Percaya atau tidak ?
Bahawasanya setiap produk yang dijual, sedikit sebanyak kita membeli kerana model yang menjadi tarikan bukannya produk tersebut.
Contoh.
Produk : Niqab.
Banyak kita lihat gambar2 niqabis berleluasa atas tujuan untuk memperagakan niqab tersebut. Dan kita melihat niqab tersebut sebagai WOW cantiknya niqab tersebut. Jadi kita tertarik nak beli.
Tahukah anda ? Sebenarnya fikiran dan mata kita dimanipulasi sehingga menampakkan niqab tersebut cantik. Hakikatnya, niqab tersebut, coraknya, bentuknya sama seperti yang lain (ya barangkali ada sedikit perbezaan setiap jenama) tetapi mata kita terpukau adalah disebabkan si pemakai tersebut.
Cuba kita bayangkan jika ada 2 gambar di hadapan kita. Yang satu model bersama niqab. Dan yang satu lagi kepala mannequin yang memakainya. Antara dua tersebut yang mana lagi memukau mata kita ? ya gambar yang pertama.
Sebenarnya, niqab itu biasa tapi model tersebut yang membuatkan jadi cantik. Si model itu yang cantik.
Huhu risau sebenarnya dengan teknik marketing begini. Menjadikan lebih kuah dari sudu. Saya perhati. Saya lihat. Gambar model berniqab ini, sedih.
Bagaikan lihatlah tubuh ku posing, lihatlah mataku menggoda, lihatlah aksiku yang manja. tapi jangan dilihat mukaku. Eh sebenarnya niqab ini yang aku ingin peragakan.
Ada yang cakap, kalau tak buat begitu, macam mana orang nak nampak niqab yang saya jual. Macam mana orang nak tau hasil pakainya bagaimana.
Saya perhati. Saya lihat. Alhamdulillah, dalam kerisauan ini, ada penjual yang peka hal ini.
Ada saja penjual yang menggunakan kepala mannequin untuk menunjukkan hasil niqabnya yang hebat. Malah dikenali ramai dan ditempah dek ramai orang. Ada juga penjual yang saya lihat menggunakan pendekatan, menggunakan model tetapi model tersebut berpakaian serba hitam atau kdg kala tudungnya digunakan warna yang sedikit lain untuk menzahirkan niqab tersebut, kemudian bahagian matanya diconteng sehingga takda langsung seurat mata yang dapat kita lihat. Sekali pandang, terus niqab yang kita nampak. Tak tertarik langsung untuk amati modelnya sebab model pon tak nampak.
Saya percaya, kita yang kena bijak untuk buat sesuatu. Jangan jadikan sesuatu yang baik itu fitnah pula. Ya jual niqab baik tapi cara posing2 manja dan mata memggoda model itu yang kurang baik dan boleh mendatangkan fitnah.
Tidak, bukan niqab sahaja. Semua produk. Dari atas kepala sampai kaki. Jangan lebih kuah dari sudu ya.
Ya, bagitu juga seperti jubah. Jubah itu yang hendak dijual . Tapi muka model, lenggokan badan model membuatkan mata menampakkan baju itu cantik sekali hakikatnya termanipulasi dengan cantiknya model itu.
Ingat ! Tujuan utama adalah untuk menzahirkan produk, jangan benda lain pula yang ambil alih sehingga tertutup produk tersebut.
Jaga aurat model. Jaga aurat kita.
Bukan kecam, bukan mengata, bukan mengutuk. Hanya memberi pendapat.
…….
– Saf
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit