Dihina kerana tinggi?

Terima kasih admin kerana siarkan post saya ni.

Ok, baru ni saya ada baca satu twitter post yang di screenshort dan di share ke serata alam yang berbunyi, "makwe ketinggian 145cm-160cm dipanggil comel, selebih daripada itu tak dipanggil makwe dah, dipanggil Tebu"

Sebagai seorang wanita yang mempunyai ketinggian yang dikatakan Tebu itu, sememangnya kami memang terasa bila dikaitkan dengan fizikal kami ini. Statement menyamakan golongan seperti kami dengan tebu yang mana semua orang tahu tebu sifatnya apa? Lurus, halus, sebatang… adalah penghinaan bagi kami.

Ini bukan kali pertama bagi kami dijadikan bahan ketawa dan hinaan. Malah ini berlaku kerap kali.

Oleh sebab itu, Saya ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan perkara ini melalui IIUM yang banyak mendidik netizen melalui confession yang dikongsi bersama, yang buruk jadikan sempadan yang baik jadikan teladan. Diharapkan apa yang saya sampaikan ini dijadikan sempadan dalam kita berbasa basi, bergaul mesra kononnya dengan orang-orang yang tinggi lampai ini.

Waktu zaman sekolah menengah dulu, saya dibuli oleh sekumpulan lelaki. Apabila saya melalui kawasan tersebut, saya dipanggil dengan lantang, "Lonjong, lonjong..!" Dan apabila saya memandang lelaki tersebut, Iye.. Dia seorang yang bertubuh gempal (obes) dan rendah.

Jadi saya fikir, kenapalah orang macam ni pun tak sempurna, tapi mengutuk mengata orang dengan menjenamakan golongan tinggi ni dengan nama-nama seperti "lonjong", "tiang", "jelangkung" ,"tebu" dan sebagainya. Takde sesiapa pun yang serang awak dengan kata-kata seperti "katik, gemuk, bulat, rendang" dan sebagainya. Orang tu tak buat apa2 kat kite kenape kite nak beriya menghina dia kan.

Kalau nak tahu, orang yang tinggi ni banyak kelebihannya, selain boleh tolong ambil barang2 yang tinggi tanpa bersusah payah, kelebihan dalam bidang sukan… orang yang tinggi ni juga mempunyai sepasang kaki yang panjang. Kami tak perlukan heels sebagaimana wanita-wanita di luar sana perlukan heels jika mahu nampak lebih menonjol. Heels bagi kami adalah pilihan.

Jadi kenapa "kelebihan" kami ini dijadikan penghinaan bagi individu yang suka menghina ciptaan daripada Allah yang tidak boleh diubah dan kekal?

Diharapkan individu yang suka lekehkan fizikal orang lain ini sedar, tak 'fun' pun mainkan sentimen penghinaan ni bagi yang dihina. Iyelah orang yang tinggi ni pun tak sempurna, ada yang kurus ada yang gempal. Yang penting, kita sebagai manusia yang dikurniakan akal, tak usahlah nak banding-bandingkan diri sangat. Sama-sama kita raikan perbezaan dan bukan mencemuh.

Sekian. Terima kasih.

– Adriana Lima

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit