Salam and hi. First of all, thanks to admin if they decided to post my confession. This post will be in mixed language, malay and english, pardon my bahasa yang lemah.
Tajuk aku sangat cliche, sebab aku tak tau nak letak tajuk apa. Yang pasti dia, Z, adalah bekas teman lelaki aku, yang kini dah selamat jadi suami orang.
Aku seorang gadis hampir mencecah usia 30-an. Kerja aku bagus. Gaji takla mahal, tapi cukup untuk perempuan bujang yang takda tanggungan.
Kalau orang tengok aku dari luar, semua orang tertanya-tanya, apa yang aku tunggu, kenapa aku tak kawen lagi. Apa yang tak cukup dan tak kena lagi?
Hati aku. Hati aku dah hitam kelam. Aku tak tau macam mana aku nak berpatah balik. Aku terlalu banyak dosa. Terlalu hina untuk siapa-siapa.
Semua bermula pada tahun 2015. Aku kenal Z masa zaman belajar. Kami belajar diluar negara. Aku tak pernah bercinta. Setakat syok sendiri zaman sekolah pernah la. Tapi aku betul-betul bercinta. Lama aku ambil masa untuk kenal dan suka dia. Lepas 3 bulan bermessenger aku jumpa Z.
Z ni classmate sekolah senior aku kat universiti. Dia kenal aku dari mutual friend kat fb. Aku memang tak percaya Z mula-mula, tapi kalau dah tiga bulandia usaha mengayat aku, cair la jugak, tambahan masa tu kakak abang aku dah kawen, so kira tunggu habis belajar turn aku la pulak kononnya.
Tiga tahun aku couple dengan Z. Takda sapa tahu, housemate aku, kawan-kawan Z, our family, nobody knows. Takda sapa tahu sebab hubungan kami membawa kami ke lembah maksiat.
Setiap hari Z berjanji takkan mempersiakan aku. Aku rela diperlakukan apa saja oleh Z. Sampai kami masing-masing tamat belajar, janji Z bagai mencurah air kedaun keladi.
Balik Malaysia, Z makin sibuk dengan kerjayanya. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Mesej aku selalu tak berbalas dengan alasan sibuk. Jumpa apatah lagi. Bila cerita soal kahwin, alasan masalah keluarga selalu diberikan.
Raya tahun lepas aku tunjuk gambar Z pada ummi, aku bercerita perkara baik-baik perihal Z pada ummi. Kata ummi moga aku diberikan jodoh yang baik-baik.
Raya keempat aku masih dikampung. Z hantar mesej di whatsapp, ajak berpisah. Takda angin, takda ribut. Aku berlari keluar rumah nenek, berkali-kali aku telefon Z, akhirnya Z angkat.
Katanya dia dah takda perasaan. Aku tak tau nak kata apa, air mata aku tak tertahan, tapi aku tutup mulut takut didengari saudara mara yang masih di rumah tok.
Z kata dia tak layak untuk aku, dia dah tidur dengan perempuan lain. Aku tau dia tipu. Z takda masa untuk semua tu. Makan minum dan tidur dia pun saban hari tak terjaga. Walaupun dia tak mesej aku, aku tahu macam mana teruknya bidang pekerjaan dia. Tapi aku redha. Kalau dia bukan jodoh aku.
Seminggu jugak aku meroyan. Aku hantar mesej bukan-bukan pada Z, kadang-kadang aku marah, kemudian aku minta maaf dan merayu, ada juga aku cuba mendapatkan kepastian, tapi Z tetap dengan keputusannya.
Aku berubah. Perangai aku meliar. Aku keluar dengan entah mana-mana lelaki. Aku bingung. Pada fikiran aku, aku dah tak suci, kenapa aku nak jaga lagi? Kalau Z mampu cari pengganti, masakan aku tidak.
Hujung tahun lepas aku terlanjur. Aku jatuh hati dengan seorang jejaka kelantan. Orangnya manis, lembut dan sangat pandai melayan wanita. Aku sangat keciwa bila tahu dia sebenarnya sudah berpunya. Aku ditipu lagi. Hati aku musnah kali kedua.
Aku mesej Z, aku minta maaf padanya. Mungkin ada kata-kata aku yang terakhir mengasarinya. Z ajak aku kembali bersama dia. Dia berjanji benar-benar mahu meikahi aku kalini.
Aku takut. Sebab aku dah tak sama macam dulu. Aku dah hitam dan hina. Z merayu. Aku minta masa, tapi Z akhirnya merajuk dan berputus asa.
Harini aku scroll messenger sebab mencari penyewa rumah aku. Tiba-tiba ada lintasan gambar pasangan yang tak aku kenali. Z? Z tersenyum gembira bersama pasangannya. Bila Z kahwin?
Hati aku berdebar-debar. Siapakah isterinya? Aku benci dengan diri aku, kenapa aku masih sibuk hal Z. Aku terjumpa video perkahwinan Z di youtube. Isterinya rakan sekerja dia sekarang dan rupa-rupanya kami sama-sama belajar dinegara yang sama dulu.
Paling aku sedih bila lihat tarikh nikah mereka tak sampai sebulan selepas Z merajuk dengan aku.
Anehkan jodoh. Tiga tahun aku sia-sia berzama Z. Tapi Z mengambil masa tak sampai sebulan untuk decide nak menikahi isterinya. Tiga tahun aku hitam kelam membawa aku kelembah hina. Tapi dia miliki isteri yang suci dan terjaga.
Hari demi hari aku mencari diri aku. Kadang-kadang aku mengaji sampai kering tekak berjuzuk-juzuk, tapi aku tetap tak mampu nak mengundur masa. Saban hari aku menitiskan air mata dalam solat, tapi esoknya aku masih melayan lelaki seperti tiada dosa.
Dia bukan milik aku. Tapi aku milik Allah. Aku harap Allah temukan aku kembali dengan hidayahnya. Kuatkan aku yang masih bersendiri.
Aku nak pergi mekah tak lama lagi. Aku harap semua dosa aku terhapus disana. Aku harap kalau aku tak berjodoh didunia, Allah tutupkan pintu hati aku pada mana-mana lelaki, agar aku tak terjebak lagi dalam dunia cinta noda ni.
Pada Z, ya, saya salahkan awak, tapi sebenarnya sayalah yang silap mengatur langkah. Moga awak berbahagia selamanya.
P/s : actually Z know me from here, he posted something about ‘cari jodoh’ and i just like his confession at that time. Soon after that he add me. So beware guys, laki yang konon nak cari jodoh ni belum tentu ready nak kahwin.
– GadisHitam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit