Assalamualaikum. Aku cuma nak share kalau apa yang aku rasa ni normal atau tidak, mungkin ada yang pernah alami.
Aku kehilangan adik dalam satu insiden yang pernah disiarkan dalam media malaysia awal tahun ni. Waktu tu mmg sedih tak terkata.
Muncul tiba2 satu hamba Allah datang bagi semangat pada aku. Dia xpernah kenal aku apatah lagi adik aku tapi katanya kasihnya seorang strangers.
Entah mcm mana, drpd seorang strangers, tak pernah kenal, xpernah jumpa cuma whatsapp cerita psl keluarga aku, cerita psl dia, aku dapat rasa dia seorang lelaki yang baik.
Tapi kami stop selepas urusan adik aku selesai. Lgpun aku sibuk dan segan juga sebab takut berlebih2 nnt dicop gedik atau ambil kesempatan.
Subuh raya ke 3 baru ni, aku dikejutkan dengan berita pemergian dia. Terkejut. Dia masih save nombor aku cuma kami tak sempat kenal lebih lama.
Aku ada hubungi pihak keluarga dia. Aku menangis tak henti sejak dapat tahu berita sedih ni. Mulut tak henti-henti berdoa untuk dia. Uniknya, aku sedih pada strangers yang aku tak pernah kenal tapi strangers ini yang kasihkan aku, adik aku dan keluarga aku.
Hati aku rasa nak meraung, tak sempat kenal dia lebih lagi. Mungkin ada hikmahnya. Aku redha.
Cuma aku tak pasti perasaan aku ni normal atau tidak. Aku masih bersedih tiap kali teringatkan dia. Aku nak jaga family dia, tgk2kan family dia sebab aku rasa itu je aku mampu buat. Tapi bila aku cerita pd kwn2, ramai yg tak setuju. Katanya xperlu ingat org yg dah xada. Ada yg kata, kalau aku berlebih2 pun, arwah belum tentu ingat atau kenal siapa aku.
Disebabkan ini, aku jadi malu nak meluahkan perasaan aku. Aku cuma kasihkan strangers yang pernah kasih dan sayangkan kami sekeluarga. Inilah yang aku rasa, kasih sesama strangers. Rasanya tak salah kan kita mendoakan sesama saudara islam walaupun dia tak kenal.
Bukannya aku meratap di kubur dia minta dikawinkan pun. Aku berbaik dgn keluarga dia pun hanya sbg tanda balas budi baik dia dan ukhwah sesama islam. Kalaupun aku xmampu, cukup aku nak keluarga dia tahu, aku cukup berterima kasih atas keikhlasan dan budi baik arwah pada aku.
Sekarang ni, aku tak tahu dah nak luahkan kat mana. Takut dicop berlebih2 pulak.
– Stranger
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
arwah abah aku cakap, tak salah buat baik dengan orang.