Perkembangan Pendidikan Pelajaran

Salam semua, maaf nak bertanya kepada yang terlibat dalam perkembangan pendidikan kanak kanak.

Saya dan isteri adalah bekas pelajar lulusan dari luar negara,

Kami direzekikan 2 orang puteri, si kakak berumur 15, cemerlang dari peringkat rendah sehingga menengah, baik akademik dan kokurikulum serta sahsiah..

Berbeza dengan si adik yang kini berumur 11 tahun (UPKK) dan kami rasakan mungkin sebab dia bongsu.

Baik kami detailkan identiti dan personaliti si adik,

SIKAP

-sikap manja.

-introvet.

-kurang kemahiran bergaul tetapi mempunyai 4 rakan rapat yang selalu di ceritakan.

-cenderung memilih makanan modern berbanding tradisional.

-ketika berumur 10 tahun, dia amat teruja ke zuss, dia kata nak ada cafe dan jadi barista.

PELAJARAN

-lemah dalam semua mata pelajaran.

-sentiasa dapat nombor terakhir atau kedua terakhir dalam kelas.

Pada mulanya sehingga darjah 3.. Saya agak risau dengan prestasi adik, macam biasa dengan ego kami lulusan universiti..

Tapi kini saya terima kenyataan prestasi akedemik si adik, saya berbincang dengan wife tentang hala tuju si adik.

PENDAPAT WIFE TENTANG ADIK

-perkembangan adik sebenarnya seperti di darjah 3.

-bukan tidak bijak, si adik jika diberi task untuk menghafal lebih cepat pada si kakak.

-perlukan tumpuan 100% terhadap si adik seorang untuk seisi pembelajaran, mana mungkin berlaku dalam bilik darjah.

-saya bertanya pada wife, adakah si adik autisme, wife katakan tidak.

-disebabkan perkembangan pelajaran anak anak under wife, wife pernah bertanya pada si adik pada hari kecemerlangan pelajar: Adik tak terasa ke nak naik ke pentas ambil hadiah macam kawan adik?

Apa jawapan dia, “naik pentas nak ambil hadiah, hadiah tu bukan ke ada jual kat mr DIY!!!”… aduh jammed aku..

Ya si adik masih muda, ramai tak cemerlang di peringkat rendah, tapi cemerlang di peringkat menengah atau berjaya dalam hidup, cuma just nak bertanya yang terlibat dalam pendidikan..

Untuk sekolah menengah, hantar sahaja ke sekolah menengah atau ke tahfiz?

Ke tahfiz bagi saya paling kurang dia boleh menghafal Al-Quran..

– Walnut (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Kalau nak hantar ke tahfiz make sure dia minat dan dia rela, jangan paksa, Kalau adik tak minat ke tahfiz, boleh terus belajar macam biasa pastikan adik telah kuasai perkara basic seperti 3M, nanti tingkatan 4 ambik aliran teknikal atau sekolah vokasional.

    Mungkin adik ni jenis orang “hands on” bukan orang teori. Jadi boleh ‘chanel’kan adik ke arah program pengajian yang “hands on” mcm TVET.

    • adik saya pun begitu, kurang pandai dari segi pelajaran . 2 adik saya mak saya hantar ke tahfiz sejak umur 13 tahun . sekarang yang perempuan, tahu baik buruk dan pandai jaga diri . umur 17, amik spm . sudah jadi cikgu tadika 3 tahun .
      yang lelaki bagus akhlak nya . sekarang umur 18, tengah dalam peperiksaan SPM dan terus kerja .
      1 adik beradik kami – pun pelajaraan kurang pandai, lelaki – masuk sekolah menegah . umur 16 masuk vokasional kemahiran . habis diploma . sekarang kerja di negera singa .
      bagi saya, apa pun dia lakukan next untuk berganjak umur 13 tahun . tanya dia, apa yang dia suka dan cenderung . kalau mungkin kemahiran, masukan kemahiran . mungkin belajar . asah kan minat dia untuk belajar .

  2. Maaf nak bertanya. Si Adik pernah x dibawa buat pemeriksaan doktor? Skrg ni ada pelbagai jenis masalah pembelajaran yg dihadapi murid tidak kira sekolah rendah dan sekolah menengah, prasekolah pun ada juga. Bg saya better bawa anak buat check up untk mengetahui apa masalah yg dihadapi anak. Check up ni ada banyak step. Bila bawa anak check up, pegawai perubatan akan set appointment seperti perjumpaan dgn pakar psikologi, pegawai terapi cara kerja dan lain2. Bila dah dapat result check up, dari situ boleh buat tindakan seterusnya. Insya Allah encik akan nampak apa yg perlu dibuat.

  3. saya suami isteri lulusan universiti,ank sulung sudah grad,degree,no 2,dan no3,tahun akhir & tahun 1,IPTA,no 4 matrikulasi,alhamdulillah kesemua mereka still cemerlang di U dan mendapat anugerah dekan.kesemua anak saya,biasa biasa saja semasa sek rendah,yang no 4 sangat teruk gagal banyak mata pelajaran,lulus pun cukup cukup makan,saya tak ada nak push sangat biarlah,nanti mereka hilang zaman kanak kanak terlalu fokus dengan pelajaran ,alhamdulillah masuk menengah saya pastikan mereka fokus untuk belajar,no 2&3 straight A SPM,sekolah harian bukan SBP,no 4,saya jaga betul betul dapat juga 7A SPM,moral ceritanya anak anak ini bijak,belum sampai masanya,tunggu la anak tuan masuk sek men,bimbing dia sehingga tingkatan 3,masuk tingkatan 4 masih tidak berubah,tuan tanya anak atau tuan perhatikan minat dan kecenderungan anak ke arah bidang apa.

  4. Kami alami kes yg hampir serupa, anak ceria tapi ‘lembam’ academic walaupun dah usaha hantar tuition 1:1 dari peringkat tadika. Rupanya kes dylexia yg perlukan kaedah pembelajaran khas dan berpotensi berjaya di bidang yg di minati.
    Cadangan buat pemeriksaan level dylexia dll dan tingkatkan keyakinan diri anak utk bersaing di zaman serba mencabar ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *