Di Mana Ada Kemahuan!! (Part 2)
Pertama sekali ak mgucapkam jutaan terima kasih kepada yang sudi membaca kisah ak waktu belajar dahulu.. ad yg positif ambil. Yg negatif buangkan jauh2 ak memohon maaf andai cerita ak ad mmbuatkn hati saudara saudari tersinggung. Ad yg mndoakn ak mnjadi menteri. Terima kasih byk2 (x psti sindiran atau sebaliknya :) ).. kepada adik2 yang masih belajar.. kuatkan semangat. Jgn putus asa.. mgkin zaman ak berbeza dgn zaman kalian kini.. ak mmpunyai adik2 yang masih blajar d ipta.. rungutan yang ak terima dri mereka, Sama dgn seperti kalian. Bila kalian semua keluar ke zaman pekerjaan, tekanan yang anda semua akan rasa lebih hebat dari anda bergelar pelajar. Sehingga berperasaan mahu manjadi kanak2 semula..
Ak ad satu cerita zaman bergelar penganggur.Puas kehulu kehilir membawa resume dan sijil2. Satu pon tak lekat.. bila kita dah buntu baru kita nak ingat Allah yang Maha Agung.. aku di temukan dengan pemilik kem motivasi. Beliau mahu mencari seorang tukang kebun untuk membersihkan kawasan persekitaran kem tersebut. Beliau menawarkan pd aku kerja tersebut. Tanpa soal bicara lagi aku terus bersetuju. Gaji pon aku tak tau brapa yang aku dapat. Yang penting bila orang tanya. Aku dah bekerja. Saat menerima gaji pertama.. aku tersenyum puas pabila melihat dalam sampul surat hanya ada not rm50 sepuluh helai dan rm10 lima helai.
3 bulan aku menjadi tukang kebun membersihkan kawasan kem. Membuat dekorasi. Sehingga aku di amanahkan menjaga kem tersebut apabila boss aku keluar outstation. Untuk pengetahuan boss aku adalah seorang pakar motivasi. Nak dijadikan cerita boss aku call yang beliau sangkut dalam kesesakan lalu lintas. Sedangkan ad satu program dari sebuah ipta. Slot beliau akan bermula tak lama lagi. Beliau menyuruh aku isi apa2 sahaja tntang slot beliau. Aku pon masuk dalam ofis beliau. Ambik bahan2 berkaitan dan aku pon memulakan slot ganti. Selama 3 bulan aku memerhatikan beliau. Dan hari itu aku meniru sebiji2 percakapan beliau. Dalam tidak sedar beliau memerhatikan aku dari jauh. Selesai slot itu. Aku di panggil oleh beliau dan di tawarkan menjadi membantu beliau. Rezki menyebelahi aku. Dalam aku bekerja dengan beliau. Aku di suruh sambung belajar peringkat ijazah dengan segala yuran pengajian di tanggung oleh syarikat. Dalam diam aku memerhatikan beliau. Pada masa yg sama aku di perhatikan.
Ingatlah dalam laut yang masin. Ada ikan yang manis isinya. Dalam kesusahan akan timbul kesenangannya.
Berdoa pada Allah. Yang sesungguhnya rezeki itu sudah tertulis untuk kita. Tapi bagaimana kita memnfaatknnya….
Di Mana Ada Kemahuan
– Lurizan Muhammad