Aku ada seorang kawan ni. Satu u dan sama umur. Seperti kawan lain, aku anggap dia kawan biasa je tapi one day, aku dapat tahu dia berminat dekat aku secara tak sengaja. Serious terkejut. After some time, dia berkias dengan aku suruh datang rumah dia. Aku pun kind of suka juga lah dekat dia. Dia baik, peribadi elok, agama mantap, pandai buat lawak and so on. So kitorang pun ikatlah dengan cara tak rasmi.
But, lama² tu, ada salah faham, mungkin dia tak faham yang sis ni ada masa emosi dia tak berapa stabil. So macam dinginla juga beberapa hari. Lama tu, dia suruh kami stop berhubung. Dia kata, kalau kami ada jodoh, maka ada lah, jalau tak ada, masing² kena berlapang dada. Aku hormat keputusan dia sebab aku tahu dia nak pelihara diri dia dan aku dari kemaksiatan, zina hati dan sebagainya. Aku ajak dia kahwin muda tapi dia menolak sebab dia belum bersedia. Bagi dia, tanggungjawab ni berat. Banyak ilmu yang kami kena timba lagi.
Bila aku istisyarah dengan kawan rapat aku, dia cadangkan kami kahwin gantung. At least bila kami teringat ke berhubung ke semuanya jadi pahala,bukan dosa. Tapi itu lah, aku hanya dapat merancang sahaja. Tak dapat nak bagitahu pada dia hasrat aku sebab keadaan dah agak lain kan. Aku selalu berdoa agar Allah menyatukan kami secepatnya dan persiapkan diri memasing ke arah perkahwinan.
Dan, apa yang aku nampak, yes, banyak tanda-tanda yang baik, seperti menyokong proses penghalalan hubungan kami. Sebagai contoh, tetiba mak ayah ajar aku tentang adab dengan suami dan mertua,tanpa sengaja bercakap dengan makcik yang tidak aku kenal soal pendidikan anak-anak, lihat situasi suami isteri bergaduh, juga berpeluang menyaksikan bagaimana suami isteri berurusan dan berusaha menerima kekurangan masing-masing dsb yang berkaitan dengan perkahwinan.
Kebetulan,dengan takdir Allah, duit simpanan aku dan hasil saham yang aku melabur (mengikut syariah) seperti turut support aku untuk bernikah di usia ini.Maksudnya, untuk tampung perbelanjaan perkahwinan kami in shaa Allah cukup.
Tetapi itu lah, aku nak beritahu dia tapi nampak macam tak boleh selepas apa yang berlaku ni. Sedih juga la. Tapi apakan daya. Kami berhubung juga atas urusan-urusan penting, tetapi keadaannya seperti tiada apa yang terjadi di antara kami sebelum ni.
One day, ada bro yang lain, berkias juga nak jadikan aku isteri tapi aku tolak. Sebab aku memang serius nak setia dan nak kahwin dengan dia tu. Dia tanya aku dah ada orang ke? Aku cakap, kalau ada pun, apa kaitan dengan kau? Macam kasar sikit lah. Bukan apa, aku senang je bersahabat dengan bro tu (jarang sekali berhubung) tapi the thing is, aku tak suka dia. Tak kan nak paksa kan?
Pastu aku decide untuk wassap dia tu. Aku tanya sekiranya ada orang lain masuk, macam mana? *utk make sure kan status aku sekarang, masih tunang dia atau tak. Then dia reply, dia terima apa jua takdir Allah blablabla. Aku rasa macam sedih juga la tapi at the same time, aku rasa tenang je terima apa yang dia cakap. At last, aku reply balik dekat dia aku tak nak terima sesiapa. Dan dia tak reply dah.
Aku confess ni bukan apa. Aku harap dia boleh baca apa yang aku tak sampaikan. Aku nak dia tahu, aku nak kahwin muda bukan kerana nafsu semata-mata,tapi lebih pada itu.Aku ni tak berapa rapat dengan family sejak kecil. Belajar pun jauh dari rumah sekarang ni. Jarang sangat balik rumah melainkan raya dan cuti panjang. Jadi aku fikir, kurang pahala berkhidmat untuk ibubapa. Kalau ada suami, aku boleh berkhidmat pada dia semampu aku. Lagi pula taat pada suami itu salah satu jalan untuk seorang wanita memasuki syurga. Siapa tak nak kan?
Then sebab seterusnya aku nak kahwin muda adalah aku nak seseorang yang nelindungi diri aku. Sebab aku perempuan kan. Aku ni jenis yang suka join macam-macam. Pergi majlis ilmu, volunteering sana-sini, join camp n so on. So aku banyak keluar. Kadang-kadang kawan rapat aku boleh teman aku, tapi kadang-kadang tak. Jadi aku biasanya keluar pergi memana seorang diri. Aku ok je, tak takut, alhamdulillah, sebab aku yakin Allah akan lindung keselamatan aku bila aku letakkan pergantungan pada Dia. Tapi sometimes, aku agak runsing juga la, sebab sebenarnya tak elok kan kalau perempuan berjalan memana tanpa ditemani mahram. Boleh jadi fitnah. Aku tak mahu tergolong dalam kalangan penyebab fitnah. So I need someone to protect me bila takde kawan boleh teman.
Sebab seterusnya, kadang-kadang aku menggigil ketakutan bila fikir soal lelaki ni. Yang sweet talker dan menaruh harapan bagai pada aku. Sorry, takde niat nak bangga ke apa. Siapa yang pernah rasa ramai lelaki hadir dalam hidupnya, dia tahu lah cemana rasanya. Serabut, keliru tu perkara biasa. So bila dah kahwin, aku ada alasan dan mereka tak akan ganggu lagi in shaa Allah.
Ada lagi sebab-sebab lain sebenarnya tapi aku rasa cukuplah setakat ni. Rasa macam panjang pula aku tulis. Sorry kalau ada typo,aku tak check. Komenlah apa korang nak komen or suggest. Aku terima seadanya. Dan, mohon doa untuk kami berdua agar dipermudahkan yang halal, jauh dari maksiat dan kemungkaran. Terima kasih buat admin yang sudi post dan mereka yang sudi membaca.
– SisTar