Diari Si Lelaki Songsang II

Untuk part I, (https://iiumc.com/diari-si-lelaki-songsang/).

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat pembaca yang dikasihi. Terima kasih admin sudi pilih confession saya sebagai tatapan buat pembaca. Kalau confession kali ni dipilih juga, terima kasih sekali lagi :)

Semua komen pembaca saya dah baca. Tak sangka masih ramai masyarakat sudi memberi sokongan untuk golongan seperti saya. Saya akan terus berjuang walaupun sampai sekarang saya jatuh lagi.

Ada satu ayat yang saya jadikan prinsip hidup saya. “Biarlah susah di dunia atas dasar ingin mentaati setiap perintah Allah daripada susah di akhirat yang kekal abadi.”

Setiap kali saya terfikir untuk ikut kehendak hati, saya tanya diri sy, “Apa tujuan utama aku dicipta di muka bumi ni?” Ya, tak lain tak bukan untuk jadi seorang hamba yang patuh & taat setiap perintah Allah Azza Wa Jalla.

Sebagai seorang daripada masyarakat yang bernaluri songsang, kunci utama untuk kita tak hanyut dibuai godaan syaitan ialah keyakinan kita terhadap Yang Maha Esa, Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Bila kita yakin dengan Allah, setiap kali terdetik di hati untuk jadi hamba kepada nafsu, kita akan sedar, takut dan bersalah untuk teruskan niat tu. Alhamdulillah sehingga kini saya diberi keyakinan tu.

Jujur saya pernah ikut kata hati saya beberapa bulan yang lepas. Perasaan saya masa tu langsung tak tenang. Saya rasa ngeri, gelap, seolah- olah akan ada petir yang memanah diri.

Saya buka aplikasi ‘gay dating’ (saya tak nak sebut secara spesifik). Saya sendiri tak tahu apa yang ada dalam kepala saya masa tu sampai saya hanyut dengan arus naluri songsang ni.

Wallahi, tak ada benda yang menarik di situ. Malah, saya dihujani rasa takut. Bila dah create je akaun, tak henti-henti mesej saya terima. Nafsu. Bila kita hanyut dengan nafsu, tengok haiwan pun boleh tertarik.

Bukan setakat lelaki muda je, lelaki yang sebaya dan lebih tua daripada ayah saya pun ada mesej saya. Saya tutup handphone saya cepat-cepat. Masa tu dah pukul 3 pagi. Hati saya tetap degil tak nak buang aplikasi tu.

Keesokannya saya terima mesej daripada seorang lelaki. Umur dia 30 tahun, Kamal (bukan nama sebenar).

Kamal: Hi, boleh kenal ke?

Mr H: Maaf, kalau encik nak cari pasangan untuk ‘bersama’, saya tak terima. Mintak maaf banyak-banyak encik.

Kamal: Ehh tak.. Saya memang niat nak cari kawan je kat sini. Boleh kita kawan? Saya kamal, 30 tahun.

Mr H: Boleh, Mr H, 18 tahun.

Kamal: okaylah, kalau macam tu kamal bahasakan diri kamal abang & abang panggil awak adik ye. Kamal sayang Mr H.

Sungguh saya terlampau b*d*h, ikut kata hati yang dah terang-terangan salah. Pelikkan awal-awal dah cakap sayang. Tapi saya buat- buat tak pelik sebab saya nak tengok apa niat sebenar dia.

Malam tu, kami berbual macam-macam benda. Tak nampak apa-apa yang pelik pun. Mujurlah masa tu saya belum tahu tempat yang saya akan sambung belajar nanti.

Apa yang mengejutkan saya bila tiba-tiba sikap kamal makin pelik. Cuba nak masuk line lah kot2 berjaya. Dia tanya saya pernah ‘bersama’ dengan mana-mana lelaki tak sebelum ni dan soalan yang buat saya naik angin bila kamal ‘minta izin’ nak pegang bahagian lelaki saya.

Tempat tinggal kami pun agak berdekatan. Memang takut bila nak keluar rumah. Tapi saya sendiri yang salah ikutkan kata hati. Ya, memang salah saya.

Cerita yang saya sampaikan tadi bukan niat nak buka pekung di dada tapi pengajaran untuk golongan yang keliru dengan kehendak sebenar mereka.

Saya masih remaja. Gelodak jiwa sangat kuat, hanya iman dan taqwa mampu kekalkan saya di jalan yang lurus. Jangan mudah percayakan sesiapa. Ramai yang cuba nak ambil kesempatan atas kekurangan & kelemahan diri kita.

Untuk golongan straight pun, jangan cuba untuk buka apa-apa aplikasi dating. Omi ke, michat ke semua tu bahaya. Mungkin ada yang fikir nak cari jodoh, tapi jujur itu bukan platform yang sesuai untuk korang suai kenal @ ta’aruf. Fikirkan keselamatan korang.

Aku ada terbaca komen seorang netizen yang tanya macam mana nak kenal lelaki gay. Sebenarnya bukan mudah nak kesan s3xual orientation seseorang. Ada 2 jenis gay. First top, yang kedua bottom.

Start dengan top dulu. Jenis top memang susah kita nak cam sebab fizikal diorang, cara bercakap, minat dan sebagainya saling tak tumpah dengan lelaki straight. Cuma, akan ada part korang nampak ada bunga-bunga sikit dalam hati dia.

Ya, lelaki normal pun kadang tu bunga-bunga jugak tapi apa yang saya boleh cakap jenis top ni dia cepat tersentuh, hati dia lembut walaupun badan dia sado & suara dia garau. Susah kan? Sebijik dengan lelaki normal.

Tapi insyaAllah diorang mungkin lebih mudah untuk kembali ke s3xual orientation yang sepatutnya. Sebab dia langsung tak ada feeling gegirl, acah2 girlish. Dia tahu dia lelaki, so kena nampak manly.

Yang kedua bottom.. bagi aku jenis bottom lagi mudah nak trace. Bottom ni ada masa gaya dia sebijik dengan lelaki normal, ada masa akan keluar part girlish tu.

Cubalah buat diorang melatah, confirm keluar. Macam kentut tersepit lah ibaratnya. Diorang cuba kawal diri diorang depan public semata-mata nak bagi semua orang nampak dia lelaki yang perfect, macho walhal diri dia yang sebenar tak macam tu.

Macam nak buang air lah, boleh tahan tapi akhirnya trkeluar jugak hajat kita tu.. hahahaha Mr H sengaja nak bergurau. Penat sedih-sedih.

Last sekali, lelaki yang nampak betul2 lembut tak bermaksud dia tu gay. Maknanya kalau korang ada kawan yang nampak gegirl 24 hours tu tak semestinya dia gay. Kesian lah kena label gay walhal normal. sampai 10 anak dia ada.. hahahaha

Esok, Mr H akan jumpa dengan psychiatrist baru. Doakan Mr H kuat untuk rawatan dan istiqamah dengan ubat yang diberi. Tak lama lagi dah nak sambung belajar. Kita tak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan, betul tak?

Terima kasih sudi baca perkongsian Mr H.

– Mr H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *