-Diari Abah,*Part 1-

-Diari Abah,*Part 1-

Assalamualaikum..hari ni dah genab 7 bulan Along jauh dari abah…jauh dari adik2..bukan abah tak pernah berjauhan dari Along sebelum ni…pernah..pernah berjauhan..biarpun Along selalu ada depan mata abah sebelum ni,namun hakikatnya kita berjauhan…..

Kerana kesilapan abah,Along semakin menjauh dari abah..hati dan jiwa Along menjauh..tapi abah tau,Along sangat sayangkan abah..sangat sayangkan adik2 dan keluarga kita,sampai Along sanggup korbankan diri Along untuk semua..Abah tau abah banyak buat silap pada keluarga kita…Abah tau tindakan abah yang ego banyak bagi kesan pada keluarga kita…….Abah insaf..Telajak perahu boleh ditarik,telajak tindakan,abah menyesal! Namun sesalan itu dah tak bermakna buat abah yang kian merangkak ke usia senja. Apa yang penting sekarang anak2 abah..

Abah minta maaf sangat2 kat Along,sebab saat ibu tiri Along memarahi Along,menampar,memukul dan mencaci Along,abah tak dapat melindungi Along..Abah jauh Long……..Abah jauh di perantauan saat itu..bukan abah tak tau seksanya hati puteri abah yang sorang ni..bukan abah tak tau penderitaan puteri abah ni..Abah tau semuanya nak……..tapi apakan daya abah,abah jauh di negeri orang,abah tak nampak apa yang berlaku..saat ibu tiri Along call untuk mengadu domba pada abah,memburuk2kan Along..abah tau Along tak buat semua tu,namun abah cuma mampu bagitau isteri abah tu, "ya,nanyi I marah untuk tegur dia."

Tapi,abah tak sampai hati pun nak call Along semata-mata nak marah Along untuk sesuatu perkara yang Along tak buat..sebab abah tau puteri abah macam mana,sebab abah tau siapa Along..Apakan daya nak,abah terpaksa.Abah tak kisah kalau orang luar nak label abah ni sebagai ayah yang kejam mahupun dayus kerana takut pada isteri sendiri sehingga tak mampu nak pertahankan anak sendiri. Yang penting abah tau apa yang abah lakukan untuk masa depan anak2 abah,walaupun berkemungkinan semuanya kelihatan tak adil pada mata sayu puteri abah ni,walaupun nampak jelek di mata pak lang,mak lang.

Puteri abah yang abah sayang,saat pertengkaran besar berlaku setahun yang lalu,ibu tirimu memberi abah 2 pilihan di hadapanmu nak..ibu tirimu memberi pilihan pada abah untuk menghalau kau dari rumah jika abah sayangkan dia..dan sekiranya abah tak menghalaumu dari rumah,dia ingin abah ceraikan dia. Puteri abah sayang,sejujurnya abah ingin mengambil keputusan untuk menceraikan ibu tirimu,kerana abah dah tak sanggup melihat air mata sering mengalir di pipi mulus anak abah saban hari dek diseksa ibu tiri..pipi mulus anak abah yang berumur 18 tahun..namun kau terlebih dahulu membuat keputusan mendahului abah..kau memutuskan untuk keluar dari rumah,tanpa perlu abah terpaksa menghalaumu dan tanpa abah harus bingung untuk menceraikan ibu tirimu..saat kau memutuskan begitu di hadapan kami semua,tanpa sedar abah telah meninggikan suara padamu dan menyoalkan "KENAPA?????"

Sungguh hati abah sayu dengan jawapanmu nak..sungguh hati abah perit dengan jawapanmu..kerana kesilapan abah,kau yang harus berkorban :
"Abah..Along nak abah tau yang Along sayang abah sangat2..Along terlalu sayangkan abah..sebab itu Along mengambil keputusan ini..Along tau abah cintakan isteri abah ni,dan Along tau abah sayangkan Along dan adik. Abah,sekarang abah telah diberi pilihan yang membuatkan abah tersepit oleh insan yang bergelar isteri yang abah sayang..keputusan yang diibaratkan ditelan mati bapak,diludah mati emak. Abah,walaupun abah merahsiakan banyak hal dari Along,tapi Along mengetahui semuanya. Bukan mudah Along mengambil keputusan ini,namun disebabkan Along memikirkan semua orang di atas tindakan lalu yang telah abah lakukan.. Abah telah memindahkan segala geran,harta,tanah dan kenderaan ke atas nama isteri abah,tanpa 1 habuk pun atas nama abah sekarang. Jikalau Along tidak mengambil keputusan untuk mengundur diri,ini bermakna abah harus menceraikan isteri kesayangan abah. Jika abah menceraikan dia,pernah abah fikir apa yang akan jadi pada abah,adik2 dan nenek yang sudah uzur itu? Di mana kalian harus tinggal? Kenderaan apa harus kalian guna? Abah……tak apalah..usah dikesali lagi segalanya..Along pergi ke tempat lain seketika..Along tak lari..namun biarkan Along pergi..demi kebahagiaan kalian.Along janji sekali sekala Along akan balik jenguk kalian."

Masih terngiang-ngiang di benak abah kata2 mu itu.sebagai seorang ayah,abah sungguh kesal kerana membiarkan seorang anak mengorbankan diri untuk abah dan keluarga. Seberapa banyak sabar yang kau ada nak? Seberapa besar tabah yang kau ada sayang? Anakku sayang..seberapa kentalkah hatimu?? Dari kejauhan abah doakan kamu…….sampai di sini dulu,nanti abah sambung kembali.

Salam sayang dari abah.
27/12/2015

– Bicara Hati

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *