Dianiaya Kawan

Assalamualaikum Iium . Aku bukan student sini . Just nak minta tolong sekalian saudara-saudara kat luar sana untuk bantu aku.
Firstly, tajuk kat atas. Beberapa minggu lepas aku pinjam kerete kawan aku since dia keluar dgn akak dia. Aku bawak 4 lagi housemate aku nak pergi pasar malam since mmg semua tak makan the whole day. Masa nak parking tu, kerete dia yang aku bawak tu terscratch kerete lain kat sebelah. Kesannya sedikit crack kat bumper depan sebelah kiri dia and lampu pon calar2. If wax or polish akan hilang. Kawan aku pon bawak la pergi perodua, the next day resit tu dia bagi aku. Rm1.8k. Sebab tukar lampu baru, bumper depan baru and spray bumper tu sekali ? aku firstly nak report and bayar denda aku langgar orang, nanti boleh claim insuran tapi dia taknak. Sebab taknak babitkan parents dia. Skrg dia put 100% burden tu atas bahu aku untuk bayaar. Memang salah aku tapi untuk bayar that value aku takde duit. Umi abah aku just kerja cleaner je. Nak mintak kesian plus2 adik2 ramai lagi kat rumah. Aku pulak tgh praktikal. Mmg dh hbs rundong dgn kawan aku ni, tapi dia just cakap salah aku kan. Then aku ade sruh dia bayarkan dulu kalau dia ade duit, sbb dia ni berada sikit la. Dia jwab balik, tak malu ke nk pinjam duit dgn org? Tkde maruah ke? .. ??

Jadi skrg aku minta saudara/i kat luar sana yang nak menyumbang kat aku boleh laa komen. Naanti aku pm . Even rm1 but kalau seikhlas hati, InsyaAllah besar ganjaran. ?

Syukron admin postkan ?

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

174 Comments

  1. if sy kan, rasanya sy pun xnak report polis, sebab insurans nanti effect ncd, nak dapat ncd banyak makan tahun juga. nak xnak repair sendiri, tp awak patut share dgn kawan2 awak bkn awak sorang. lain kali hati2 ye bawa kereta orang. :)

  2. lampu kalo calar2 je x perlu kot tukar baru…dahla perodua mmg cekik darah …mmg kene sedut la ko…aku dulu eksiden lg teruk…bumper jatuh seret jalan…ekon pun kene semua…tuka lampu n bumper baru 1.5k….ko da kene kencig ni…dorg amik kesempatan

    • kalau eksiden teruk..bumper jatuh…tuka bumper mmg kale itam..spray ikut kale kete tu mmg mhl….tp ni mcm calar sikit je…siap tuka semua kalah org yg eksiden teruk…perodua lak ketuk semua benda…mmg aniaya la

  3. Klu sya pun x kan report n claim… panjang n lama ceritanya… melainkan yang sendiri buat..sebab yg turun naik owner… share2 la ngan kawan2 yg naik satu kereta tu

  4. lain kali jangan pinjam harta orang .. tak mampu buat cara tak mampu .. maaf kalau bahasa ni kasar .. aku pun orang susah takde kereta pun .. kau kena tau nowadays ni orang tak peduli pun kau susah ke , kau kebulur kee , kau ada 5 sen sekali pun nobody cares .. and kau confess macam ni minta orang sumbang kat kau settle kan masalah kau .. kau ingat orang lain takde masalah ke .. aku harap kau learn something laa dari apa yang dah berlaku tuu ..

    and kau bawak kawan kau lagi 4 orang .. total 5 orang then divide laa 1.8k tu ..

    • yes agreed bahasa mengcerminkan peribadi kt maaf terpaksa menyampuk..boleh nasihat tp dalam bahasa yang sedak didengar.semua org pernah buat silap dan mungkin kesilapan ni yang akan mengajar dia erti hidup berkawan maaf kalu ayat sy terguri ht awak ?

    • KALAU one day, ko berada di tmpat dia, lps tu ada org cakp sebiji mcm ko…ko kne terima la ye..hakikat mmg perit utk didengar :)

    • Betul jugak apa dia ni kata . kita susah org tak tanya . Masing2 nak penuhkan perut sendiri je . mmg kasar tapi kalau org melaka mcm aku ni xdehal la

    • Cik Nurul Dayah agree with u..my mama always say tht..if u hve nothing good to say,just keep ur mouth shut,if xnk tolong..diam..simpan pendapat tu sndri..jgn tmbhkn kusut org..

    • Chinta Nuzu x kena atas batang hidung ? haha .. kelakar laa .. kau kenal aku pun tak .. aku cakap sebab aku dah pernah lalui pengalaman tu .. and apa yang aku cakap tu hakikat hidup atas bumi ni ..

    • Allahu .. kena baru sikit .. ? kau tak kenal aku so jangan berlagak kenal .. aku tak rasa aku kurang ajar dengan sesiapa .. aku cuma cakap hakikat ..

    • dah dah lah mungkin tu pandangan que sera sera tentang hakikat realiti kehidupan masing2 ade pandangan cume agak keras je sikit ok peace no war jom solat?

    • Que Sera Sera
      sy bukan berlagak kenal
      awak
      x minat pon nak kenal
      x pelah cuma jgn sbb awak dah ada pengalaman awak boleh bercakap n menegur org dengan bahasa yg cantik tu..
      ada caranye menegur org

    • org susah zaman skrg pakai enpon canggih ada internet bagai belajar universiti swasta …..hakikat mmg perit untuk didengar

    • Yes i agree. Lain kali jgn pinjam kereta org. Mmg kalau apa2 awk yg kena tanggung. Akak ni dlu lg la drive keta sndiri. Kes mcm ni jgk cumanya keta sndiri. Kau igt kwn2 yg ddk sekali dlm keta akak tu nak tlg byr kan? Lg dorang mengkeji akak ni ada la dik. Dikatanya “eh tu kereta kau, kau yg drive, slh kau. Apasal kitorang plak nak byr?” Wah wah wahhhh.. Time nak sedap berjalan naik kereta org tak ingat. Time susah, semua lps tgn. Dasarrrrr.. Lessons learned lah utk kau dik. Lps ni jgn simply2 pinjam kereta org yer.

    • Ingat pesan orng2 tua..x ada buat cara x ada..x perlu meminjam..apatah lg klau brng yg dpinjm tu brnilai puluh/ratus ribu…adik trlalu berani tnggung risiko….meminta pd manusia ….penyudahnya tnggung masalah seorng diri
      Apa2 pun..minta dulu bntuan Allah

    • aku tak rasa ayt kau kasar que sera.
      depa semua hati tisu jamban satu lapis, mmg trasa gitu.
      aku ada kereta, bila sedara pinjam, kta nk blik kg sehari, rupanya x, dua hari, aku kat umah da patah kaki nk bwk mak aku g mana2. bila baik mmg org pijak kpla..
      kes confession akak ni, ptt kna g servis centre dgn tuan kereta.
      tak pun, dah tahu calar, g lh buat polish , topup cat semula dulu terus.

  5. Sorg kluarkan 400 . Dpt dh byar . Mmber ko yg 3 org ni selfish dik . Tahu lpskn bontot masing2 je . Dh naik sama2 kena tanggung sama2 . Memang yg langgar tu kau dik . Tapi mmber kau 3 ekor ni kena bertanggungjwab jugak . Benda dah jadi . Mentang2la ko yg drive .. so kau yg kena tanggung ??? Kalau aku ni sedara mara kau. Aku dh masuk campur dik . Aku jmpa tuan kereta aku jumpa kawan2 bangang kau tu

  6. adui next time ble dh jd gitu bgtau kawan, aku bwk keta ko gi bengkel repair n bayar. ajk kwn ko skali gi bengkel so both bleh tau ape total kos n kerosakan tu. kos polish blik baru brape ratus je. tp bnda dh jd kan. the best is runding blik ngan kwn ko minta byr ansuran. terus terang je ckp ko x mampu. ape pn nnti pm aku no akaun ko k

  7. Yg pegi repair dkt perodua tu dah kenapa? Memang mahal lah cerita. Ofc dorang pi ganti semua bisnes kan padahal bukan rosak pun. Sepatunya awak repair dkt bengkel melayu biasa yg rupa dah uzur tu. Bengkel buruk tapi diorang punya servis best. Harga pun tak cecah 300 kalau setakat calar. Haizzz. Lagi satu, its your fault. Kau takleh la suruh dia yg bayar dulu. Tu tanggungjawab kau. Just bcs dia anak berada kau takleh amik kesempatan atas kekayaan dia. Dh kau pinjam kereta dia, pandai2 la kau setel. Orang skrg kalau dh berhutang belum tentu bayar balik.

  8. Hmm kesian.. Kesian sgt…. Lesson learned.. Ni mst perempuan kn? Sbnr nya kita kena ikut mmber tu repair kt mana n lps tu jgn repair dkt perodua..repair dkt kedai kereta yg buruk2 tu.. Komfem tak smpai 300 pun kena.. Btw, tong2 sekali mmbe yg dlm kete tu, mereka pun ada tggung jwb.. Btw sy dlu ngn mmbe tong2 bayar saman wlopun mmbe yg lnggar trafik.. Kesian beb, sama2 suka sama2 duka la.. Lps ni jgn pinjam harta org lagi eh..

  9. Sedap sgt pinjam harta org da berlaku musibah baru nk menggelabah. Aku xslhkn kwn ko g center tkr semua sbb bkn dia yg byr. Alang2 baiki biar puas ati kan. Huhu

    • Lol si confessor salah dia just sebabkan calar je. Apahal nak tukar plk. Kalau benda sama jadi kat kau baru kau tau cemana rasanya. And pahal nak pikir untung tak untung plk ni ? Ni tamak namanya.

    • sungguh kasar cara awak bercakap…mohon istigfar…semoga benda yg sama tak jd pd awk n fmly…hidup ni ibarat roda…ad masa kita kat atas ad masa kat bwh…lg satu apa yg kita kata kt org tu adalah doa…kalau kata yg buruk…hmmm…pikir la ye

    • Memang adk ni maybe excited nk drive,org muda kan tp kwn dia memang ambil kesempatan.Calar yg boleh hilang dgn polish knapa perlu tukar semua tu bagai? Kita bt orang hari ni,hari lain kita dpt balik.tt n diri sy sendiri jangan bt orang macam tu.what goes around comes around.

    • Melayu mmg bgs. Toleransi mmg no1. Xhairan org lain mudah pijak kite sbb kite terlalu baik asik bertolak ansur xberkira. Try idup dgn kaum lain. Complaint tu lumrah. Da tulis dlm perlembagaan pon tetap fight utk hak diubah. Ni hak sndr pon kasi chance lg.

    • Org yg berfikiran logik adalah org yg berfikir dicampur dgn timbang rasa… Bukan logik akal yg selalu ikut kan kehendak ati… Fikir baik2 ya dik

    • Dah lr xyh sembang kencang cni. Aku jenis xsuka pinjam harta bende org. Aku xsuka bhutang budi pon dgn org lain. Semua aku nk aku usaha sndr. Kau dah crackkan bumper kereta org pastu kau xnk tggung 100% tggungjwb sbb kau miskin. Kau expect owner kereta bersimpati settle for less. Owner kereta just baiki kereta tu kepada keadaan asal sblm confessor rosakkan. Confessor amik lr bwk blk bumper crack dgn lampu calar tu buat tanda kenangan. Pengajaran spy jgn sedap2 pinjam tp xnk hold 100% responsiblity. Cmner keadaan kereta asal sblm pinjam cmtu lr keadaan masa pulang semula. Fair n square. Xpyh sembang psl mslh idup tolerasi apa semua

    • Nazmi Aiman setuju bro. Haha bro tak yah layan orang macam ni.. Kalau dilayan sampai kesudah tak habis. Pstu nanti g cari pasal kat comment orang plk. Oppss ?

  10. Mcm ramai dh nk tlg.. Klu blm ckup lg pm sy.. byk tu xdala tp bole la nk ringankn skit beban awk..
    P/s: xpatut kwn awk tu scratch skit dh tukar baru.. dh ckup kmpul dt nt pesan kt owner, hdup ats bumi jgn tlalu mdongak ke langit nt taik burung jatuh dlm mulut.. bhsa dia seolah2 dy xkan pernah ad dlm kesulitan.. klu dh over limit jgn mkn plak dt org tlg tp sdekah kn ke masjid.. semoga Allah permudahkan urusan awk..

  11. Jap. Serius r 1.8k ? Mahal gile. Aku p servis kereta toyota tukar segala enjin yg kat belah depan kereta tu, aircond semua tukar, ada 6 part yang tukar tapi aku tak tau apa nama dia. Baru 1.6k . Ke memang mahal. Ke aku yg tak tahu menahu hal kereta. Btw kenapa mahal sgt. Hmmm

    • ayat kasi betul skit dik.. gila ape tukar segala engine & aircond 1.6k.. nmpk sgt ko xtau parts ape la yg ditukar tu.. engine mahal dik.

    • Lol Kan saya dah cakap tu saya tak tahu. Yang saya tahu ada 6 part yg dia tukar. Orang tu ada explain part apa yg ditukar but still la aku tak faham. Package advance plus. Aku pergi pusat toyota servis bukan bengkel. If dia tipu aku pun, resit ada kan. Pedahal. Ayat aku dah betul dah tu. Kau je yg baca tak betul. Aku dah mention dah aku tak tau part apa yg ditukar. Tapi dia ada sebut enjin bagai apa aku tak faham. Huh

    • Service center toyota. Mungkin betul la kot depa cakap yg ditukar tu bukan enjin tapi benda lain. Entah la. Aku mmg tak tau nama apa part yg ditukar tu.

    • Harga range cmtu stkr utk service je. Tkr minyak itam enjin+minyak gear. Tkr timing belt. Tkr plug. Tkr fuel filter. enjin oil filter. Pastu antar plk kt service center yg sah2 mencekik. Tipikal owner kereta baru br pgg stereng xsmpai setahun

    • Lol. Itu kereta parents aku. Aku tolong bawa pergi service je. And kereta sendiri pun aku pergi service center. Suka hati aku la nak pergi service center ke bengkel ke. duit aku bukan duit kau. Suka hati aku lah. Kau kecoh pahal. Ohh btw aku dah pegang steering for about three years. Tu lah tak kenal org tapi mulut nak jugak mengata org. Hadoii kau ni bukan typical malay. Hanya kau sorg je malay yg serupa ni. Fair la aku tak tau part2 kereta , kau tak tau eja steering . Fair la kan. Kuikui . ? ohh sorry aku tak ejek hang tak reti eja, aku just betulkan ejaan hang. Kuikui .

  12. Jgn sedih bro…nnti ble bro dah grad, dpt keje sedap, gaji ribu2, badan pn sado mcm dlm drama2 pkul7, ble bro terkenang smule kisah2 silam perit cmni, bro akan tersngih sorang2 diri …

  13. Maaf. Saya cuma nak cakap Que Sera Sera patutnya lebih tau. Sambungan kepada lagu ‘Que Sera Sera’ ialah ‘Whatever will be, will be’ :)

    And kepada confessor plis pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *