DI MANA ALLAH? – 11:15 PM

DI MANA ALLAH?

Ni peristiwa suatu ketika dulu. Saja nak berkongsi. Ambik pengajaran jadikan pedoman

Aku dulu belajar dekat satu IPTA ni. Awal2 masuk dekat IPTA tu, aku dah dapat rasa satu aura yang berat. Aura yang tak berapa nak positif.Tapi aku cuba sedapkan hati kata ini semua cuma mainan perasaan aku. Aku daftar masuk macam biasa. Dah tau asrama dekat mana, aku pun angkut la barang2 aku masuk bilik. Bila aku jumpa roommate aku yg lain, sekali lagi aura tu datang. Aku rasa lain macam sangat. Aku positif kan lagi, mungkin kite orang tak kenal each other sangat.

Dua minggu berlalu, aku dapat tau roommate aku mengutuk mak aku dekat belakang (roommate aku jumpa mak aku masa aku daftar masuk). Aku panas hati gila. Apahal nak kutuk2 mak aku? Aku sabar, aku kata tak ada guna bergaduh buat stress hidup. Aku tunggu je Allah balas.

sebulan berlalu, hubungan aku dengan roommate aku renggang. Walaupun aku tak balas tapi hati ni still sakit.

Classmate jangan cakap la. Disebabkan aku buat report dalam bahasa inggeris deme kata pulak aku berlagak. Allahuakbar, time ni aku memang cuba bersangka baik. Aku tahan, aku sabar lagi. Aku bagitau diri aku, insyaAllah one day mereka akan nampak pentingnya belajar bahasa inggeris ni.

Walaupun aku sabar, tahan. Tekanan tetap ada. Tak lama lepas tu aku kena histeria. Aku balik seminggu, berubat tapi tak sempat berubat sepenuhnya sebab aku fikirkan attendance aku.

Masuk je balik. Satu blok gelar aku budak hantu. Tak mau dekat dengan aku. Kalau ingat balik ni memang kelakar.

Pensyarah? Bukan support, merundumkan lagi semangat aku ada la. Dia sendiri suruh alu berhenti. Hahaha.

Hari demi hari, tekanan dengan budak kelas, roommate dan penghuni blok. Aku jadi stress yang teramat. Aku meletup, aku campak habis barang aku dalam bilik. Aku jerit macam orang gila. AJK cuba tenangkan aku, ada dengan cara baik, ada dengan cara kurang ajar.

Yang kurang ajar ni, aku rasa kena menuntut ilmu agama balik la. Tak guna pakai tudung labuh, pegang terjemahan al-Quran sentiasa, pegi usrah tapi tak apply apa yang diajar. Masa aku hilang faith dengan Allah, dia boleh cakap ‘Tak ada yang kisah’. Siap dengan muka-muka lagi. Tapi aku tak salahkan tudung cuma kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

sambung semula,Aku dapat tau ada AJK panggil ustaz

Ustaz pun datang masuk dalam bilik aku. First soalan yang aku tanya “Allah mana? Kata Allah sayangkan hamba Dia. Kata Allah akan bantu hamba Dia”.

Aku tanya soalan tu dalam keadaan teresak-esak. Jiwa aku sakit. Hati aku terluka sangat. Aku rasa dunia ni tak adil. Allah tak adil.

Ustaz tu jawab yang Allah ada. Doa kepada Dia.

Aku jerit kuat dekat ustaz tu. “Mana?! Aku dah doa. Aku dah doa dekat Allah. Kenapa Allah tak jawab. Allah tak sayang aku ke?.”

Ustaz tu cuba tenangkan aku. Dia mintak aku mengucap, istighfar. Dia terangkan satu persatu untuk semua soalan aku.

“Ustaz, mana Allah? saya nak jumpa Allah. Saya nak tanya Allah kenapa Dia buat saya macam ni?”.

In the end, aku mengalah. Aku rasa aku lemah sangat. Malam tu family aku datang bawak aku balik.

Aku berhenti belajar. Setahun lepas tu, aku mohon IPTA lain. Tapi dalam setahun tu aku rawat hati aku. Aku mantapkan ilmu agama aku.

Setiap yang pahit akan ada manisnya kan? Hari ni, aku dapat rasa manis tu. Aku dapat pelajar dekan untuk setiap semester. Allah temukan aku dengan kawan2 yang sentiasa bantu aku, bersama aku susah atau senang. Lecturer sentiasa support aku.

Aku dengan lecturer siap buat bet lagi boleh capai tak target pointer untuk semester tu.

Walaupun aku lambat dari kawan2 yang lain. Ada hikmah dia bukan?
Jangan pernah sangsi dengan takkir Allah macam yang aku pernah buat. Allah tu adil. Maha pengasih. percayakan Allah.

– kairina

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *