Derita Keluarga Ayah

Assalamualaikum. Sekian lama tak menulis dan aku harap penulisan kali ini menjadi salah satu penulisan yang akan dipaparkan untuk tatapan bacaan semua.

Nama aku Tiara (bukan nama sebenar). Apa yang aku nak ceritakan hari ini adalah tentang keluarga ayah aku.

Benar kata orang orang, kebanyakan bila part adik beradik belah ayah, semua jadi tak rapat, tak seperti keluarga belah mak.

Dulu aku ingat aku je yang mengalami bende macam ni, maksud aku, masalah keluarga belah ayah, rupanya ramai. Mana aku tahu ? Aku terbaca kat twitter yang keluarga belah ayah ni selalu bermasalah.

Cerita yang aku nak ceritakan ni apa yang diceritakan balik oleh mak aku sebentar tadi, actually dari kecik aku memang tahu keluarga kami mmg bermasalah dengan keluarga belah ayah,

Cuma harini aku cuti dan mak berpeluang untuk bercerita dekat aku memandangkan ayah pon harini bekerja di luar kawasan. So let’s begin…

Mak berkahwin dengan ayah bukan dasar cinta. Mereka berkahwin sebab orang kenal kenal kan. Alhamdulillah mereka bahagia dan hasil perkahwinan mereka, Allah kurniakan 4 orang cahaya mata, termasuk aku la tu, hehe.

Kami memang keluarga yang bukan berasal dari senang, ayah seorang petani tapi sekarang alhamdulillah berjaya ada bisnes sendiri.

Mak dulu suri rumah, sekarang berbisnes kecil kecil kecilan. Anak anak semua termasuk aku sudah bekerja, cuma aku kerja lambat sikit sebab aku sambung study, banggakan mak ayah la katakan, sebab antara semua beradik, aku je yang sambung degree.

Okay we back to 1997… masa tu aku dua tahun. Mak kerap balik rumah mertua sebab dekat. Jadi, mak selalu bawak aku balik rumah tokwan even ayah aku kerja.

So selalunya bila mak sampai ke rumah tokwan, mak akan masak, so tokwan akan jaga aku. Cuma haritulah bermula perang yang tak damai sampai sekarang..

Haritu, nak dijadikan cerita, tokwan jaga aku, lepastu haritu die rasa nak bawak aku ronda2 beli cokelat. So mak aku pon izinkan, dan tokwan terus bawak aku pegi kedai runcit berdekatan dengan menaiki motor kapcai yang tokwan aku punya la.

Perjalanan nak gi kedai tu pon bukan jauh pon, dekat ja hah, and lalu depan umah mak sedara aku, dan dia pon ada anak sebaya aku.

Sesampainya kami ke rumah dah balik dari beli cekelat, pakcik aku datang serang,

‘Hai ayah, bawak anak zah je ke, anak saya ayah tak nak pulak bawak’

So bermulalah gaduh pung pang pung pang, dan sampai ke hal tanah melalut2 cakap ayah aku makan harta pusaka katanya.

Sejak dari haritu, hidup kami serabut, adik beradik ayah pulak sampai nak saman saman, katanya ayah makan harta pusaka, sampai ada adik ayah yang nak sumbat ayah dalam penjara.

Ayah usaha macam2. Beri harta cara adil, lepastu pak pak and mak mak menakan aku ni kata pulak laguni,

‘Abang bukan sekolah habis, ye ye je bagi harta sama rata’

Sudahnya ikotlah cara faraid, ha amek kau, yang betina semua dapat sikit, nak sangat ikot faraid, ayah aku dah usaha bagi sama rata, tak nak adik beradik gaduh huru hara,

Tapi sayang, hanya ayah aku yang memperjuangkan hubungan adik beradik, adik adik ayah langsung tak. Aku dengar cerita mak ni sambil menitis air mata. Kenapa adik beradik ayah macam ni. Kenapa kejam,

Memang benar ayah aku tak sekolah habis, tapi sampai hati buat ayah aku macam ni, kalau lah aku besar time tu, aku dah perjuangkan apa yang patut,

Tapi sayang, bila aku dah besar, semua urusan dan selesai, cuma tulah, adik beradik ayah masih ada yang tak bertegur sapa dengan ayah sampai sekarang. Akak sayang ayah. Ayah dah usahakan yang terbaik untuk keluarga.

Kata mak, tokwan memang baik, die bertuah dapat bapa mertua yang lembut dan baik hati, tapi tak sama macam nenek aku, dia tak pernah sebelahkan ayah, die sebelahkan adik beradik ayah yang lain, yang perangai tak serupa orang tu.

Akhirnya hayat nenek, sakit dia, derita dia, semua berakhir di rumah aku. Innalillah. Semoga ditempatkan dengan orang beriman. Ohh lupa cerita, tokwan pon meninngal tahun 2001, lama dah, semoga roh dicucuri rahmat hendaknya.

I wish u can live longer supaya dapat sembang dengan tokwan time dah besar, tapi sayang tak sempat, sebab kita dua kan tokwan, dorang bergaduh macam ni :) semuanya sebab cokelat.

Sekarang, sorang demi sorang adik beradik ayah pergi mengadap ilahi, aku tahu ayah bersedih, tapi dalam masa yang sama aku lega,

Akhirnya, orang yang selama ni menyakiti ayah, hilang seorang demi seorang, semoga sakit hati ayah terubat. Moga ayah sihat selalu. Moga ayah dimurahkan rezeki dan masih bersama akak dan adik adik hingga akhir hayat ayah.

Kata ustaz, memutuskan silaturrahim adalah dosa besar, ya aku tahu, aku pernah bicara hal itu dengan ayah,

Tapi ayah kata, die dah usaha untuk baikkan, tapi adik adik beliau memang degil, sampai sekarang pon still ada adik dia yang perli2 ayah dia kat status wasap, maklumlah, sekarang ayah senang sikit, keluarga kami tak macam dulu. Alhamdulillah rezeki dari allah swt. Siapa sangka.

Pernah satu kali adik beradik ayah nak masukkan ayah dalam lokap, atas kesalahan kononnya, ayah makan harta pusaka dan ayah layak mati dalam lokap, ish dasyat betul kan, tapi cerita ni memang betul.

Ayah aku sekarang dah 60 dah, bila bende diceritakan balik, sedih, sumpah sedih dengan kaum kerabat sendiri.

Benar kata orang, harta, duit memang boleh pisahkan hubungan. Sebab pada pandangan mereka, duit lagi penting dari segala, termasuk hubungan adik beradik yang membesar main guli dan jongkang jongket bersama.

Sekian dari saya…

– Tiara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit