Di sebalik 'Beriye'
Assalamualaikum.
Confession aku tak banyak tapi aku nak tanya la.
Memang skrg ni dah trend ke ape tengok org bersungguh je kata org tu 'beriye'. Trend eh?
"Beriye seh"
"Takyah lah kau nak beriye sangat"
Dan segala macam hal. Semua benda nak sebut 'beriye'.
Aku rasa nak cincang2 je pengasas trend perkataan 'beriye' ni.
Memang kau ni spesis pendengki ke ape sampai takleh tengok orang bersungguh, bersemangat buat keje smpai kau cipta trend camtu?
Aku marah sbb aku ni dah grad. Zaman aku blaja dulu takde trend camni. Kau blaja la hard mcmana pun paling2 org cuma cakap kau poyo. Nak panggil kau pape pun takleh sbb belum ada trend lagi utk 'bahan orang yang tengah bersemangat'.
Skrg ni aku tengok, bila aku konvo, kesian junior2 aku yang memang ikhlas study nak banggakan mak ayah, bila nak buat assignment awal je kena bahan 'beriye'. Nak jumpa lecturer sbb tak faham topik pun dipanggil 'beriye'. Kena lantik jadi pape pastu budak tu buat keje dia, org ejek dia lagi, 'beriye'.
Hodoh tahu tak perangai tu. Trend tu skali sama hodoh. Elok2 budak2 nak menyerlah dgn bakat yg ada kau panggil dia 'beriye'.
Apak ah mana datang seh trend segini.
Dan pengamal setia trend 'beriye' ni aku nak tanya sikit la.
Apa kau nak orang jadi pasif macam kau ke? Jadi pemalas macam kau? Pendiam macam kau baru kau rasa dia okay?
Baik sikit bhai.
Tu namanya hati busuk takleh tengok orang lain gerak maju.
Kesian junior2 aku.
Kesian adik2 aku.
Walaupun aku tak pernah kena trend macam ni, bagi aku tetap tak patut jadi perkara 'biasa'
sbb hanya dengan satu perkataan sahaja, 'beriye', kau mampu jatuhkan semangat seseorang.
Jaga-jaga.
Jangan sampai hasil bahanan kau, tak ada lagi orang bersemangat dalam tmpt kau. Tak ada lagi orang berdaya saing dalam tmpt kau. Tak ada lagi orang yg cuba mengubah dunia.
Hanya kerana bersemangat dipandang negatif. Bersemangat dipandang sampah. Dipandang hina.
Jaga. Hanya satu perkataan mampu ubah semua. Saham kau, jaga.
– Bukansiapasiapa