dia sedekahkan aku RM1000?

Assalamualaikum.

Cukup kenal aku sebagai Gadis Seribu. Ada kisah nama pena ni.

Let make it short and simple.

kejadian ni berlaku 2 tahun lepas kalau aku tak silap. Waktu tu ‘study week’ . Tempat aku lepak selalu di library. Aku memang suka study sorang- sorang dan port aku kalau boleh taknak ada banyak orang.

Kalau takde orang lagi best.

Ok, nak dijadikan cerita, sebelum aku pergi library, aku pergi ke pejabat bendahari untuk bayar yuran ( RM2500 -ada dalam dompet) . Tapi, ada masalah pula. So aku pun sambung study di library.

dalam library tak boleh bawa masuk beg. Waktu tu barang-barang aku banyak sangat. Laptop, extension wire, charger, buku-buku nota, kamus miftah lagi kotak pensil and so on.

Memang banyak.

Aku ni memang jenis careless. Kalau otak aku banyak berfikir, mesti ade bende yang aku akan lupa dan tercicir. Masa aku kluarkan barang-barang dari beg yang aku nak bawa masuk dalam library, aku letak dompet aku di rak sebelah lepas tu aku tindan dengan barang-barang yang aku nak bawa masuk tu (laptop dan buku semua tu)

Then aku masuk dalam library.

lama. Hampir 2 jam di library ada orang call aku.

” Assalamualaikum cik Gadis Seribu. cik sekarang ada di mana? Boleh datang di kaunter library sekarang?”

– ” Waalaikummssalam. Saya ada di library sekarang. Kenapa ya? ”

” Cik ada kehilangan apa-apa tak? ”

– ” rasanya xde. Kenapa ya?”

” cuba cik cek betul-betul. Dompet cik ada tak?”

Saat di tanya tentang dompetku, bagai nak tercabut rasanya jantung ni. Terus terpkir. Takkanlah dompet aku tercicir. RM2500 kot dalam tu.

Hati sangat rasa tak sedap. Berdebar. Rasa darah xde dah.

Cek di beg xde jugak.

Terus ke kaunter. Kakak library tu hulurkan dompet aku. Dala. Keadaan zip terbuka. “Waktu orang jumpa dompet kamu, memang dalam keadaan terbuka macam ni.”

habislah aku. Aku dapat agak mesti ada orang ambil. Tepat sekali. Aku kira duit aku tak cukup RM1000.

Macam2 aku pikir waktu tu.
exam aku lagi 3 hari. Kalau tak settle payment xboleh kuarkan slip exam. Xde slip tak boleh masuk exam.

Boleh buat tangguhan yuran. Tapi aku akan bebankan mak ayah. Sebolehnha aku nak tanggung semua ni sorang2. And aku tak punya banyak masa dah untuk turun naik pejabat untuk urus bende tu sebab aku perlu study lagi.

Aku ambil keputusan untuk cari jugak siapa yang ambil duit aku. Hanya 1. Aku hanya perlukan kata maaf dari dia. Jika duit itu dia dah gunakan, aku akan halalkan.

Sebab.. aku kira dia masih berhati perut. Bayangkan lah. Dalam dompet aku ada RM2500 . Dia hanya amik RM1000. LAGI RM1500 dia tinggal untuk aku.

Aku yakin dia masih ada perikemanusiaan. Kalau la dia xde hati perut dan xde perasaan, dia mesti ambil semua. Xpe. Aku dah maafkan dan halalkan.

moga Allah beri hidayah kepada dia.

Aku karang mesej untuk disebarkan. Dengan harapan agar dia baca. Kalau dia tak serah diri pada aku pun, at least kalau dia baca msg tu dia tahu apa yang ingin aku katakan pada dia.

then, mesej itu tersebar. Ramai yang whatsapp dan mesej aku menawarkan bantuan.

Tujuan aku tulis mesej untuk disebarkan xde detik sikit pun niat di hati aku untuk minta bantuan atau hrapkan mereka sumbang duit atau kasihankan aku.

1 je yang aku nak. Aku harap pencuri tu baca mesej aku. Tahu da faham keadaan dan perasaan aku.

Tapi tak sangka . Lain pula yang jadi. saat itu juga baru aku tahu. Betapa pemurahnya student-student di IPTS (islamic college) yang aku belajar ni.

Benar. Aku sangat terharu.

Ada yang suggest dalam group supaya keesokannya letak tabung di pintu keluar dewan exam. Seorang derma RM1 pun jadila.

Dan kebanyakkan nya minta no.akaun aku untuk diorang bank in. Lebih kurang 30 orang yang minta. Serius banyak.

Tapi, aku rasa tak tenang. Bukan itu yang aku cari. Diorang pun student mesti diorng pun nak guna juga duit.

dan aku tak nak dalam akaun aku masuk duit yang banyak melebihi keperluan aku duit yang hilang tu.

Tak xnak amik atau guna duit sedekah orang kpd aku sedangkan ada lagi student yang susah y lebih memerlukan.

Walaupun hakikatnya aku memang betul2 susah waktu tu.

Aku bukan taknak ambil. Atau terima bantuan tapi aku rasa aku xlayak untuk terima bantuan. Sebab mak ayah aku boleh dikatakan orang yang senang. Tapi!!!! Aku bukan orang yang senang. paham?

Itu prinsip aku.

Aku lebih suka berdikari.
Apa yang aku nak. Aku usaha sendiri. Dan aku hidup di universiti pun aku x minta duit dari mak ayah sesen pun. Duit minyak aku tanggung sendiri. Makan minum sendiri. sebab aku ada buat bisnes online.

Sesak macam mana pun. Aku takkan minta duit. Ada je hari aku ikat perut. Minum air yang aku bawa dri rumah. Aku pergi kelas awal pagi. (Perjalanan 30 minit)

Aku akan dduk di kampus sampai 12 tengah malam baru balik. Sebab aku rasa macam rugi je kalau balil awal. Kalau stay, boleh study dan fokus lebih.

Ok. Berbalik kepada duit aku yang hilang tu. Keesokannya, aku dapat mesej dari orang yang aku tak kenali. Lelaki. Mesej dia straight to the point. Minta no.akaun aku untuk dia bank in RM1000. dia harap sangat aku terima.

terlopong aku. Gila banyak buit dia nak bagi kat aku. Dia halalkan katanya. Tak perlu pkir nak bayar balik atau ape. Dia hanya harapkan aku dapat amik exam je.

Waktu tu aku ada terpikir jgk. Kalau aku xamik duit dia , aku nak cari mana duit waktu pendek ni. Then aku trpksa bagithu mak abah.

Hmm… lps pikir. Aku aku bagi syarat pada dia. Disebabkan dia pjuk aku untuk terima. (Haha… mcm pelik plak kan.. org yang perlukan bantuan plak bagi syart. Haha)

1) sebelum aku bagi akaun number aku. Aku nak dia bagi nama penuh dia. Number akaun dia.

2) duit yang dia bagi adalah pinjamaN aku dari dia. walau berapa lama pun, aku akan bayar balik duit dia. Tapi beransur2 la. Sebab RM1000 adalah angka y sangat banyak bagi aku.

Syukur. Dia terima dan setuju. ” katanya, ambillah berapa lamapun masa. Sampai aku jadi nenek cucu cicit nak bayar pun xpe. Dia x kisah”.

Allah…begitu murahnya hatimu.

On that night, aku tulis segala butir peribadi dia dalam buku nota aku. Sampai sekarang masih ada. Aku dalam proses untuk bayar sikit2 pada dia.

Dan lepas ja dia bank in duit tu kat aku, lepas dari pada tu dia xcontct aku langsung dah. Sekali pun tak pernah. Xde la nak tanya khabar ke apa ke… nak menggatal ke..berkenalan dgn lebih rapat ke.. xde.. trus ptus hbungn.

bagi aku, lagi jelaskan ketelusan keikhlasan dia untuk bantu aku. Aku ‘ tenang’ berhutang pada dia.

Aku tabik cara dia jaga ikhtilat. InsyaAllag moga dia seorang rijal yang benar2 mengamalkan ilmunya.

Untuk awak, kalau awak baca confession ni,
Sekali lagi terima kasih ya.
Sabar ya, sekarang saya masih usaha untuk bayar hutang awak.
terima kasih kerana bagi ruang dan masa y sangat luas pada saya.

moga Allah pelhara awak dan tuntuni dalam setiap langkah awak.

– Gadis Seribu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit