Di Balik Tabir Poligami

Assalamualaikum semua.. Ini pertama kali aku post confession di sini.. maaf jika jalan penceritaan ada yang agak kelam kabut, agak panjang, atau agak hambar. Dan terima kasih kerana sudi baca kisahku. Jika ada sebarang persamaan dengan sesiapa, semuanya secara kebetulan, sebab ini kisah dari diriku sendiri.

Aku anak sulung, dan anak perempuan tunggal dalam keluarga. Adik-adikku smua masih kecil. Aku pula, baru sahaja menamatkan ijazahku. Sudah bertahun2 aku belajar jauh di luar negeri. Selepas aku habiskan final exam dan juga final year, macam biasa aku terus pulang ke kampung halaman. Selepas aku balik, semuanya berjalan lancar, tapi tak lama.

Kami dikejutkan dengan berita yang ayahku kahwin lain. Aku betul2 terkejut sebab benda berlaku secara tiba2, tambah2 pulak dengan aku yang baru sahaja balik.. Ataupun mungkin aku tak pernah sedar selama ni perubahan pada ayahku kerana keadaanku yang belajar jauh dari kmpung halaman. Ibuku? dia paling terkesan. Cinta hatinya telahpun menduakan dirinya.

Selepas peristiwa itu, suasana di rumah terus berubah. Bagai hilang sesuatu. Ibuku juga telah berubah. Sering termenung, menangis mengenangkan apa yang sudah trjadi. Dia sangat tertekan. Pernah juga ibu semacam tak boleh bertenang, terus menjerit dan menangis, melutut dpan ayahku, meminta maaf dan memohon cerai. Ayahku kata “ehh ape nii .. jangan cakap benda bukan2”. Aku pula terus tahan ibuku dengan memeluknya, dan mengalir juga air mataku di pipi pada waktu itu.

Sejak kejadian itu, ibuku merasakan apa yang telah terjadi mungkin datang dari silapnya sendiri, tetapi egonya tetap menyalahkan dan membenci ayahku. Lalu ibu lakukn pelbagai cara untuk memenangi hati ayahku kembali. Memasak makanan fav ayahku, mencuba masakan baru, ‘dating’ bersama2, seperti orang baru brcinta. Nampak bahagia, tapi hanya untuk seketika.

Bila ayahku tiada, ibuku murung kembali. Mungkin hati rindu, tetapi perit untuk akui benda itu. Macam mana dengan aku? tipulah kalau aku kata aku tak sedih, tak stress semua tu. Ayah aku sendiri kot. Selama ni dengar cerita dari luar jee. Sekali jadi dkt diri sndiri, seriously unpredictable. Tambah pulak tengok ibu dengan keadaan mcm tu hari2. Alhamdulilah adik2 aku jenis tak banyak soal. Budak2 kann, main je la tau, hahaha.. tapi diaorang akan tanya ayah kat mana, kenapa tak balik lagi, and all that. Time ayah aku balik, diaorang seronok sangat2. Peluk tak nak lepas.

Masa berlalu, akhirnya aku berpeluang untuk berjumpa dgn ibu tiriku. Semua atas ajakan ayahku. Tetapi ayahku langsung tak memaksa. Kenapa aku bersetuju? sebab benda dah berlalu. Sampai bila aku nak marah? nak salahkan takdir? benda dah jadi pun. Jadi berjumpa, hanya untuk itu. Ibuku pula memang bersumpah takmau berjumpa dengannye langsung. Ya ibuku masih marah. Itu hak dia. Aku pula lebih kepada ‘follow the flow’. If rasa benda baik, ikut. If tak, you know what should you do.

Semasa otw ke rumah ibu tiriku, sumpah aku berdebar. Bersediakah aku? kuatkah aku? sanggupkah aku?? tapi semua ku diamkan. Dah dalam perjalanan dah pun, hahaha. Sampai di rumahnya, hahh itu dia, ibu tiriku. Dia pandang aku dan senyum padaku, lalu terus datang kepadaku. Aku menyalam tangannya seperti biasa, tetapi dia terus memelukku sambil menangis, sambil meminta maaf kepadaku.

Aku kaku di situ. Ehh nak buat apa ehh. Macam blank terus jadinyaa, haha tapi aku peluk dia balik. Ayahku ? ada dibelakang kami. Ohh tengah lap air mata rupanya. Ehh cengeng jugak ayah aku nii hishh. Entah apa ayah aku fikir masa tu. Aku? tak fikir apa2 pun. Tak tau jugak masatu apa yang aku fikir. Mungkin masih tak sangka semua benda ni jadi. Mungkin juga tak sangka aku dah berada di rumah ibu tiriku. Mungkin juga masih fikirkan kekuatanku mnghadapi semua ini yang entah sampai bila.

Sekarang dah beberapa tahun benda ni berlalu. Ibuku sekarang sudah kepada fasa redha. Ayahku pula memang sekarang bergilir2 balik ke rumah kami. Tapi ada waktunya ketika kami semua kerja dan sekolah pada waktu siang, ayahku yang cuti pada ketika itu akan ke rumah ibu tiriku. Ibuku marah juga kadang2 dan mengatakan ayahku tidak adil, kerana ada ketika ayahku kerja shift malam, dia takkan balik ke rumah kami yang tiada orang siangnya itu.

Dia akan ke rumah ibu tiriku dan terus pergi kerja pada petang itu. Makanya kami takkan sempat berjumpa pun. Ayahku pula kata dia kesunyian di rumah sorang2 ketika kami tiada. Entahlah, mungkin ibuku betul. Dia kadangkala sunyi ketika ayahku tiada. Mungkin tindakan ayahku juga betul. Dia juga sunyi waktu kami tiada. Tetapi memang ketara waktu ayahku bersama kami agak terbatas. Pernah sehingga seminggu kami tidak berjumpa, membuatkan kami terlalu merindukn ayah kami.

Perangai ibu tiriku pula makin lama makin lain. Kadang2 dia sangat baik, tetapi kebaikannya itu kadang kala kelihatan keterlaluan, seperti ketara sangat ingin memenangi hati kami adik beradik, dan kadang kala membuatkan aku berasa agak tidak selesa dgn caranya itu. Mungkin itu caranya dan gayanya. Selalu juga aku keluar bersamanya, sudah tentu tanpa pengetahuan ibuku sendiri, utk menjaga hatinya. Terbit juga rasa bersalah kerana menipu ibuku, tetapi bukan itu niatku.

Apa yang aku ingin simpulkan di sini, benda yang kita tak pernah jangka, tak pernah terfikir, Jika Allah mahukan, memang akan menimpa kita. Semuanya atas kehendak-Nya. Semua untuk menguji kita sama ada kita masih mengingati-Nya atau tidak, sama ada ketika senang brgembira atau ketika duka melanda. Apa yang penting, kita sendiri kena kuat menghadapi benda ini. Aku sendiri pun mungkin nampak seperti tiada apa2, tapi sebenarnya aku sakit bila fikirkan benda ini. Pernah smpai terbawa2 sampai ke mimpi, bila tersedar dari mimpi aku terus menangis meraung.

Sebagai anak, lagi2 yang sulung perempuan, benda ini memang bawak effect sangat2 besar dalam diri aku. Aku jadi takutkan segala kemungkinan yang bakal jadi. Jujur aku takut sangat2. Tambah pula adik2 aku yang masih kecil semuanya. Aku takut aku tak kuat. Buat sesiapa yang ada pengalaman sepertiku, aku teringin nak tahu macam mana kalian hadapi benda ini, macam mana juga kalian boleh jadi kuat untuk orang2 yang kalian sayang .. Tolong juga doakan aku.

– Rahs

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *