Assalam. First of all thank you admin tlg approve. Best pulak layan iiumconfession ni. Aku pn dah confess byk kali dlm ni haha. Kali ni cerita lain pulak aku nak cerita.
Kisah ni pn dh lama. Dlm 2,3 tahun lepas. Aku ni perempuan. Nak kata cantik sgt tu takde la, tapi pernah la kawan aku cakap kt depan kelas yg aku paling cantik dlm batch aku (gelak bongkak sikit hahaha! Okay aku melawak jaa jgn marah naa). Tp mmg betul la kawan aku pernah ckp mcm tu walaupun sejujurnya aku rasa ni macam potato jek, muka biasa alhamdulillah Allah bagi mata hidung mulut. Kenapa aku cerita semua ni? Waitt. Ada kaitan la dgn cerita aku ni haa.
Gini. Aku pernah duk mahallah Kuantan tu. Tingkap bilik aku mengadap hutan. Selama aku hidup, aku memang tak pernah kena ganggu makhluk halus secara serious. Sekadar pernah kena tindih time maghrib 10tahun sekali tu ada la. Tapi selepas setahun aku duk kt mahallah tu, then aku kena. Oh ye. Rumah lama aku dulu aku syak ada byk penghuni makhluk yg mata kita tak nampak ni tp time tu aku tak kenal hantu lagi. Walaupun benda tu usik and bg hint byk kali dkt aku dgn adik beradik aku pn, kitorang tak dapat tangkap hint tu so kitorang gelakkan and buat bodo je la. Haha. Yg tu lain kali aku cerita.
Berbalik kpd cerita aku td. Aku pernah dgr yg mahallah tu pernah ada org nampak pontianak. Tp lepas kitorg duk situ selama setahun, xde pn aku dgr cerita hantu. Sampai la satu ketika, aku perasan yg aku asyik tersedar pukul 3,4 pagi. Kadang2 exactly pukul 4pagi. Atau a few minutes before. Aku tersedar then aku pandang je atas almari walaupun takde benda atas tu. Xtau la tp tiap2 pagi aku camtu. Sedar2 dah pandang atas almari then aku tidur balik. Time tu aku takde rasa pelik pape lagi.
Then aku mula perasan yg badan2 aku ada kesan kena cakar. Tiap2 pagi ada je kesan baru especially atas bahu. Kesan kena cakar tu mcm bola yg ada jarum halus2 then tergesel kt kulit kita. Sangat superficial. Awal2 la. Lama2 ada yg makin dalam. Macam amik jarum peniti then pegi calar kt kulit. Halusss tp dalam. Tak logic la kan kalau aku garu sendiri. Kuku aku takdenya nak halus mcm tu. Tak mampu you nk ada kuku halus mulus mcm wolverine.
Then aku start mimpi2. Hmmm yg tang ni aku segan sikit nk cerita haha. Aku mimpi ape? Mimipi 18sx. Cuma stkt ringan2 la awal2 tu. Aku dah bengang time tu. Aku tak pernah mimpi macam tu tp tiap2 malam mimpi mcm tu. Lelaki semua lain2. Tp yg aku mimpi tu mmg kebanyakannya aku tak kenal and taste aku (putih, chinese look, gemuk – maaf aku nk ckp. Aku memang suka org gemuk2 ni hahaha aku pn xpaham kenapa dah nape taste aku mcm tu). Aku duk terfikir, dah kenapa mcm tu. Aku ni nak masuk alam dewasa ke ape? Perubahan hormon ke? Tp time tu aku ignore je lg.
Aku ada rasa takut2 sikit time tu. Then pernah aku tidur pasang ayat quran. Then aku tersedar jugak pukul 4 pagi. Tup tup aku tgk hp yg aku pasang quran tu, elok2 je kena pause kan. Aku ada tanya rumate aku next day kot2 ada org pause kan tp takde pn yg buat. Then sape yg pause kan bacaan quran tu?
Then aku mula perasan. Aku tak leh dgr ayat2 quran guna earphone. Badan aku rasa panas. Mmg rasa panas rimas sgt weh. Mmg tak tahan rimas. Then satu ketika tu, aku kena amek gambar2 dgn kawan aku kt kawasan mahallah utk event batch. Guna kamera mahal nikon tu la kan. Then aku perasan, setiap gambar yg ada aku, mesti ada cahaya putih kt bahagian aku. Mesti side aku. Kadang2 kt atas tp side aku la. Tapi kalau takde aku dlm gambar tu, takde pulak cahaya bulat tu. Then masa tu la aku start syak something weird.
Then masa cuti, aku balik rumah dan bagi tau mak aku. Aku dah agak ada benda kt aku. Kt rumah aku mimpi 18sx lagi tapi tak kerap sgt dah. Then aku bg tau mak ayah aku. Mula2 mak ayah aku tak percaya, diorg mmg tak caya benda2 mcm ni. Sampai la aku nangis kt diorg, aku ckp aku tak tahan kalau betul kena ganggu macam ni. Aku serabut sbb tiap2 pagi mesti rasa semacam sbb dah mimpi 'ringan2' sblm tu kan.
Then mak ayah aku bawak aku gi berubat darul syifa. Takde ape jadi cumanya lutut aku ketaq2 masa berubat tu xtau kenapa. Aku rasa aku lenguh kot dh kena duduk berjelunjur je lama lama. Then takde perubahan ape2. Aku ada cerita kat kawan aku yg kawan dia ada sikit ilmu benda2 gini. Kawan dia kata aku kena jin asyik. Aku pn google la. Mmg sama la gangguan aku dpt tu. Korang blh search sendiri. Melalui pemahaman aku, jin tu 'jatuh cinta' kat kita dan mmg payah nk buang benda tu melainkan dia sendiri nak tinggalkan kita. Oh ye. Aku bukan nak perasan tp aku ni memang jenis ramai peminat sikit tp aku xcerita sgt kt org benda2 gini haha. Tp aku x sangka sampaikan jin pn ada yg minat ke? Ke sbb aku ni kurang sikit bab agama2 ni? Aduyaiii.
Then aku g berubat dgn kawan mak ayah aku. Dia ada bg la doa2 semua. Tp aku x amalkan sangat pn. Sbb aku xpeduli sgt dgn benda2 gitu. Masa tu aku dlm stage ignorance lagi. Sbb aku x sure benda tu betul ada ke tak. Ke perasaan aku je.
Then sejak aku berubat tu, makin agresif benda tu. Malam tu dia datang dlm mimpi menyerupai ustaz. Kononnya nak ubat aku la. Then dia buat benda tak elok kt aku. Kurang asam. Then mimpi pn makin kerap and intense. Sblm ni ringan2 je kan. Tp time tu, dah pandai dah dia ke tahap nak merogol aku. Aku pernah nampak dia punya tu, mmg macam akar kayu. Tp dia ttp dtg dlm rupa lelaki yg aku tak kenal. Tp setiap kali dia hampir dh nk rogol aku, then aku dgr suara ayah aku panggil aku. Then terus tak jadi. Then benda tu menyumpah2 sbb marahkan ayah aku kononnya kacau line.
Oh ye. Benda tu jadi macam tu masa aku terlupa nk baca doa masa tidur je. Kadang2 aku terlelap sbb letih sgt, tak igt baca doa. Kalau baca doa,takde pn dia dtg. Aku pn kadang2 ada mimpi hantu. Pengantin hantu kejar aku la apa. Aku pn xigt sgt dah skrg tp dulu mmg kerap la mimpi mcm tu.
Masa tu aku dah confirm yg aku ada gangguan. Aku selalu ckp kt dia (aku ckp kuat sorg2) jangn ganggu aku semua. Aku dpt rasa je dia ada dgn aku dlm bilik tu. Then satu hari adik aku dtg bilik tumpang tidur. Siang hari dlm pukul 11pagi lebih. Then adik aku mimpi. Masa dia tidur tu, dia nampak keadaan dia tidur mcm tu then ada org lelaki tinggi sgt pandang dia ke bawah. Tinggi sgt. Lelaki tu baju putih and pakai songkok putih. Then adik aku tersedar then cerita kat aku. Masa tu la aku baru tau rupa dia sebenar. Dia kan tak pernah tunjuk diri dia kat aku. Aku pn xpernah nampak dia. Then aku dpt tahu dari kawan2 sebelah bilik aku yg dulu2 pernah satu malam, dia tersedar satu malam then dia nampak ada org lelaki dkt kaki dia. Description org lelaki tu mmg sebijik sama dgn apa yg adik aku nampak. Aku rasa benda sama je. Then aku dpt tau yg kawan aku dulu kt tingkat atas pn pernah kena ganggu and nampak lelaki yg sama. Then masa tu dia x kena kacau dah. Aku rasa benda tu gi kat aku. Oh ye ni la point pasal cantik tu. Kawan2 aku yg kena tu memang cantik-cantik orangnya. Aku rasa benda tu pilih yg cantik2 je. Memilih jugak rupanya ceit.
Oh ye. Pastu masa aku takde kt bilik, balik rumah ke, rumate aku cakap dia dgr org jalan2 dlm bilik aku, pintu almari la padahal xde org dlm compartment aku. Dan pernah sekali, kitorg nk kluar kelas then kitorg panggil rumate kitorang nama A ni ajak keluar pergi kelas. Aku dgn B dgr dgn jelas A jawab ye! Then kitorg g kat bilik A. Takde pn A. Rupanya A dah lama keluar. Pastu sape yg jawabkan tadi?
Then bila aku sedar yg mmg benda tu wujud, baru la aku start lawan betul2. tiap2 malam aku baca doa, bykkan mengaji semua. Then kalau aku terlupa nk baca doa sblm tidur, mlm tu mesti dia dtg dlm mimpi. Sebelum ni dia tak pernah berkasar kan dan aku pun menyerah je dlm mimpi. Tp masa ni aku dh blh start kawal mimpi aku. Aku dh blh lawan dia dlm mimpi, tolak godaan dia semua. Dia marah and tindih aku. Aku lawan jugak sampai la dia lepas aku. And masa tu la dia start berkasar dgn aku. Sejujurnya masa tu aku ada rasa sikit rasa syg kt benda tu tp sbb aku tau benda tu tak betul dan aku kena lawan, so aku betul2 lawan.
Then lepas tu kitorg kena pindah mahallah. Then masa pindah tu aku tau benda tu masih dgn aku. Then aku betul2 istiqamah dgn bacaan doa sblm tidur dan satu amalan doa ni (aku tak dapat recall apa nama doa tu.. Ada yg org bukukan kecik2 tu) then lama2 gangguan tu makin kurang. Then sampai la satu malam tu, masa aku duk sorg2 kat bilik, then aku perasan pintu almari bilik aku bergerak sendiri. Aku mmg dpt rasa yg tu petanda dia saying goodbye kat aku. Tu cara dia kot. Mmg aku betul2 dapat rasa. Mmg masa tu aku dapat rasa sayu. Skrg pn masa aku tulis ni pn, aku rasa sayu. Then lepas tu aku tak kena gangguan dah sampai sekarang.
Aku dah kahwin pn sekarang alhamdulillah takde pape dah. Cuma pernah sekali aku nk dpt balik gangguan tu..aku perasan aku tersedar pagi2 pukul 3,4 pagi mcm dulu then aku tau tu warning sign so aku bykkan baca quran then takde dah sedar pagi2 ni. Tp skrg ni dah start balik sedar pagi2 ni sbb mimpi pelik2 (bukan mimpi hantu tp just mimpi pelik2) tp aku rasa bukan gangguan. Mungkin sbb hormon sbb aku baru keguguran dan masih lg dlm pantang.
Aku harap pasni takde pape dah benda2 mcm ni. Letih nak melawan. Huhu.
Apapun aku syukur benda tu tak pernah tunjukkan diri dia yg sebenar kat aku. Kalau tak blh pengsan aku. And lepas kejadian, aku mmg blh sense sikit kalau ada benda halus ni. Dia lalu ke ape. Contohnya kalau aku kt bilik air mahallah tu, tetiba ada angin lalu kat kaki. Kerap sgt aih. Aku tau ada benda tu lalu. Aku je tak nampak.
Tu aje la cerita aku. Sorry la panjang sgt. Aku mmg ralik sikit kalau bab writing ni. Ok lah. Sekian. Assalam.
– mdm potato