Assalamualaikum. Maaf aku bukan student uia tapi aku nak tumpang luah Kat sini. Boleh kan? Aku student universiti awam yang lain. Kenal saja aku sbg sufi.. Aku anak ke 3 Dr 4 adik beradik. Kluarga aku kecik. Tapi masalah yg kami tanggung semacam ada 10 org dlm rmah ni.
Ayah aku, seorang penagih syabu. Smpai skrg masih tak brhnti sjak aku lahir lagi. Aku dah umur 23 thn skrg. Mak aku suri rumah. Tapi mak abah ADA ladang. Situ je utk menyara kami.
Sebenarnya dari kecik aku tak de kasih syg. Ye lah. Mak pon tension abh mcm tu. Kiranya aku tak de perhatian dr mak apatah lagi abah. Adik brdik yg lain pon. That's why, sorg2 anak buat prgai bmula dgn along yg lari rumah, angah pon buat yg sma lpas beberapa thn along lari. Tapi smua blik smula. Aku pulak, penah kluar bkn niat lari tapi aku pegi uiam jumpa kawan aku selama 3 hari 2 malam. Masa tu ramadhan. Aku baru lpas ptus tunang.
Aku tertekan SBB bks tunang aku fitnah aku Kat mak Dan along aku spy dpat pisahkan aku dgn diorg. SBB dia tahu kkuatan aku cuma mak ngn along. Tapi Malang nasib aku, diorg percaya kata2 bkas tunang aku berbanding aku. Sejak Dr tu, aku disisihkan dgn kluarga sendiri. Abah dgn abg aku memang tak Cara ape yg blaku Kat rumah. Aku rasa Sgt tak terbela. Sampai skrg aku masih lagi disisihkan SBB smua ego wlaupun kebenaran dah ADA depan mata.
Aku pulak, sejak Dari tu asyik bertukar pasangan sbb aku nak kawen. Aku tak tahan hidup tersisih. Aku nak mula hidup baru. Tapi, aku diuji lagi Dan lagi dengan lelaki yg aku jumpa. Smpai satu masa, aku istikharah Dan aku tak mahu bercinta lagi. Aku nak hidup sndri wlaupun rasa tak mampu.
Tapi lepas sminggu tu, tak sgka Allah hantarkan aku dgn sorg lelaki yg lebih muda dari aku tapi Sgt memahami Dan menyayangi aku. Dan kami dah rancang utk nikah. Aku terpaksa batalkan niat tak nak bercinta hanya kerana aku seorang pencari kasih syg. Aku hidup tak dipedulikan sesiapa. Mintak duit pon kena maki.
Tapi. Ujian besar sentiasa kejar aku. Along aku selalu bandingkan diri dia yg dah ADA harta dgn aku yg student ni. Bandingkan yg dia mampu belikan mak macam2, bawak mak pegi jalan2, siap haramkan aku bawak kete dia lagi sbb aku sesat masa Kat kl bwk kete dia. Aku tak faham kenapa. Mak aku pulak, salu salah faham ape yg aku cakap Dan lepas tu dia mengadu Kat along Dan along maki aku smpai ckp mak ngn abh tu hanya syg dia Dan tak syg aku. Aku ni dah la kurang kasih syg. Adik brdik pulak ckp mcm ni. Dia salu dgar sebelah pihak. Langsung tak nak dgar penjelasan aku kalau mak tu salah faham. Lama2 aku jadi hilang hormat.
Aku mula nak jadi liar. Buat ikut suka hati. Tak peduli sape2 lagi. Lelaki yg aku kenal skrg ni, aku tak nafikan, mmg dia byk kurang tapi hanya dia lelaki yg ingatkan aku pada tuhan. Dia salu suruh aku solat taubat, tahajjud Dan istikharah. Mintak dikeluarkan dari kepayahan ni. Seriously, aku rasa nak nanges bila dia kata dia syg aku. Aku sebenarnya tak kisah kalau dia tipu. Sebab aku Sgt dahagakan kata2 tu. Aku nak org kata dia syg aku. SBB sorg pon Dr kluarga aku tak penah ckp mcm tu. Smua buat hal masing2.
Kami. Tak penah berjemaah bersama satu keluarga. Aku rasa sedih. Tapi dlm sedih aku, aku byk mberontak SBB aku nak kluarga aku sedar yg kami patut berubah. Tapi tak semudah tu. Stiap Kali aku bukak mulut, aku kena belasah kena pukul ngn abg aku. Aku nak jelaskan APA yg aku buat. Dia ckp " kau sape nak dilayan dgn baik? Kau sape nak org sayang kau? "
Ya Allah. Hancur luluh hati aku. Dah la pukul aku tanpa dgar sebelah pihak aku. Abg ngn along pandai bodek mak. Tak buat keje pon tak PE. Kalau aku buat camtu, aku kena perli, kena maki, siap mengumpat aku belakang2. Aku tak faham knp kluarga aku mcm ni.
Aku cerita ni bukan nak aibkan kluarga aku. Korg pon tak kenal sape aku kan? Cuma aku nak luah saje. Bukan mudah nak ubah satu kluarga. Dlu aku pernah berpurdah dua tahun. Macam2 aku dimaki oleh keluarga sendiri. Ya Tuhan. Aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan. Skrg aku dah pkai mcm biasa. Aku nak jadi org biasa. Tapi aku nak kluar dr rumah ni dgn cara nikah. Kami smua tak boleh dibawa berbincang lagi.
Abah. Salu ingat kasih syg boleh dibeli dgn Wang ringgit. Dia bgi aku duit hasil Dr edar syabu. Aku serba salah nak guna. Dlm hati aku menjerit. Aku bukan nak duit. Aku nak dia. Aku nak perhatian dia. Nak berborak dgn dia. Aku rindu. Aku smpai awkward dgn abah. Ya Allah. Dalam permberontakan ni aku rasa aku anak derhaka. Tapi APA aku boleh buat. Abg ngn along pon dah membabikan kau, mensialkan aku dalam keluarga ni.
Aku cuma nak kasih syg.
Boleh tak sesape bagi aku kasih syg? Aku salu mengadu pada Tuhan. Saat tu je aku rasa aku ADA sesiapa. Tapi lama2 aku rasa aku sunyi balik. Complicated Nye rasa ni.
Harapan aku, aku cuma nak nikah. Aku tak de kawan. SBB aku takut, dlu2 org hina aku kata aku ank penagih. Aku trauma wlupun tak de sape tahu aku sape. Aku tahu ujian nikah besar. Tapi aku tak takut utk harunginya asalkan aku dapat kenal APA ITU kasih syg, perhatian Dan keadilan walau utk sekejap cuma. Doakan aku.
Maaf tunggang langgang. Aku sedih. Terima kasih admin jika approved.
– Sufi –
– Sufinur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Xpe awak masih ada Allah dik..Allah segalanya buat kita biar orang tak suka kita pon asalkan Allah suka dan syg kita.
Semoga saudari di beri kekuatan. Minta pertolongan kepada pencipta langit dan bumi.. semoga Allah meleraikan kekusutan yg menipah saudari skrg ini.. istiqamah utk bermujadah sentiasa bersyukur dan bersabar.. Sentiasa membaca sejarah2 perjuang para nabi2.. mereka lebih dahsyat di beri ujian. Dan bandingkan dengan ujian saudari skrg.. inshaAllah.. itu boleh mengurangakn stress dalaman dan menambah motivasi diri..
Mesti org kelantan ni sbb satu patah perkataan aku boleh detect yg org kelantan guna tapi translate KL bunyi pelik..
Tak cara.. haha
Btol tu bro..hahha
:(
kalo awk org kelantan meh sini raya kat sini.. nak duk umah sy pun boleh.. sbb takde org duduk sejak mak ayah meninggal.. bleh blaja buat kek, biskut.. berniaga.. ada jodoh ada.. tp majukan diri jgn peduli org yg tak peduli
baiknya org klate ni… ?
awk tabah yaa.. dulu keluarga sy lebih kurang mcm tu jugak…tp jgn putus asa berharap dgn Allah.
Kita sebaya la Sufi =) sabar ye.Tiap masa awak doa,doa dan doa.Baca surah Taha ayat 1-5 niatkan untuk lembutkan hati keluarga.Lau mak,mak.Lau along,along.Beza kita berdua ni adalah saya ni anak sulung dan awak ada kakak dan abang.Nak wujudkan suasana positif tuh,memang diri kita tak berapa kuat.Hanya tahajjud,doa,bacaan Al-Qur’an,zikir dan lain lain yang membuat hati terus kuat.Awak baca dp pic fb saya ni.Allah hadirkan kita pada akhir zaman.Bukan pada zama nabi.Awak tahu kenapa? Sebab Allah tahu umat akhir zaman walau iman tak sekuat manusia zaman nabi,tapi Dia tahu kita boleh hadapi ujian akhir zaman dengan kuat.Jatuh bangun kita,hanya Allah tempat untuk kita bersandar.Menangislah…redakan hati dan jiwamu Sufi.In shaa Allah,,ujian yang hebat adalah untuk orang yang hebat.Ujian hati dan perasaan adalah ujian yang tak semua boleh hadap kerana hati manusia sering berbolak balik.Ingat….
ALLAH YANG HADIRKAN SUASANA BEGITU,MASALAH BEGITU,SUPAYA KITA BOLEH MINTA PADA ALLAH! PENYELESAIAN HANYA PADA ALLAH! MANUSIA DAN UJIAN SEKELILING HANYA SEBAGAI ALAT UNTUK UJI KEIMANAN KITA YANG KADANG LUNTUR DEK KERANA DIRI TIDAK KUAT DENGAN CINTA ALLAH.SAMA JUGAK DENGAN SAKIT.ALLAH BAGI SAKIT DAN ALLAH JUA YANG MENYEMBUHKAN.
Sebenarnya dalam hidup kita ni,kita berjalan menuju padaNya.Dan disepanjang perjalan itu…banyak ujian yang perlu ditempuh.Jangan salahkan keluarga ye.Semua ujian itu daripada Allah.Bertabahlah! Banyakkan bersyukur,,renung burung2 di langit biru petang2.Tengok alam sekeliling.Belajar bersyukur sebab kita masih hidup..masih ada keluarga..masih ada tempat untuk berteduh..merintih rintihlah pada Allah.Mohon doa daripadanya.Oh ye..sebelum terlupa..
Jangan lupa selitkan sekali doa pada seluruh muslimin muslimat di seluruh dunia sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia..doakan keluarga ( better sebut satu satu nama )
Sebagai contoh saya kasi..Ya Allah,aku fidiahkan (hadiahkan) pahala bacaan Al-Fatihahku ini kepada ibuku yang bernama……………….. Lepas tu baca la Al-Fatihah sampai habis..niatkan atau lafaz pada bibir semoga ibuku berhati lembut padaku,menyayangiku,mengasihiku,sejuk matanya memandangku dan lain lain
Sufi.Lau awak baca ni…..awak try amalkan ye. =) lau awak takde kawan..leh la berkawan dengan saya.Saya sudi kawan dengan awak.Leh pm saya =D
Salam saudari….
Percaya dan yakinlah bahawa Allah sgt syg kpd anda…apabila Allah menyanyangi seorg maka Allah akn berinya ujian.lihat kpd nabi dan rasul.mrk adlh insan pilihan dan kekasih Allah tp ujian mrk lagi berat dan hebat…dgn ujian Allah ingin supaya kita dekat dgnNya..Allah ingin kita berharap hanya kpdNya…kasih syg sebenar adlh kasih syg Allah..bahkan kasih syg Allah melebihi kasih syg ibu kpd anaknya.kasih syg Allah hingga ke syurga..dan setiap drpd kita adlh sentiasa dlm ujian…ada yg di uji dgn kemiskinan,ada yg di uji dgn kekayaan, ada yg di uji dgn kasih syg dah kesimpulannya semua kita dlm ujian dan sedang menghadapi ujian drpd Allah dan sememangnya dunia ini adlh tmpt ujian.
Sye juga sprt anda ,selalu menerima ujian dan dugaan drpd Allah dan dulu sye x fhm kenapa perkara itu berlaku kpd sye tp alhamdulillah dgn bantuan dan dorongan drpd ust2 sye ,Allah beri ketenangan dan kefahaman kpd sye..
Kuatkan hubungan dgn Allah..bila ada apa2 masalah mula2 mengadu dgn Allah dan Allah Maha Mendengar setiap keluhan kita dan sentiasa mendengar setiap keluhan kita walaupun seluruh manusia menutup telinga drpd mendengar suara kita..
Kpd mrk yg kita merasakan yg mrk membenci kita maka sebutlah nama mrk dlm doa kita..anda akan lihat kesannya…
Selalu dekatkan diri dengan majlis ilmu..solat jemaah biar selalu, macam ne kita solat.macam tu lah hidup kita
Dekatkan diri gak dengan kerja kemasyaraktan.kat sana ada beribu orang yang boleh bagi kasih sayg.pandai2 pilih ja