus paling itu paling ini. Paling mampu beli rumah kereta tanah utk mak ayah sendiri. Bawak bawak la bersabar. Mak macam ni, nak salahkan dia 100% tak boleh jugak. Sebab ada orang dah brain wash dia indirectly. Konon anak dia bagus sangat laaa anak orang tak bagus. Doa jelaaaa dia terbukak hati. Cara tak baik, kau putuskan je perhubungan dorang adik beradik ahahahha. Perhubungan je, bukan persaudaraan. Bagi mak hang phone yg boleh msg/call je. Dahh dahhhh la tuu ber whatsapp.

    • Ambik handfon canggih bg handfon cekai lg le mak dia mengamuk!! Apa nasihat trbaik utk hamba2 yg tidak tahu bersyukur ni? Dpt anak brtanggungjwb, emak pula yg banyak kerenah. Taste tinggi pulak tu.

    • Nak buat mcm mana.. kalau ditegur nanti, kecik hati kan mak dia tu.. susah pulak.. doa jela yg paling baik.. moga2 anak yg tak mampu beri kebahagiaan kemewahan dunia ni, mampu hantar mak ayah pergi syurga nanti..

    • Nak stopkan perhubungan, banyak cara..xsmestinya amik phone. Dunia skg ni, phone tu dah jadi satu keperluan, lpt emergency ke kan…boleh ke kite turn off WiFi ke mobile data, mak2 jarang igt cammane nak buat tu…duduk la slow talk, tapi dah ketagih mcm ni, payah jugak.nak slow talk nye..doa la, sampai mase, Allah xsia2 kan usaha kita even kecik mana pon ..

    • Kau jangan. Dapat mak mak advance sikit dia tau on off mobile data. Kepada hakak ni, kau sabar jela. Ramai je orang yg aku kenal yg financially blessed tapi takde masa utk mak ayah kat kampung. Katanya perlukan masa utk diri sendiri sebab dah penat carik duit. Tapi ramai jugak yg aku kenal, tk financially blessed yet they spent most of their time with their parents. At last mak ayah kita will appreciate quality over quantity. Yg penting, hakak ambik benda ni sebagai pengajaran utk didik anak2 dihari mendatang. Mak mak sedara yg kaki gebang anak depa paling best tu, abaikan je. Mak hang, teruskan hormat.

  13. Cuba jwb cmni kt mak tuh, “mak…mak ingat ade ke anak tan sri anak datuk anak org2 kaya mcm dlm tv pkul 7 tuh nak kt along?? Mak cube pk logik jap..klo sy cerai sy jadi miss j mak. Nk cari anak datuk anak tan sri anak org2 kaya yg nak kt miss j sy kene berlawo2 cantik mantap mcm che ta lah tapiiiiiii mungkin sy tua dulu dah nk tggu putera raja tu. Mak jgn kate napelaahh ko ni x cantik. Sy ni kan anak mak jgk. Jd,bersyukur jela mak ape yg ade skg. Ni dah sgt2 bsyukur dah ni mcm2 kita dapat mak. Xsusah merempat mcm org2 x bnasib baik tuh”
    Haaaaaaaa ni cadangan shaja.

  14. Sedihnya baca confession ni..hurmmm..susahnya berada dlm situasi antara menjaga hati seorg ibu & suami..benarlah kata org whatsapp ni mampu mendekatkan yg jauh..tp dlm masa yg sama menjadikan yg dekat semakin jauh..sy rasa elok suami teruskan je apa yg dia buat skrg seperti solat berjemaah & ambik hati ibu..ikhlaskan hati..berdoa setiap hari..cakap memang mudah tp nak buat tu agak mencabar..tp percayalah insyaAllah suatu hari nanti hati ibu akan lembut jua

  15. Tinggal berasingan bila dah kahwin. Jangan tinggal sekali ngan mak selepas kahwin. Jangan jangan jangan! Pastu uninstall whatsapp kat telefon mak tu diam2. Skrg ni kamu wajib taat kepada suami tetapi tetap kena buat baik dan kebajikan kepada mak. Buat baik dan kebajikan x semestinya kena bermewah tapi bagi keperluan saja dan jangan berkasar dengan dia. Bila dia menyakitkan hati kita dengan topik2 macam tu, lebih baik diam sahaja. Tahniah kerana dapat suami yg penyabar. Dan, yg paling penting jangan lupa mintak kepada Allah swt sebab Allah swt yang pegang hati manusia ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *