Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi approve confession ni.
Aku nak confess kat sini pasal kawan aku. Cerita dia macam ni, haritu kitorang ramai-ramai dalam 10 orang pergi ziarah cikgu lama kami. Kawan perempuan aku ni dia jenis bising sikit kepoh2 gittew. Kalau orang tengok dia, confirm ingat dia jenis hati sado. Dalam erti kata lain, nampak macam tak sensitif. Tapi, hati dia tisu duhhh.
Dalam perjalanan ke rumah cikgu kami tu, kawan aku ni asyik kena bahan je. Macam-macam dia kena sebab ade sorang kawan kami yang lelaki ni macam serba tak kena dengan kawan aku sorang ni. Tapi tu tak kisah sangatlah sebab kawan aku kata dia dah biasa. Yang aku kesian tengok dia ni masa kat rumah cikgu kitorang tuh. Waaa dasyat sangat dia kena. Kau tau dia kena apa? Dia kena sound dengan budak laki tu! Malu weh. Segala maki hamun dia kene. Tapi ayat-ayat pedas dia tu tak boleh ditulis semula kat sini, nanti dia kena marah lagi. Dahlah depan semua org. Kesian aku tengok dia.
Walaupun kawan aku tu buat-buat tak respon buat-buat taktau tapi aku tau dia terasa. Lepas tu masa nak balik tu kitorang nak ambik gambar ramai-ramai, aku tengok kawan aku yg perempuan tu boleh lagi senyum kat laki tu siap angkat peace lagi. Kalau aku memang aku bagi penampar je kat lelaki mulut camtu! Lepastu lelaki ni marah-marah dia lagi. Serius aku tak faham duh masalah lelaki ni apa sebenarnya. Aku rasa dia ingat perempuan camtu hati sado sgt kot. Tak ada perasaan. Kau tak boleh layan dia macam kawan-kawan lelaki kau yg lain sebab hati dia tetap hati perempuan.
Otw balik tu kawan aku diam je. Sampai-sampai bilik pun dia diam. Beberapa jam lepastu baru dia cakap balik dengan kitorang ni. Dia cakap dia malu kena maki camtu. Bukan setakat bahan, tapi kena maki. Siapa yang tahan. Kalau dia ada salah, cakap ja lah. Tak perlu lah marah tiba-tiba. Actually semua orang ada perasaan. Kalau dia tak tunjuk bukan bererti dia tu feelingless. Lagi-lagi kalau dia tu seorang perempuan. Kau tak payah anggap hati dia macam kau sangat. Ni perempuan bro.
Jadi, untuk korang yang ada kawan=kawan perempuan please appreciate diorang. Tak kisah lah kasar macam mana pon dia, tomboy sekalipun, hang ingat satu ni ja. Hati dia masih hati perempuan. Kerna dia perempuan.
“Setiap perempuan punya maruah yang tersendiri”
-kawan perempuan