Dilema Aidilfitri

Assalamualaikum wbt. Aku niy bukanlah warga iiumc, tapi aku menuntut di salah sebuah universiti awam di Kuala Lumpur. Aku niy ank bongsu dpd 5 org adik-beradik. Ayah aku hanyalah seorg security guard while mak aku pulak seorang penjual kuih. Mak aku kerja pun sebagai nak bantu-bantu ayah aku cari wang sara kami sekeluarga. So, family kami niy kira bukanlah family yg senang. Luckily akak abang aku semua dh kerja n mampu bantu mana yg mampu.

Tapi, mak cik pak cik, sepupu sepapat aku x sama mcm org lain. Depa niy lain sikit. Senang cerita, typical Malays yg busy body, iri hati instead of cursed etc etc. Tak tahulah kenapa dalam tahun 2016 niy pun ada lagi org yg sibuk hal peribadi keluarga org lain. Ya, family kami bukan senang. Makan pun apa yg ada. Tak pernah bermewah-mewah mcm org lain. Tapi kami bersyukur sbb Allah swt dah tetapkan rezeki kami mcm niy. Tapi mak cik pak cik aku niy dok sibuk mengata family kami mcm2, dari aku kecik sampai besar. Selalu tanya mcm2 semata nak cari aib family kami. Dok menyiasat sana-sini as in nak mencari salah-silap family aku. Mak ayah tu dah puas jilat caci hina depa semua. Aku faham perasaan mak ayah. Tapi nak buat mcm mana. Kami pun tak minta hidup mcm niy. At least kami sekeluarga tak merempat, atau minta sedekah demi sesuap nasi, dah cukup utk buat family kami bahagia. Bila mak ayah aku tak jejak haji umrah, dok sibuk pertikai pasaipa tak pergi lagi. Bila akak aku dok mau kawen, dok sibuk mengata pasaipa tak tolong mak ayah dulu, bakal menantu kerja apa, baguih ke tidak, pakai kereta brand apa. Allahu, tak habis2 dengan hal duniawi depa semua. Bila kami adik-beradik pakai baju baru dipagi raya, dok sibuk mengata kami dpt duit mana, menang loteri ka? Aku faham perasaan mak ayah. Aku tak kisah kalau depa semua kaya raya, dok pakai kereta besar, rumah besar. Lantak p la sana. Asal family kami semua xdan nak mintak2 harta depa sekepok tu. Kami hidup ikut kemampuan kami. Lagi satu, ada satu perangai mak cik pak cik aku niy dok sibuk banding-membanding anak depa sama kami. Dok sibuk nak tahu kami kerja apa, baguih tak, belajar mana, jurusan apa. Senang cerita, asal masuk u, kerja baguih kira lepas laa syarat nak tutup mulut depa semua tu. Kenapa zaman sekarang pun ada yg berfikiran mcm tu ya. Ada yg dok tgh kota raya lagi, masih jugak pemikiran kolot lagu tu. Tak berkembang. Yang depa tau dok bangga-membangga anak depa semua, depa pergi tanah suci lima enam kali instead of membangga, dok sibuk canang anak depa semua kerja baguih, pakai kereta besar-besar. Allahu, itu semua harta dunia semata. End-up hutang keliling pinggang jugak, tak mak ayah depa jugak yg merana tolong bayarkan hutang depa semua. Masa tu baru tahu nak mengeluh terpaksa selesaikan krisis anak depa yg sibuk disanjung-sanjung tu. Bergaya ikut kemampuan cukuplah. Sedih aku perati. Aku bukan apa, aku cuma mau family aku mcm org lain. Bersatu-padu, tolong-menolong instead of be positive pun cukuplaa. Asal hidup jgn dok sibuk nak mengata pang pung pang tentang org lain. Depa semua beruntung pasal Allah swt kasi depa rezeki lebih sikit, asal jgn takbur la. Alhamdulillah, walaupun mak ayah kerja biasa2 je, harta pun takdak byk mcm depa semua. Mak ayah didik kami adik-beradik utk jadi manusia berguna. Tak kurang dari org lain. Kami tak harap pun lahir dlm keluarga yg senang, berharta sbb kami byk belajar hidup susah, berdikari, apa yg kami mau kami usaha sendiri. Macam mak cik aku dok sibuk mengata kami adik-beradik kais pagi makan pagi, lauk kicap sama telur saja pun, kami masih lagi mampu jejak menara gading, kerja baguih-baguih. Tak perlu mewah2 mcm depa semua, end-up masih duduk mak pak yg bagi makan tanggung tempat berteduh. Lebaran tahun niy kami adik-beradik sekali lagi melalui benda yg sama, dok mendengar lidah2 tajam depa semua mengata kami. Tapi kami dah x kisah dah semua tu. Bak kata org dah lali. Rasa 'kosong' mcm lagu Najwa Latif. Asal kami kenal satu sama lain. Biarlah kami dengan hidup kami, bahagiakan mak ayah kami sbb bagi kami mak ayah tu harta paling berharga buat kami semua. Kami tak perlu pun harta dunia yg menggunung tu kerana Allah swt tu maha besar. Dia dah atur dh hidup kita semua sebagai hamba ikut acuan-Nya. Yang penting kita usaha dan tawakkal. Daripada dok sibuk mengata anak orang lain, tapi anak sendiri bukanlah hebat mana, lebih baik cukupkan amal ibadah dihari tua. Harapan aku cuma berharap agar mak cik pak cik aku yg berharta tu berubahlah. Berhenti tanam sifat hasad dengki, iri hati pantang nampak kebahagiaan orang lain tu asal perangai tu tak diwarisi anak cucu depa semua. Kita niy manusia biasa yg tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Aku cuma mampu berdoa, segala ketentuan ditangan Allah swt. Wallahualam.

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Haha. Dh kau tau depa semua kolot. Jgn le layan. Kalau kau nk tau. Org mcm tu ada je dlm keturunan moyang aku ni. Tp aku dgr je. Yg best cerita. Dpt offer keje. Tp xnk sbb xsesuai dgn dia yg straight A. Aku dgr gelak dlm hati je wei. Betapa nk tnjuk anak dia lebih segalanya. Aku ni keje cikai pakai myvi je. Ha gitu. Baik kau piki cmne nk senangkan idup mak pak kau tu. Mak sedara kau main. Klu hidang tea o. Kau pi main game. Setel. Haha.

    • Rabiatul Adawiyah Binti Adanan : yg org nampak.
      Pegi melancong = duit byk.
      Yg org xnk nampak. Masa nk kumpul duit tu= keje siang, mlm buat kuih sengkang mata+ tahan nafsu nk membeli benda lain.
      Kau pernah rasa tak dik. Direndahkan martabat. Org tak layan kau. Sbb lulusan poli. Akak kau pernah rasa.

    • Alaa… sy pon mcm tu…tp abaikan je.. sy budak poli jugak.. di double standard dr kecik tu biasa… bapak miskin takde kereta.. dok rumah flat.. balik kampong naik bas.. tp kami adik beradik dpt survive Dan tunjukkan pd mereka…,akhirnad diorang tutup mulut akhirnya.. sy maksudkan,berasbabkan keje akak yg disangka cikai tu dah boleh ke luar negara..akak deserve dpt sume tu sbb akak rajin carik duit..berkemahiran..sori kalau buat akak salah faham…selamat hari raya kak rai..??

  2. takpe… kau patut seronok bila ade org mengata sbb depa tu semua nak bagi pahala kat korang sefamily. dah habis pahala diaorg, dosa korang pulok depa duk tanggung. kan seronok? redo ajer
    lenkali kalo depa duk tanue soklan2 ntah pape tu, layankan ajer ikut cara depa. contoh la.. dapat duit loteri ke? ko jawab la.. ish makcikkkk.. dosa besaq loteri makcik oiii.. makcik x tau ka? takpenah belajaq ka kt sekolah rendah dulu main judi ni harommm?? bertaubat lah makcik2 oiiii
    if you cant beat them.. join them..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *