Okay cerita dia macam ni. Aku perempuan. Tinggi 160cm bmi normal tapi takdelah badan sampai level model. Kulit putih sebab mix chinese. Nak cakap lawa tak sangat tapi ada lah lelaki approach. Masa first year aku kapel dengan senior final year. First time bercinta sebab masa sekolah memang dilarang sekeras kerasnya oleh mama. Memang cinta maut lah sebab sayang teramat amat sangat ! Tapi tak lama pun kitorang bercinta. Setahun setengah. Putus sebab dia bagi alasan yang tak masuk akal tapi aku tahu sebenarnya dia dah bosan dengan aku sebab tak lama lepas tu dia dah ada pengganti sedangkan aku masih tak boleh nak move on.
Lepas clash aku memang sedih sesangat. Macam mayat hidup nangis non stop. 3 bulan jugak macam tu. Nak tido, bangun pagi, time duduk sengsorang, time drive memang akan nangis sebab rindu. Result aku drop. Tak lepas 3 pointer pun. Aku asingkan diri dari kawan kawan. Hidup dalam dunia aku sendiri masa 3 bulan tu.
Hinggalah satu hari ni terdetik dekat hati aku sampai bila aku nak macam ni. Loser macam ni. So apa jadi dekat aku lepastu ? Aku macam dapat semangat luar biasa. Aku start pandang dunia luar perlahan lahan tinggalkan dunia yang aku create lepas clash tu. Aku ada target. Nak jadi cantik ! Secantik yang boleh. Aku amik personal trainer, setiap hari aku pergi gym. Weekend zumba @ tabata@ aerobik. Spa , saloon macam jadi tempat favourite aku setiap minggu. Aku tukar style pemakaian aku jadi macam hijabista. Aku belajar mekap aku. Okay kalau dulu aku cakap badan aku tak level model , sekarang aku dah memang jadi model pun.Dasyat kan effect breakup dalam diri aku.
Lepas aku jadi macam ni ramai lah lelaki nak kenal. Ex aku pun sibuk nak balik dengan aku padahal dia dah ada gf. Aku pulak start jadi perempuan yang benci lelaki. Ye sampai tahap benci. Aku rasa semua lelaki tak ikhlas pun nak dekat aku. Aku rasa semua lelaki jahat. Aku rasa semua lelaki baik masa dia tak dapat je. Dah dapat bosan dia tinggal. Memang setakat ni semua aku tak layan lah.
Tapi sekarang yang jadi masalahnya aku start rasa nak main mainkan lelaki. Macam aku kena dulu. Nak layan ramai ramai lepastu nak tinggalkan diorang. Aku nak buat macamtu dekat ex aku. Nak konon2 terima balik lepastu nak pastikan dia patah hati gila gila. Tapi nooo ! Tak boleh sebab dia dah ada gf dan aku takkan sesekali sakitkan hati kaum aku sendiri. Aku dah rasa sakit dia macam mana dan aku takkan sesekali jadi penyebab untuk perempuan lain rasa macam tu. So korang. Tarbiah lah aku. Bagi ayat sentap pun takpe. Takyah komen murni2 pun takpe. Supaya aku tak jadi perempuan jahat yang main mainkan hati orang. Thanks :)
– Melur
fikir balik, kalau kau bls kat laki mcmtu, mcm mana kalau laki tu pun situasi dia mcm kau, dah lah first love pastu kena game. then laki tu balas kat kaum kau. ha sudah org lain pulak rasa sakit. dan benda tu berlarutan dan makin jadi dan jadi. takda penghujung. so biar org buat kita jgn kita buat org. insya Allah one day kita jumpa org yg ikhlas terima kita.