Assalammualaikum dan salam sejahtera kpd semua readers. Saya amat berharap agar confession saya disiarkan. Sy Miss Z berasal dr utara tanah air. Berumur 20 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA di utara juga dalam bidang accounting. Saya merupakan anak sulung dari 4 adik beradik.
Disini, sy ingin menceritakan serba sedikit tentang latar belakang diri dan keluarga. Saya boleh dikatakan seorang pelajar yg agak cemerlang di dalam akademik kerana sejak dari zaman sekolah saya telah berjaya memperoleh keputusan peperiksaan awam yang sangat cemerlang. Sehingga lah saya menyambung pelajaran kini, saya masih mampu mendapat pointer yang bagus. Ayah merupakan seorang pesara kerajaan, emak seorang suri rumah.
Tapi, siapa tahu di sebalik semua kejayaan itu, pelbagai jenis dugaan yang mendera mental saya yang saya hadapi sejak dari kecil lagi sehingga saya telah terjebak dengan dunia cutting ni. Dengan nama Allah, saya tak berniat untuk mencederakan diri sendiri tetapi setelah dihimpit dengan pelbagai dugaan akhirnya itu menjadi solusi yang terakhir untuk saya. Dahulu, Ayah merupakan seorang yang panas baran dan kaki pukul.Kerap kali mak dan ayah bergaduh, ayah akan memukul kami anak beranak dengan menggunakan tali pinggang dan benda-benda lain lagi. Ayah turut pernah bertindak mencekik mak di hadapan mata saya.
Setiap kali ayah pukul, xsah kalau tak tinggal kesan lebam2 di seluruh badan mak dan kami adik beradik. Dan ada satu kali ayah mengikat mak dan seterusnya memukul di hadapan saya. Mereka turut bergaduh di dalam kereta sehingga mak pernah cuba memusing stereng kereta untuk berlanggar dengan kereta di hadapan. Kami adik beradik hanya mampu menangis ketakutan kerana masih kecil. Apabila ayah kantoi curang, mak mengamuk dan menggunakan pisau untuk menikam ayah untuk membalas dendam.
Ye kerana mak terlalu tertekan mak sering bermain dengan pisau. Dan saya yang baru berusia 8 tahun pada ketika itu sentiasa hidup dalam ketakutan. Mereka sering bergaduh dihadapan anak-anak. Tapi syukur sekarang, ayah sudah berubah dan tidak lagi memukul seperti dulu. Tapi long term effectnya adalah saya yang menjadi mangsa kerana saya merupakan saksi kpd pergaduhan mereka, sehingga menjadi dendam dan insecure trhadap lelaki dengan menganggap semua lelaki adalah sama. Kesannya sekarang, saya menengking ayah balik sambil menangis mengungkit kisah lama bila ayah cuba nak menasihati dalam ap2 perkara kerana dendam yang tidak pernah habis.
Dan selepas itu, saya akan masuk ke bilik untuk menyambung semula aktiviti cutting saya. Itu je cara untuk saya lepaskan kesedihan. Ye! Ye saya tahu saya derhaka tapi dendam di dalam diri saya ni sukar untuk dipadamkan. Saya solat!! Saya mengaji!! Tp tu semua tak mampu utk menghilangkan tekanan saya. T_T Dengan cara melihat darah merah pekat yang mengalir saje yang dapat memuaskan saya. Cutter,gunting,ubat stapler sering mnjadi pilihan untk sy untuk melakukan torehan. Lagi banyak darah mengalir lagi puas.
Dan sekarang, setelah ayah bersara. Kami dibebani dengan masalah hutang keliling pinggang. Saya juga prnah hampir disuruh berhenti belajar kerana tiada wang untuk ansuran rumah sewa tempat saya belajar. Disebabkan peristiwa itu, saya bergaduh teruk dengan ayah dan ayah bertindak memusing stereng kereta untuk berlanggar dengan lori besar di jalan bertentangan. Ye saya tau dia terlalu tertekan dengan beban kewangan.Saya pula cuba membuka pintu untuk terjun ke luar. Xlama selepas itu, syukur rayuan asrama saya berjaya. Dan ayah pula terpaksa meminjam dengan ceti untuk melunaskan hutang. Tapi di situlah silapnya, hutang semakin bertambah.
Setiap kali awal sem, mak akan menelefon untuk meminta wang PTPTN saya untuk membayar hutang yang tertunggak seperti kereta dan lain2. Ye saya tahu mak terpaksa berbuat demikian . Dan saya seperti biasa terpaksa mengikat perut terutama pd hujung semester pd setiap sem. Nak kerja smasa cuti semester pun terbatas kerana saya tidak mempunyai lesen. Dan saya turut membuat dropship tapi ia tak banyak membantu sangat pun berbanding cash outflow yg senantiasa keluar terutama untuk menyiapkan final project.
Tekanan wang ini yang smkin mendorong saya untuk mencederakan diri sendiri. Saya tidak prnah meminta duit sara yang lebih dari kedua ibu bapa kerana tahu mereka tak mampu. Dengan loan PT itula saya menggunakan sepenuhnya. Sehingga ke semester akhir ini,saya masih tak dapat mengambil MUET kerana duit yuran yang baru diasingkan siap2 terpaksa diberi kepada mak. Dan yang terbaru, mak dan ayah masih pening untuk memikirkan cara untuk membayar saman kereta dan hutang2 ansuran lain seperti laptop yang sdg digunakan oleh saya.
Dan duit2 dari pinjaman adik beradik mak. Mereka berbincang di hadapan saya tentang hutang ceti yang sudah semakin tinggi. Dan saya menjadi semakin tertekan kerana saya masih tidak bekerja dan tidak dapat membantu mereka. Balik ke asrama, pd ketika ini saya mencapai cutter dan menoreh sedalamnya sehingga hati saya puas. Sambil menangis sepuas2nya, kenapa Tuhan uji saya sebegini rupa. Saya ikhlas untuk nak menuntut ilmu membantu keluarga. Tapi makin banyak dugaan yang datang yang membuatkan saya pernah terfikir untuk terjun dari bangunan sahaja.
Sering terdetik di hati kenapa Tuhan xambil nyawa saya dr kecil. Cpt2 saya istighfar semula. Ye saya tahu ramai yang akan mengecam saya tapi itu merupakan cara saya untuk melupakan segalanya. Saya akan menangis semahu2nya ketika melakukan sedemikian.. Saya mahu membantu adik2 saya untuk berjaya di dalam pelajaran. Saya juga telah menjadi seorang yang serius dan panas baran. Disebabkn itu, xramai yang ingin berkawan dengan saya kerana perwatakan saya yang kini berubah 360° menjadi seorang yang pendiam dan serius.
Lelaki yg cuba untk mendekati pun xkan mampu untuk bertahan kerana insecure saya yang melampau tu. Saya xmintak untuk jadi begini. Readers semua, adakah saya ni sakit? Adakah saya boleh dikategorikan sbgai seorang yang depress? Saya terlalu nak berubah tinggalkn smua tu tapi apabila tekanan memuncak, akan ada suara halus yang menyokong saya melakukan prkara negatif tersebut.
Saya tiada tempat untuk mengadu slain berdoa kepada tuhan. Adakah ini derita jalan hidup saya? Apa lagi solusi yang dapat saya lakukan untuk berhenti dari melakukan torehan tersebut dan berhenti dari menelan pil2 panadol dalam kuantiti yang banyak ? Apakah cara untuk membuka minda dari mengatakan semua lelaki adlah sama dan kaki pukul? Dan dapat memafkan ayah dengan sepenuh hati sebelum terlambat ?
Yang ikhlas dari hati,
– Miss Z
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit