Derhakakah Seorang Cucu?

Takdak intro panjang sebab tak pandai mengarang. Mostly kat sini semua cerita cintan cintun kahwin cerai, tak banyak pun story tentang cucu atau atok. Here is my story.

Ayah aku ada 4 adik beradik termasuk dia, arwah nenek dah meninggal maka tinggal atok sorang. Sebabkan risau atok tak berapa sihat sekarang, diorang adik beradik tak bagi dia duduk sorang la kat kg.

Tak tahu apa dibincang mereka adik beradik, tiba-tiba ayah buat keputusan nak biar atok tinggal dirumah kami selamanya.

Sejujurnya aku tak berapa okay dengan keputusan tu, sebab kurang privacy aku dirumah. Dan aku sangat tak selesa dengan kehadiran dia. Aku takda hubungan yang baik dengan dia dari kecik.

1. Aku bukan cucu kesayangan.

Memandangkan dulu keluarga aku menetap negeri berlainan dengan atok nenek dan sepupu yang lain (diorang satu kampung). Jadi aku selalu dipinggirkan kalau balik kampung, aku jugak kene buli teruk dengan sepupu tanpa dibela nasib huhu..

2. Takde komunikasi.

Atok bukan jenis ajak berborak dengan aku dulu, berbanding dengan sepupu yang lain. Mungkin sebab aku pun tak pandai borak dengan orang tua.

It takes time untuk aku cuba bergaul sebab aku pemalu dan segan dengan orang kurang rapat. + aku pun tak boleh masuk dengan dia sebab dia suka sembang pacak, takpun burukkan orang lain.

3. Perangai toxic.

Berdasarkan cerita-cerita dari makcik pakcik dan lain lain, atok ni dari dulu jenis tak boleh tolerate dengan orang, pilih kasih even dengan anak anak pun,

Suka bergaduh dengan jiran tetangga, buruk orang sana sini, buat mulut sana sini, cakap kat orang ni lain, cakap dekat orang sana lain and so on. Perangai bawak mulut dia tu la punca orang berkelahi tau haih.

Dan aku, sangat tak berminat untuk berinteraksi dengan orang macam ni sebab dia bagi negative vibes dekat aku dan drained energy. Dan aku membesar tengok dia selalu marah arwah nenek dulu buat aku rasa idk (trauma?) jujur memang taks uka langsung.

4. S****l harras***t.

Geli nak sebut sebab trauma. Tapi itulah dia. Taknak ulas panjang sebab geli dengan diri sendiri.

Aku pernah je tinggal kat kg waktu zaman sekolah dulu, tapi takde pun ingatan yang libat kan dia, sebab dia memang takde bina hubungan dengan aku sebagai cucu berbanding cucu yang lain. Nenek je layan aku.

Nak dijadikan cerita sepanjang atok dirumah, aku tidak berbual dengan nya. Bagi aku takdak isu sebab aku jarang jumpa dia dirumah sebab aku kerja, aku balik rumah dia belum balik. Dia balik rumah pun 12-1am aku dah tidur..

Sampai lah satu hari ayah aku tegur sikap aku sebab tak bertegur sapa dengan orang tua tersebut. Aku abaikan sebab aku tak nak serabutkan otak. Aku dah cuba menerima kehadiran dalam rumah pun sudah cukup bagus.

Btw aku contribute ok dalam rumah ni, punca tak sewa luar sebab parents aku tak bagi and aku nak tengok tengok kan orang tua sebab adik beradik semua dah lepas tangan.

Aku ingat takdak isu dah sampai 1 hari, sedang aku lena diulit mimpi. GEDEGANG! Pintu bilik dibuka, ayah aku tiba tiba mengamuk sebab tak bertegur sapa dengan orang tua tu. Roh aku melulu masuk ke jasad. DUPDAP! Jantung aku berdegup terkejut.

Amboi cara sergah tu sangat tak kena ya, nak marah, ayah sendiri. Aku endahkan sebab sungguh aku taknak ada isu dengan keluargaku. Dan apa yang ayah aku buat, aku sangat terasa. Tanpa pucuk pangkal mengamuk dekat aku pulerk.

Cerita tak habis disitu, rupanya atok dah buat mulut ke cucu, cucu menantu, seperti biasa sana sini bawak mulut. DAMN! Aku paling benci perangai dia yang tu dan tak sangka aku akan jadi salah satu bahan topik dia.

Aku bukan yang pertama, sebab setakat burukkan cucu sana dekat sini, cucu sini dekat sana itu perkara biasa untuk dia, bukan cucu saja, anak dia pun sampai berkelahi sama adik beradik sebab sikap buruk dia.

Derhaka ke aku sebagai cucu? Aku tak maki dia, aku tak biadap. Aku cuma diam dan hidup macam biasa je. Hidup dia bosan sangat ke kena jadikan aku kan bahan topik dia?

Lagipun bukan aku ignore dia, dia pun tak tegur-sapa aku? Tapi aku tak kisah pun sebab aku pun memang membesar macamtu so, dah sebati orang kata.

Sungguh lepas apa yang jadi, aku makin benci. Aku takmampu kawal perasaan ni lepas apa aku lihat dan hadap sepanjang aku membesar. Dia terasa hati. Hati aku?

Hanya disebabkan ‘orang tua’ hati dan perasaan aku tak valid ke? Tapi perangai dia memang dari dulu buruk macamtu, jadi aku entahlah hilang rasa kasihan dan empati tu.

Nak cakap pasal terasa hati, tu cucu kesayangan dia takada pun datang melawat dia ke bawak pergi jalan-jalan ke.. takde pulak jadi isu.

Dulu, sewaktu dia tinggal dengan salah seorang adik beradik mak (Enon), dia pernah bergaduh dengan jiran si Enon ni. Lepastu buat isu ape tah antara Enon dengan anak Enon sampai orang tu marah dia semula, terus merajuk balik negeri ku menetap.

Sekarang, dia di sini cuba mentelagah kan antara mak aku dan aku pulak ke? Tak cukup porak-peranda kan keluarga orang lain?

Aku sedih gila hubungan aku dengan ayah aku dah tak se-akrab dulu. Apa aku buat salah dimata dia. Padahal dulu setiap minggu kitorang jalan jalan luang masa bersama. Sejak kehadiran orang tua itu, semua berubah. Aku bukan lagi kepentingan malah beban agaknya.

Buat ibu dan ayah sekarang atau bakal menjadi atok dan nenek, bahagi kan kasih sayang tu sama-rata. Sebab budak budak ingatan mereka sangat kuat, lagi lagi perkara yang men-trauma kan. Mereka akan membesar dengan cara kamu membesarkan mereka.

Apa yang berlaku sekarang, akan menjadi refleksi pada masa akan datang. Kita taktahu siapa yang bakal menjaga kita bila sakit nanti, belum tentu anak cucu kesayangan tu yang jaga. Jadi bersikap adil sesama manusia. Salam terima kasih.

– Melati Tersakiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *