Hai, cuma nak minta pandangan kalau-kalau ada sesiapa yang memahami situasi ni. Aku baru graduasi belum bekerja. Sebab belum bekeja? ini yang saya nak cerita ..
Aku dah bbrp kali dah pergi temuduga kat ibu kota, alhamdulillah ada yang berjaya ada yang tak. Tetapi rasa berat hati yang membuatkan aku terpaksa menolak tawaran kerja tersebut. Dilema antara permintaan orang tua dengan impian kita. Gaji permulaan memang rendah, rm1200 je utk hidup di ibu kota, orang tua dan akak tak bagi sebab katanya rendah sangat. Kawan yang duduk sana pun sama. Yelah mula sebagai trainee. Tapi gaji akan naik bila dah serap jadi permanent, dalam erti kata lain takdelah teruk sangat kan utk jangka masa panjang? kerja dia pun sesuai dengan apa yang aku boleh buat. Kalau aku pergi je tak kisah tapi diorang suruh aku kerja biasa-biasa je dulu kat kawasan tinggal.Aku tak nak lah membelakangkan orang tua dan akak sebab kalau susah nnt aku minta tolong diorg juga.
Jadi bila dah tolak kerja tersebut terpaksa lah cari kerja lain, dengn harapan ada hikmah kerja lain nanti. Sayangnya sampai sekarang tak kunjung tiba panggilan temuduga macam dulu. Mohon kerja dekat-dekat rumah pun semua senyap dan reject, kilang tak nak ambil operator degree. katanya tak nak underrated lepasan ijazah. Ok. nak keja yang berat-berat tak boleh, tak mampu. setakat restoran ke kedai baju ke mall ke boleh tapi tu lah semua senyap je. Hmmm.
dah berbulan-bulan dah, kadang tu rasa geram orang lain ok je boleh je mak ayah lepaskan kerja jauh. Lagipun aku kesian kat mak tinggal seorang sakit-sakit. Akak yang lain dah berkeluarga. Yang tinggal dan ada lesen kereta aku je senang dia nak minta aku bawa mana-mana. Mungkin sebab tu kot dia tak bagi aku kerja jauh-jauh. Tapi nk kerja kt sini peluang kecil,bandar kecil, duduk pendalaman kampung. Rasa macam kalau aku tak keluar dari kepompong sekarang tak berkembanglah aku kan? tapi kesian pulak dekat mak.
Kelmarin akak ada telefon katanya syrikat yang aku tolak tawaran kerja dulu takdelah jauh mana dengan rumah dia boleh la nak ulang alik tinggal umah dia tak perlu fikir rumah sewa dah. Dekat-dekat pun dalam 40km jugak la. mak aku pun rasa serba salah pulak, siap kata dia ada bukak temuduga lagi tak. Aku cakap tak pe la mak, lupakan je lah.
mak macam dah bagi greenlight utk aku merantau, tapi aku tahu dia nak sangat aku tinggal dengan dia. Lagipun macam mana aku nak tinggalkan dia. Aku anak bongsu, abang akak semua dah pergi merantau siap2 tinggal aku je gamaknya jaga mak. Siapa nak tolong urutkan dia kalau sakit, bawak pergi klinik etc. mak ada asma teruk. nak harap abang aku lagi seorang tu, macam tak boleh harap. Dia pun busy kerja dia. Maaf.
Jadi sekarang ni aku memang memerlukan kata2 semangat sebab aku dah jadi down bila tersepit dengan keadaan mcm ni. Dah berbulan dah. Terlintas nak berbisnes. Tapi sumpah tak semua orang ada DNA bisnes. aku la salah satunya. Nak mula tu memang buntu.Mana yang patut aku utamakan? Cari pengalaman dengan merantau atau tinggal dengan orang tua? Siapa nak cari agent dropship ke? kalau ada peluang kerjaya dekat selatan tanah air ke. Dekat sikit. orang muda macam aku memang dari sekolah dah merantau duk jauh-jauh. Tapi sejak habis belajar tinggal dengan mak, lain pulak jadinya, berat hati pulak nak merantau. Dulu expect lain, sekarang jadi lain. Takkan lah aku happy2 tapi mak tinggal tak de kawan. Aku tak nak mak jadi mcm nenek aku dulu. tinggal sorang kt kampung. Aku tahu mcm mana keadaanya. Kesian!
– En lara alano
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
40km, jauhnya.
banyakkan bersabar
Nek Hayalatul Islam..sama.maw berbisnes..tp xda dna bisnes..
Hm…btl2.huu
Sy Stokis JSD Melaka sdg mcari agen/dropship :-)
Add friend & PM sy yer @ hubungi no.sy (ader di wall)
Rezeki Allah kita kongsi bersama… :-)
Nasihat saya utamakan orang tua.
Rabiatul Adawiyyah mu ke? hahaha
cm same je kes aq..serius dilema oww…:(
Kalau nk keje operater kilang jgn tunjuk resume ade degree… pakai ler spm je… ade je org buat sbb nk sgt keje… try laah…
Dilema yang sama dgn aq dlu..lebih kurang je situasi..haha..klu nk minx pendapat aq pm lah aq..
Bisness je dulu kecik kecilan – dna ke idok tu tolak tepi dulu – dapat jaga mak ayah tu sebenarnya tu la hikmahnya – cuma jgn rasa rendah diri dan compare kehidupan ngan orang lain – since dna pun lain lain – apatah lagi takdir dan rezeki
hurmm..