Assalamualaikum and selamat sejahtera, IIUMC readers. Thanks to IIUMC kalau sudi menyiarkan confession ni jugak.
Selepas membaca confession yang bertajuk ‘Parenting 101’, tetiba dapat mental breakdown selepas membaca sebab aku pun dulu mangsa abuse. Aku mengambil masa sejam untuk aku jadi relax balik sebab memang sangat teruk breakdown tu sampai otak asyik berbalik kepada masa dulu je.
Aku perempuan sulung dalam family aku, and 10 tahun dulu aku je la anak perempuan dalam family aku and adik beradik semua lelaki; aku ada dua abang dan sorang adik lelaki masa tu, adik perempuan aku takde lagi masa tu.
Biasanya kalau sorang je anak perempuan mesti orang pikir “Oh, mesti selalu jadi favourite child and daddy’s little girl.” Bukan, aku tak pernah jadi fave child ataupun daddy’s little girl masa tu sebab ayah aku selalu outstation, balik rumah pun dua kali sebulan masa tu, so memang banyak masa terluang dengan mak je la kami semua.
Mak aku bukan panas baran, tapi dia memang garang. Salah sikit je, mesti cubit paha atau kasi penampar terus. Memang sakit gila, still boleh terbayang dalam mata bila dia buat camtu. Disebabkan aku sorang je perempuan masa tu, dia expect aku jadi macam dia masa dia kecik dulu gak so memang mak aku banyak expectations dengan aku.
Aku dulu sangat minat dengan diary sejak tengok banyak movie omputih pasal simpan diary sampai tersebar dekat satu sekolah la apa bagai tak logiknya tapi aku still suka. Company ayah aku selalu keluarkan diary tahunan setiap tahun, and ayah aku pun selalu kasi aku sebab aku suka lukis-lukis (pasal ni pun mak aku marah sebab aku memang takde kerja selain melukis).
Aku ingat lagi masa aku berumur 9 tahun, mak aku belasah aku teruk punya… semua sebab aku terhentak kuat piring dia atas meja sebab aku nak tergelincir pastu menahan ah dekat atas meja. Memang perit kesakitan tu, sampai bengkok la hanger and lebam la bibir aku so kau boleh tau betapa teruknya dia belasah aku, semua sebab piring bodoh dia yang akhirnya pecah sebab bibik aku lepas geram lepas cakap dengan pakwe dia dalam phone beberapa tahun kemudian lepas tu.
Memang kebetulan arwah nenek aku dekat rumah masa tu and dia je la tempat aku untuk mendapat pujukan dan comfort, kalau dia takde memang aku berkurung dalam bilik and menangis sampai mata lebam. Arwah nenek aku ajak la aku balik kampung, duduk dengan dia tapi aku terpaksa menolak walaupun maybe tu jalan terbaik untuk aku. Aku menolak sebab walaupun aku main punching bag mak aku, dia pun ada belasah jugak abang2 aku dengan adik aku dan aku takut dia akan melepas geram dekat adik kesayangan aku yang akan duduk periksa SPM tahun ni.
Sejak kejadian tu, aku mula la tulis diary. Bukan pasal kejadian harian je, tapi semua perkara yang mak aku pernah buat dekat aku untuk aku membaca balik and membezakan diriku yang dulu dengan diri aku yang sekarang.
Fast forward beberapa tahun kemudian, aku dah berumur 14 dan aku masih menulis diary sebab memang dah jadi habit. Dulu mak aku physically abuse aku, tapi masa ni mak aku dah mula verbally abuse pulak panggil aku macam-macam seorang ibu takkan samakan dengan anak sendiri. Takpe, tu semua aku tulis jugak sebab aku memang takde tempat untuk meluahkan perasaan aku sebab adik beradik aku semua memang takut dengan mak aku tapi masa tu memang aku dah pandai mula melawan cakap mak aku sebab dia selalu nak cari kesalahan aku tapi aku pulak suka contradict dia balik. Memang aku berdosa sebab tu, tapi aku bertaubat dan meminta maaf kemudian tapi ini semua rinse and repeat sebab memang kerap aku melawan cakap dia.
Tapi aku rasa mak aku dah berubah secara tiba-tiba, kalau tengkin tu ada la sekali sekala tapi dia dah tak keluarkan kata-kata jahanam dekat aku dah. Aku syak, dia mesti ada senyap-senyap baca diary aku. Sebelum ni diary aku semua ada lock, tapi bila dah semakin tua memang tak pakai dah buku kecik tu, dah advanced ah taknak pakai lock sebab aku bukan simpan rahsia pun dalam diary, tapi coretan harian
Seakan mak aku tetiba insaf daripada perbuatan dia and mula mengawal mulut dia. Dia masih garang, selalu tengking dekat benda-benda kecil tapi at least aku dah retire jadi punchbag dia alhamdulillah sampai aku dah mula joke dengan makcik aku, adik mak aku pasal benda2 yang mak aku bust dekat dulu.
Tapi aku still triggered bila aku nampak physical abuse dalam kalangan family sebab aku memang scarred forever pasal tu and aku tau, aku takkan buat benda-benda yang mak aku buat dekat aku dekat anak aku nanti pada suatu hari nanti.
Sekarang dah berumur 20, nak dekat dua dekad dah aku menulis diary. Dulu menulis pasal mak aku dengan semua perkara jadi dekat aku, sekarang aku menulis pasal jenis-jenis orang yang paling bangang and annoying aku pernah jumpa sebab aku tak suka gosip pasal diorg dekat orang lain. Nak dekat 5 jilid jugak ah diary aku ada dengan pelbagai size dan ketebalan sampai boleh jadi biography hidup aku.
Untuk aku, diary ni sangat berkesan dekat sesiapa yang takde tempat nak mengadu atau meluahkan perasaan terpendam lama-lama. Jadi aku memang sarankan orang untuk menulis diary tapu tak semestinya kena rekod semua setiap hari. Macam dulu aku memang tulis diary daily sebab tulis pasal crush hehe tapi sekarang aku tulis kadang-kadang bila aku rasa macam hari tu best or aku nak ingat forever je nak sampai sehari tu aku boleh tulis sampai tiga pages.
Thank you sebab baca sampai habis~
– Diana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit