Dia Yang Bakal Pergi

Aku nukilkan disini agar menjadi coretan kenangan jika ianya disiarkan.

Terima kasih awak atas segala kata kata motivasi. Melalui awak saya belajar erti redha erti berserah pada Tuhan. Erti kesabaran. Terima kasih kerana memberikan secangkir kenangan.

Kita bertemu atas sama sama berjuang dalam kehidupan ini.

Awak dengan cara awak jalan awak dan saya juga dengan jalan saya sendiri. Satu persamaan kita sama sama berjuang untuk masa depan kita sendiri.

Terima kasih atas kata kata positif awak. Awak selalu beri pada saya. Walaupun awak tak pergi lagi dan bakal pergi pun saya dah menangis dah…

Hmm entahlah kenapa saya menangis.

Mengenali awak membuatkan saya banyak bermuhasabah diri Bersyukur atas segala kurnia Tuhan. Saya bangga sebab awak begitu positif orangnya. Rajin usaha.

Entahlah dengan awak saya seolah mampu menjadi diri saya yang sebenar. Saya berasa tenang bila dengan awak. Selalu dengan orang lain saya tak rasa begitu pun.

Saya tahu awak bakal dapat kerja baru persekitaran baru saya doakan moga cita cita awak dimakbulkan Mungkin bila di tempat baru awak nanti tak ingat pun saya kan, huhu.

Takpelah saya doakan awak dari jauh ye. Awak orang yang sangat baik humble sopan yang penting begitu berbakti pada ibu bapa. Nilai yang ada pada diri awak serupa benar pada diri saya.

Banyak persamaan diri awak dengan saya. Menyebabkan kalau nak bincang apa apa dengan awak saya rasa dipermudahkan je sebab awak mudah memahami apa yang saya kehendaki.

Terima kasih awak kerana banyak memudahkan urusan perkerjaan saya sepanjang kita berkerja bersama.

Terima kasih Allah kerana pertemukan aku dengan orang sebaik dia.

Bagi pembaca tolong doakan sahabat saya ini dipermudahkan segala urusannya ditempat kerja baru nanti.

Dipertemukan jodoh dengan orang baik2 walau dalam diam sebagai perempuan saya mula menyukainya.

Tapi saya banyak kekurangan. Sudah pasti nanti saya akan merindui keramahan awak kata kata motivasi awak.

Jika awak jodoh saya Alhamdulilah jika bukan saya serahkan segalanya pada ketentuan Ilahi. Cinta itu unik sifatnya datang tanpa diduga hadir tanpa dipaksa.

Terima kasih atas segala kenangan yang tercipta. Saya serahkan segalanya atas segala memori. Awak hadir sebagai persinggahan memotivasi diri ini untuk terus berjuang. Terima kasih.

Saya tanya pasal kerja pun awak blue tick je, haha takpe la mungkin awak sibuk. Saya faham maaflah saya banyak bertanya mungkin awak tak selesa padahal hal kerja je.

Sebelum tu awak okay je. Takpelah mungkin awak busy. Saya baca juga kalau lelaki blue tick ni selalunya dia rimas mungkin awak rimas saya banyak tanya.

Sebab saya betul2 tak tahu awak je yang boleh saya tanya. Saya baca juga kalau lelaki blue tick ni kita as perempuan bukan prioriti dia. Its ok saya faham.

Selama ni pun saya yang banyak memulakan perbualan walaupun hal kerja. Awak balas juga walau lambat..

Tapi semalam awak blue tick je so saya agak terasa.. maaf setelah bermuhasabah dan bertenang saya faham dan mula okay if awak blue tick saya pun.

Nanti bila awak kat tempat kerja baru kita dah takde apa dah nak borak macam selalu. Takde dah soal kerja yang nak saya tanyakan dekat awak macam selalu.

Nanti bila pergi kerja pun saya takkan jumpa lagi kata2 motivasi macam selalu.

Untuk pembaca janganlah kecam Cik Redha ni saya sedang belajar untuk meredha kan kepergiannya, belajar mengikis segala kenangan walau hati tengah sedih tapi ini aturan Allah saya harus terima.

Kami hanya sahabat tak lebih dari itu. Hubungan pun atas dasar kerja. Dia berhak menentukan jalan hidupnya. Masa depannya.

Sepanjang perhubungan atas dasar kerja saya cuba mengawal tingkahlaku agar nampak profesional cuma terkadang saya terlebih ramah membuatkan dia tak selesa. Mungkin lah kan.

Coretan ini hanya luahan rasa hati saya pun dalam fasa menerima dia bakal pergi. Tiada lagi tempat berbincang sebagai kawan selepas ini haha..

Aku dan dia cuma kawan.. itulah faktanya dan dia anggap saya kawan..

Sekian luahan hati harap tiada kecaman dari pembaca sebab betul2 tengah sedih. luahan ni pun a part of my healing process.. huhu.

Sekian..

–  Cik Redha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *