Hari-hari aku perlu menulis.Hari –hari aku perlukan kongsikan. Hari ini aku dibawa ke sebuah hotel bagi menghadiri dinner bersama manager kami dan ini merupakan ujian buatku. Aku perlu untuk membuat keputusan untuk pergi atau tidak. Ini kerana aku masih tidak tahu status kehalalan nye.(W hotel)Aku bermunajat pada ALLAH agar berikan aku kesempatan untuk membuat pilihan.if nak tahu aku sorg je girl muslim dan 3 chinese girl officer dan exect kat situ dan yang lain semua 10 store assistant lelaki yg kami raikan sbb yg lain semua muslim. Dan akhirnya aku memilih untuk pergi. Walau pun begitu aku tetap bermonolog kepada ALLAH agar ampunkan aku jika pilihan aku ini adalah yang tersalah. Aku sangat berharap ALLAH memberikan pilihan yg terbaik buatku. Ketika sampai, hati aku sungguh lega apabila melihat ramai saudara seislamkan turut berada disitu, aku memilih untuk mengambil makanan yg aku rasa tenang tika melihatnya, dalam hati aku memohon ALLAH tunjukan aku makanan yg tidak mengandungi yang haram. Yang aku ragu aku tinggalkan. Ketika aku sedang menikmati makanan, manager aku Chinese man datang ketempatku, lantas dia berkata “ u jangan hanya makan salad, makan juga yg lain,” ini ok, halal punya”, aku hanya tersenyum, tapi diwaktu yang sama, leader ku yang juga bukan beragama islam turut berkata padaku “you tengok tue manager pown dah spot you.. you makan laa.. amik juga yg lain”.. “jangan takut halal punya”. Cerita pasal halal haram sebenarnya aku memang sangat CEREWAT pada makanan yg tidak tertera halal sbb takur ada unsur Khinzir didlmnya. Sebab aku bukan darurat dan aku memang terasa was2. Jadi memang aku tak amik atau sentuh. Siap my colleagues gurau kat aku, “u nie banyak sangat PANTANGnya”. Aku fikir positif dan hanya tersenyum. Habis part makan my colleagues yg kesemuanya adalah cina excepting me ajak aku naik ke roof top, apa yang ade di atas tue? First boleh tengok permandangan sekitar ipoh dan juga kat atas bumbung tue ade kolam renang, itu apa yg aku search sebab aku memang tidak lansung berkesempatan untuk melihatnya, u know why, Kerana pada waktu kami sampai laluan untuk terus ketempat itu telah ditutup dan sebenarnya ade satu cara sahaja untuk pergi ke tempat itu adalah melalui kawasan dalam BAR, Kau tahu apa maksud BAR?,tempat yang gelap, bau arak dimerata2,manusia yang lalai dengan dunia. Mashaa ALLAH mmg tak terjangkau dek akal aku untuk Menghadapinya, dan Alhamdulillah sungguh ALLAH jaga aku.Aku membuat keputusan untuk hanya tunggu di luar dan membiarkan mereka masuk ke dalam.Even my leader jemput aku untuk sekali masuk aku tetap dengan pendirian aku bahawa aku tidak akan masuk.. u know why, First aku adalah muslim girl, second aku tidak akan biarkan kerana kesilapan aku tersebut ia memberikan fitnah buat umat islam, membuat fitnah buat mereka yg bertudugng labuh. Yes aku pekerja tapi itubermakna aku akan lakukan apa yang terlarang.Jangan kerana perbuatan itu orang bukan islam memandang rendah pada agama islam dan bagi mereka semua agama adalah sama, No aku tidak akan biarkan. Biarpun hanya melintasi.Aku sayangkan agama ini melebihi sayang pada diriku sendiri.Kadang-kadang aku pelik bila aku sendiri mendengar bahawa ada orang seagamaku, slumber masuk ke dalam pub atau disko, berpakaian tidak senonoh, minum arak, bergesel dengan lelaki dan perempuan tanpa batas dan sepadan. ALLAH mana pergi agama semua. Allah semoga hidayah dan pertunjuknya tersebar buat aku dan kalian. The points is, why aku follow diorg because I just want to learning, how they treat islam, dan bagi aku even orang tak Nampak apa yang yang aku buat ALLAH Maha Melihat, dan tidak ade ape bagi aku akan kebebasan tersebut,sebab my fear or whatsoever hanya kepada ALLAH, Pemilik kerajaan bumi dan langit. Titik.
– Cik La