Dilema Anak Tengah

Assalamualaikum semua. Aku zila. Berdasarkan tajuk aku yakin korang dah tahu aku anak nombor berapa. Ya betol tu aku anak yang dilahirkan dalam kedudukan tengah dalam adik beradik aku. Jangan korang tanya aku nombor berapa yang pasti tengah2. Fullstop!

Aku harap kisah aku ini dapat mengetuk hati si anak sulung, angah, alang, uda, achik, andak, si bongsu atau apa juga gelaran yang dipanggil selain untuk anak tengah. Aku harap lepas aku cerita ni korang tak akan serang adik beradik tengah korang dan paksa diaorang mengaku.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana iaitu tak terlalu mewah dan juga tidak juga hidup melarat. Aku mempunyai adik beradik yang boleh tahan ramainya sehinggakan apabila tiba musim perayaan akan meriah juga rumah dibuatnya. Apabila lihat dengan mata kasar, keluarga kami akan nampak sempurna. Kenapa aku cakap sempurna sebab kami semua dapat menyambung pelajaran ada yang telah menyambung ke peringkat sarjana dan juga PHD. Alhamdulillah.

Namun begitu, aku manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Aku serba tidak boleh dalam melakukan apa juga perkara. Lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan seni dan juga kemahiran. Oleh itu, aku selalu dipandang rendah dalam kalangan adik beradik aku. Apa juga gelaran akan dilemparkan keatas aku tanpa memikirkan perasaan aku. Mereka menganggap ia satu bahan ketawa. Ya, selalunya aku akan kelihatan seperti orang yang tidak ada perasaan akan terima apa juga yang diperlakukan begitu. Namun Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Bukan itu sahaja, jika korang turut berada dalam kasut aku sekarang pasti korang akan nampak akan berbezanya layanan terhadap anak tengah. Anak tengah selalu dipinggirkan, apa yang diaorang cakap atau beri pandangan pasti akan ditolak bulat-bulat. Begitu juga aku. Setiap keputusan mengenai hidup pasti sedikit sebanyak akan ikut si sulung, angah, alang, achik dan yang lain2.

Contohnya, jika mereka dahulu masuk asrama, yang lain mesti ikut sama. Jika diaorang tak pernah itu pasti yang lain juga tidak boleh melakukan itu. Nasib si anak tengah. Kalau itu, masih lagi boleh terima namun apabila terpaksa mengalah dengan si adik2 dan si bongsu maruah aku sebagai kakak dah jatuh berderai. Bukan aku nak cakap aku ni berkira dengan adik beradik sendiri.. tak.. tapi kenapa aku dengan atas aku boleh hormat tapi adik aku kenapa tak boleh dan bersikap kurang ajar dengan aku iaitu kakak diaorang sendiri. You know what i mean? Aku diperlekeh kan, diejek, dimarah depan orang ramai. Aku kalau orang lain lihat bila aku dengan adik beradik aku macam happy go lucky, kadang2 buat lawak sendiri ketawa. Sendiri, haha. Sebab tulah kot, aku dilihat seperti kuman yang berkeliaran, huhu. Apa pun aku sayang adik beradik aku. Sapa tak sayang darah daging sendiri woi. Kalau aku ada duit aku tak pernah lupakan diaorang. Tapi tulah aku rasa kecik sangat di mata diaorang.

Yang ikhlas,
Adik tengah korang…

– Anak tengah yang sedih.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *