Derhakakah Aku?

Assalamualaikum, mohon sgt admin approve kisah aku, aku anak pertama dr 5 beradik. Ayah telah meninggal dunia sewaktu umur aku 17tahun, dan ibu yg menjaga aku sejak ayah meninggal. Alhamdulillah selepas aku bergraduasi 2 tahun lalu, dan setelah menganggur tiada pekerjaan tetap hanya buat part time akhirnya aku dpt panggilan posting ke Kedah. Aku ajak ibu aku pindah sekali sbb aku taknak duduk sorg2 kat sana, lagipun aku boleh luangkan masa dengan ibu dan adik2. Ibu aku menurut shj.

Masalah aku skg, selepas aku belikan ibu smartphone dan aku install whstssap utk dia, dia dah jadi makin leka. Makcik aku masukkan ibu aku dalam group keluarga mereka, dan semuanya bercerita ttg anak masing2. Ibu aku jd cemburu dan mula menghina aku. Ada sepupu kami jadi doktor, dan ibu aku kata kenapa aku tak jadi doktor, yelah kalau jadi doktor, dia bangga sikit. Dia kata dia tak bangga langsung aku jadi guru walaupun aku berpangkat dg41. Kisah aku lagi sedih bila aku nak kahwin, mak aku suruh ambil andaman yg famous kat KL. Aku ckp aku tak mampu sbb kalau boleh nak ringkas, mak aku balas kenapalah kau tak mampu, bukan ke kau keeja guru. Gaji banyak kan, mak aku ckp. Aku jawab ya walaupun saya keeja guru, gaji boleh tahan banyak tapi saya taknak membazir. Bakal suami aku pula keeja pejabat. Lagi lah ibu aku naik angin. Dia kata keeja pejabat takde jaminan masa hadapan. Kenapa aku tak cari lelaki yg keeja doktor. Aku perasan ibu aku berubah sejak dia ada whatssap. Aku pernah check hp mak aku, makcik2 aku semuanya kata anak dia belikan kereta, belikan rumah dan ada sepupu aku bakal berkahwin jugak, bakal suami dia anak kepada Tansri. Dan aku baca, mak aku balas begini "alhamdulillah dpt anak tansri, anak aku ni dpt anak tukang kebun je. Tiada class langsung." Waktu aku baca apa yg mak aku taip tu, air mata aku jatuh. Aku tak sangka mak aku hina bakal besan, sedangkan waktu merisik tu, mak aku senyum.

Ok skg Alhamdulillah aku dah kahwin 3 bulan, dan suami aku duduk sekali dengN ibu. Suami aku jd imam tiap kali Maghrib dan Isyak, dan adik2 aku ikut solat berjemaah. Mak aku tak ikut sebab dia kata dia lagi suka solat seorang. Aku tahu dia tak suka suami aku. Suami aku ok je, alhamdulillah rajin solat cuma aku akui gaji dia lagi rendah dr aku. Aku tak kisah asalkan dia tahu tanggungjawab kpd aku dan ibu bapanya. Aku bersyukur dipertemukan dgn suami aku. Tapi, sikap ibu aku kepada suami aku, aku rasa sedih. Aku kesian pd suami aku sbb setiap kali dia ingin berbual dengan ibu aku, ibu aku akan angkat kaki dan masuk bilik dan main whatssap. Pernah sekali suami aku belikan ibu aku beg tangan, ibu aku senyum sinis kemudian berkata "ibu tak guna beg pasar malam, ibu nak beg Coach. Mcm maklong, dia beli kat JPO." Allahuakbar. Suami aku senyum, kemudian dia masuk bilik air dan basahkan muka. Aku tau dia menangis sebenarnya.

Byk sebenarnya yg ibu aku dah buat yg buatkan aku rasa aku ni anak derhaka. Dia minta belikan set sofa, set meja makan, set katil dan mcm2 lagi, dalam masa yg sama. Aku jwb "ibu, along tak mampu. Nnt along kumpul duit along beli ya." Ibu aku jawab, "kenap kau tak mampu, aku nak jugak set sofa ni, tulah kau, kahwin lagi dengan lelaki tak guna tu, kerja office je tak naik2 gaji. Gaji kecil sgt sampai nak beli sofa pun tak mampu. Cerai jelah cari laki yg ada duit, anak org kaya ke." Aku diam je, pastu aku pun balas, "sofa kat rumah kita kan elok lagi bu, kenapa nk beli baru." Ibu aku kata dia jemu dengan sofa lama. Aku tahu aku patut balas jasa ibu aku, tapi berpada pada lah. Gaji aku tak sebanyak tu utk beli semua benda sekaligus. Kalau aku tak beli, ibu aku akan merajuk dan tidak mahu makan. Aku sedih sgt. Aku dan suami baru nk memulakan hidup bekerluarga. Tapi nampak gaya mcm susah je.

Salah kah aku kerana tidak tunaikan permintaan ibu aku? Derhakakah aku? Semoga aidilfitri nanti ibu aku akan berubah. In Shaa Allah. Doakan aku supaya dpt jadi isteri solehah dan anak solehah. Aku dlm dilema sbnrnya antara suami dan ibu.

– Cik Oren

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

83 Comments

  1. aku pun install kan mak aku whatsapp .. nasib laa dia baik jee .. bila cek whatsapp diaa .. cumaa whatsapp dengan aku adik beradik , dengan bakal menantu diaa .. tu jee laa .. kalau dapat mak macam tu boleh hilang sabar aku ..

  2. Ini kes penyakit iri hati..bile melihat org lain ade..dia pun nak..jd rosak hbgn keluarga.. mohon doa dan petunjuk dr Allah s.w.t..kawen dgn org kaya blom tentu bahgia sbb kebhgiaan juga dtg dr Maha Pecinta iaitu Allah s.w.t

  3. Payah jgk ad mak mcm ni…tp tu la..kdg2 suasna yg merubah mak..jgn slahkan mak…cume butt mse skrg mak lupe dn x kenal ank die sbb trikut suasna..cri la stu mse duduk skli brbnc dgn mak ckp…ad org ank rmai dn brjya tp blum tntu dpt jga ibu..along biase2 je..tp along jnji akn jga ibu…nnt mak sedar la tu die ad ank yg jauh lebih brhrga dr ank org lain..

    Ataupn..cri artikel, video brkenaan ank yg hebt tp x boleh brbakti kt ibu ayah (ustz don, ustz azhr ad rsenya)..bile mak tngk/bca..moga2 trlahir kesedran..klau x brjya pn…jgn putus asa ambk hti ibu..tnjukkan kte boleh bgi somtg slain duit dn kemewahan

  4. Selalulah berbincng dgn suami.. Taati suami… Ikut lah keputusan suami… Mudahkan suami… Selalu bagi sokongan pada suami… Mengikut cerita pn… Suami pn seorg yg baik…

    Berkenaan dgn Ibu tu… Tunjuk akhlak… Doakan Ibu…

  5. Apa makna derhaka? Kalu dizaman umar, bapa yg tidak menunaikan tanggungjawab sebagai bapa dikatakan telah derhaka pada anak sebelum anak tu derhaka pada bapanya. Kamu telah menunaikan tanggungjawab dengan menjaga ibu dgn baik setelah kematian bapa. Tahniah. Permintaan yg bukan2 seperti suruh cari suami yg kaya dan doktor, jika nak dilayan jawab dgn eluk dan perlahan2 serta guna lojik contoh suruh mak la sendiri yg cari calun suami doktor atau orang kaya. Biar dia berfikir atas setiap yg dia minta. Nafsu atau kehendak menyebabkan manusia tua jadi budak2.

  6. Ya Allah mak nye pon…oi bersyukurlaa dpt menantu yg selalu mengimam kan solat…mana kau nk cari menantu yg jaga solat dlm zaman fatamorganahdjskkanajdh sekarang ni makcikkkk!! Xpe, doakan agr mak sis trbuka hati, trbuka minda

  7. Kau wajib taat suami lebih daripada ibu kau sekarang.

    Dan. Pendapat peribadi aku. ( pandangan aku bukan based on Islamic views)
    Tegur sikit ibu kau tu
    Luahkan apa dia rasa
    Kalau dia sakit hati tu salah dia sebab dia yang salah dalam hal ni

    Tegur dengan nada yang baik la. Bukan marah.
    Ibu kau maybe akan terasa hati
    Tapi nak buat macam mana.

    Ibu pun kdg2 ada kelemahan dia.

  8. Bawak n ajak mak lebih kerap ke majlis agama n ke surau… downloadkan ape2 berkaitan agama.. maybe mak lupe tujuan hidup didunia ni hanyala semata2 kerana Allah dan Allah xpndang pon kekayaan harta dunia sementara.. pujuk die semayang sama2.. buat tazkirah agama lpas habis solat sama2.. doa byk2.. semua perbuatan kite dipengaruh iman.. tinggi iman mudahlah terhindar disifat iri hati..n akan lebih mudah bersyukur.. doa..doa..supaya yg terbaik buat ibu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *