Tq admin sudi publish confession ni. hi semua readers. aku Lala, umur 25 dan bekerja sebagai pengasuh taska. aku mula menjadi pengasuh sejak awal tahun lalu (2016) di sebuah taska di bandar, tp berhenti kerja pada awal tahun ni (2017) kerana nak kerja kat tempat yg lebih dekat dengan family.
Sebelum tu aku nak habaq, mungkin tulisan ni agak panjang dan hambar, tapi tak apa lah, niat aku cuma nak sharing saja.
2 bulan lebih juga aku usahakan untuk cari kerja, pergi banyak interview and etc tapi x dapat². akhirnya pada satu hari, kawan aku yg kebetulan kerja taska call n then dia rekomen taska tempat dia kerja tu, sebab ada beberapa orang yang dah quit. aku happy gila sebab finally dapat juga cari kerja di daerah sendiri, walaupun kerja yang masih sama, iaitu as a babysitter. Sebelum mula kerja, aku telah di iv oleh 2 orang bos atau owner kepada taska tu. ada 2 cawangan, tp aku di tempatkan di cawangan pertama, dan taska ni dimiliki oleh orang muslim dan 90% kanak² di sini juga ialah muslim, berbeza dengan taska tempat aku kerja dulu, owner org cina dan most of their customers is non muslim. ada beberapa kerat saja yang muslim..
So masa iv tu,
bos² tu semua puji aku cantik dan awet muda, kata mereka, mungkin aku banyak spend masa with le kids, jadi aura tu berpindah kepada aku. haha. okay, so selepas aku aku di tanya itu ini dan macam² lagi, aku di minta untuk berkongsi pengalaman semasa bekerja di taska yang sebelum ni. jadi aku pun kongsi sedikit tentang cara kerja, gaji, management, n etc di tempat lama tu. aku suka cara mereka jalankan iv, rasa santai dan simple.
Hari pertama aku kerja, semuanya okay.. di sini kanak2 di asing kan pada 3 bahagian iaitu infant, toddlers and playschool. aku di bahagian baby umur 3 month to 1 year, was so happy to be here. sebab di sini cuma ada 7 baby yang perlu di jaga, berbanding di bahagian toddler and playschool, mereka ada ramai dan sukar di kawal. so di sini aku akan kongsikan bagai mana kanak² ini di jaga. aku bagi point ya.
1. semua kanak² di beri makan 3 kali sehari, minum susu pula ikut keperluan mereka. untung jika mereka makan tanpa banyak soal, jika tidak makanan akan di buang saja.
2. mandi 2 kali sehari, sekali pagi Dan sekali pada sebelah petang. (tu pun kalau pengasuh rajin, kalau tak, petang tu pengasuh tu tak mandikan, cuma tuang bedak 1 lori).
3. toddlers (2-3 years) akan di masukan ke dalam baby coat sehingga mereka pulang. kalau dapat pengasuh yang rajin dan baik hati, mereka akan di berikan barang permainan dan bermain di luar dari cage (baby coat) tu.
4. kanak² playschool (4-5 years) pula ada jadual yang hampir sama dengan yang di prasekolah, mereka ada masa untuk belajar, bermain, menonton dan buat aktiviti santai.
aku tak mahu complaint atau condemn apa². sebab bagi aku, kerja di mana² pun semuanya ada cabaran yang berbeza. so aku akan kongsikan sedikit tips juga untuk parents yang menggunakan khidmat pengasuh taska.. point saja ya.
1. jangan terlalu cerewet dan jangan selalu sangat komplen, sebab anda tak tahu, apa yang pengasuh akan lakukan kepada anak anda nanti.. (ini kes pengasuh berdendam.)
2. sesekali cuba lah call taska semasa anda berada di office untuk memastikan keadaan anak anda.
3. jangan terlalu percaya kepada pengasuh, even they looks so pure and innocent, coz u never know what kind of monster hiding behind them. (aku pernah nampak, staff yang baik lemah gemalai tu memperlakukan bayi dengan sangat kasar. mungkin sebab kesabaran sudah sampai limit.)
4. bina hubungan yang baik dengan pengasuh dan juga owner taska dan selalu lah berdoa, moga tuhan melindungi anak anda.
5. berurusan dengan pihak taska mengikut masa kerja 7 am to 7 pm sahaja, supaya anda tidak di kecam dalam diam dan untuk mengelakkan anak anda sentiasa di layan dengan baik.
6. sentiasa pantau badan anak, dan perlu alert perubahan tingkah laku anak, jika mereka takut untuk di hantar ke taska, mungkin ada something wrong somewhere.
Aku juga ada sedikit sharing tentang apa yang mungkin berlaku ketika anak anda berada di taska..
1. Salah satu sebab anak anda terkena penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) adalah kerana towel dan barang² anak anda telah di guna oleh pengasuh untuk kanak² lain.
2. Ketika menyuap makanan, pengasuh menggunakan cuma 1 sudu yang sama untuk mereka semua, jadi anak anda mungkin akan di jangkiti flu, cough dan lain² dari mereka yang sudah pun terkena virus tersebut.
3. anak anda yang terlalu aktif, akan di beri ubat batuk dengan dos tinggi yang sudah di bancuh bersama susu.
4. Ketika mandi, sabun di badan anak anda tidak begitu bersih, dan mungkin menyebabkan ruam. (taska mempunyai ramai kanak² untuk di uruskan, pengasuh cuba save masa, membuatkan kerja yang dilakukan ala kadar.)
5. pampers anak selalu lambat di tukar, bahagian sulit mereka mungkin akan terdedah kepada banyak kuman, sila lah check selalu untuk pastikan bahagian tersebut sentiasa bersih.
6. anak anda menangis seharian dan di biarkan tertidur kepenatan..
7. anak anda mungkin akan sentiasa kelaparan kerana bukan semua pengasuh baik hati untuk memujuk mereka untuk makan, menyusu, minum air dan etc.. selesai sahaja ‘masa makan’ semuanya akan di kemaskan tanpa peduli anak makan atau tidak.
Rasanya ini saja yang aku boleh ringkaskan tentang apa yang aku perhatikan selama bekerja di taska dan semua yang aku tulis ni bukan untuk takut kan parents, tapi aku cuma mahu anda semua sedar, anak adalah harta yang paling berharga, berilah perhatian dan kasih sayang yang sempurna kepada mereka. Anda tak tahu, apa yang telah mereka lalui seharian di taska atau rumah pengasuh atau di mana2 pun tempat yang anda beri hak untuk menjaga mereka. aku cuma ada sedikit pengalaman untuk di kongsi.. walau pun pengalaman tu ada yang buat aku trauma (sebab aku dah nampak macam² jenis pengasuh) tapi aku harap parents akan lebih berhati-hati.
Dan kepada semua pengasuh di luar sana, jika anda terbaca tulisan ni, aku minta agar anda amanah dalam bekerja. bayangkan anak atau saudara terdekat anda sendiri yang berada di tempat mereka, jika anda boleh senyum dan berpuas hati, teruskan. Jika tidak, aku mohon tolonglah berubah.
– lala@laura
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit