Hi semua, perkenalkan diri aku seorang gadis 20an, gen Z bekerja dan masih bujang.
Aku rasa nak luahkan perasan aku yang sangat tertekan dengan pekerjaan aku.
Untuk pengetahuan, aku habis graduate sampai sekarang masih belum dapat kerjaya impian aku iaitu nak kerja dalam bidang study aku dan yang paling utama aku nak kerja kerajaan HAHAHA.
Aku sejak habis belajar memang stay di area tempat lahir aku je, pada awalnya aku nak hijrah ke KL tapi sebab PKP dan sebagainya aku stuck di bandar kecik aku dan sampai sekarang aku still di sini.
Malas pula nak jauh dari family, perasan motivasi yang berkobar kobar macam waktu awal grad dulu dah hilang. But actually aku ada je selalu apply jawatan di big company & portal kerajaan cuma masih belum ada rezeki aku.
Nak dipendekkan cerita aku dah bekerja di sektor swasta dan kerajaan (kontrak) dan aku dapat concludekan yang aku prefer kerja kerajaan sebab work life balance lebih terjamin dan sesuai dengan keperluan aku.
Yang aku tertekan sekarang adalah aku tak tahu adakah aku yang kurang bersyukur atau memang aku kurang bernasib baik.
Pada permulaan aku bekerja di sebuah company melayu sdn bhd la as fresh graduate. Di company ni aku selesa bekerja yelah jawatan aku pon kerani biasa sahaja jadi workload dia kurang.
Aku dari awal bekerja memang dah berangan nak berhenti dan cari peluang yang lebih baik untuk kembangkan kerjaya aku.
Dipendekkan cerita aku pon berhenti di company ni setelah aku rasa bosan dengan task yang berulang ulang, gaji taraf spm dan manager aku yang agak toxic. Jadi aku putuskan untuk berhenti.
Aku berhenti tanpa backup plan. Waktu tu aku agak naif lagi tentang realiti pekerjaan. Betapa susahnya nak dapat kerja. So aku tak putus asa hari hari hampir beratus application aku hantar, iv dan sebagainya. Tapi hampa, kebanyakannya gagal @ jawatan tu tak sesuai dengan aku.
One day, aku ada ternampak kekosongan di jabatan kerajaan, kerja taraf kontrak selama 1 tahun. Jadi dari tanam anggur, kontrak pon kontrak la asalkan aku dapat pengalaman. Jadi aku bekerja di sini, suasana okay, kerja sangat rilek dan semuanya baik baik sahaja.
Cumanya aku dah mula risau sebab tak ada skills baru yang aku dapat dan kerja aku juga kebanyakannya berulang ulang.
Aku mula risau apa yang skills aku nak tambah dalam resume aku. Tiada yang istimewa, kalau aku stay lagi lama pon takda apa kelebihan. Malah kontrak ini tiada elauan atau kenaikan gaji.
Aku tengok kawan kawan aku yang bekerja di company besar & sederhana nampak seperti semakin maju dan berkembang. Sedangkan aku hanya buat kerja taraf spm/diploma. Jadi dari sini aku mula memohon kerja di company company sekitar tempat tinggal aku.
Setelah sekian lama memohon, aku akhirnya mendapat tawaran kerja di company yang sederhana besar di sekitar kawasan tempat tinggal aku. Jawatan aku biarlah aku rahsiakan. Gaji dan jawatan adalah lebih baik dari kerja kedua aku.
Disinilah bermula tekanan yang dasyat. Aku tahu aku yang impikan kerjaya yang sesuai dengan pendidikan aku dan aku mahu kerjaya yang professional.
Masalahnya aku terbeban dan terkekan bekerjs di company swasta yang semuanya perlu fast past dan tiada work life balance. Aku developed anxiety dan kurang selera makan sejak bekerja di sini.
Ya aku impikan kerjaya sebegini tapi aku nak lah sekurangnya tahap tekanan tu aku masih mampu kawal.
Aku tertekan setiap hari, rasa seperti 9-5 itu tak cukul untuk aku bernafas. Sentiasa dikejar dateline. Aku tertekan, burnout, rasa tak happy lagi dalam life aku. Hari hari aku fikir masalah kerja sahaja.
Lepas beberapa bulan menghadapai tekanan yang amat dasyat. Aku decide untuk berhenti selepas 4 bulan bekerja. Aku sangkakan, panas sampai kepetang, tapi hujan di tengah hari.
Aku dapat tawaran kerja di syarikat yang baru. Pada mulanya aku rasa yang aku dah membuat pilihan yang tepat untuk memilih berhenti dan bekerja di sini. Rupanya syarikat keempat aku ini pon sama juga. Ibarat keluar mulut harimau, masuk mulut buaya.
Job scope aku tiba tiba berubah dan bertambah selepas aku bekerja selama seminggu, Aku nak lari dari tekanan kerja yang sangat berat, rupanya rupanya nasib aku masih kurang baik.
Aku hari hari tertekan dan tekanan. Hampir setiap hari aku perlu siapkan kerja di rumah. Walaupun di tempat kerja aku sudah all out, bebanan kerja itu tak pernah berkurang.
Aku tak tahu apa yang Allah nak takdirkan untuk aku. Jalan ini terlalu berat untuk aku. Aku cemburu tengok kawan kawan yang sepertinya gembira dengan pekerjaan mereka. Ada yang sudah bekerja 2-3 tahun. Sedangkan aku? masih berkebil kebil.
Nak berhenti mengejut lagi? aku dah banyak komitmen dan aku jadi trauma nak berhenti. Macam mana kalau tempat baharu nanti sama sahaja.
Aku bertukar dari seorang yang ceria kepada seorang yang sentiasa tertekan. Family aku pon tegur yang aku sekarang kurang bercakap dan bergaul dengan family.
Entahla, aku sekadar meluah perasaan. Aku sukakan kerja yang ada sedikit cabaran supanya aku dapat asah skills aku. Tetapi bukan ini yang aku doakan.
Aku harap Allah akan letakkan aku di tempat yang lebih baik dan makbulkan semua impian aku. Aku nak kerjaya dan tempat kerja yang buat aku seronok datang bekerja.
Sekian..
– Sister Dilemma (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Mana ada kerja dlm dunia ni dik non gaji sedap workload kurang. Even kau jadi bos/tokey bisnes pun bukan duduk goyang kaki duit masuk mcm air. Hidup la dlm dunia yg nyata. The problem is you. Kau sendiri yg kena takle the stress. Pergi la cari/baca how to handle. You still young. Tak kan nak tukar2 kerja sampai tua??
Hai, saya pernah rasa mcm awak jugak. Tapi benda yg awak mintak dah dapat nk kerja yg boleh asah skill awak dan kembangkan carrier awak, jadi awak teruskan perjalanan tu. Insyaallah, ada kemanisannya kelak. Dan setiap ujian tu, sebenarnya kita belajar sesuatu dan bersyukur dgn apa yg kita dapat. Selain tu, awak cuba cari kebahagiaan awak supaya awak tak tertekan sebab inilah realiti dunia pekerjaan yg sebenar. Kurangkan tengok sosial media, sebab kita tak tahu apa yg org lain rasa dan hadapi sesuatu perkara. Banyakkan doa dan solat sunat untuk tenangkan jiwa.
As a gen z i prnh di posisi you tp i jenis org yang tak kisah whether private or gov sector. Burnout, fast pace kejar deadline itu perkara biasa. Apa yg i nak suggest dekat sini you kena improve skills you dulu, and masa iv itu please ask them apa you punya job scope, siapa akan monitor you and apa scope kerja untuk position you. trust me semakin you belajar dan belajar solve problem ni, duit yg akan bayar skills you nanti. cerita pasal bidang, i dr bidang account even i bekerja sbg acc assistant but at the same time kerja admin, purchasing clerk and office girl semua ini i buat tanpa kisah pasal benda lari dari bidang. Kita kena terima yang kita ini dibayar.
Dear Sister Dilemma,
Yes, job hopping is normal. Being scared about your working colleagues, dreaming to get high salary and hating your work is okay. But hoping for a better pasture, please understand, it is every hope of every working class person.
Currently, I feel you are willing to work for high salary, even if it means doing dirty job. But what you want right now, is a workplace where your colleagues appreciate what you do and acknowledges your skills.
Here are some of my rudimentary advice:
1. Set goals – short and long term goals. Long term, I want to work at a high salary location. Okay, then what are you doing to reach that? Your short term goals can be, upskill yourself, example learn coding, or art from Youtube. Develop good observation skills, learn how to manage stress, etc.
2. Change your reaction to work : example, if people say something bad to you like, your work sucks or this isn’t how I want it. Analyze whether its an attack on your personality or your work result/ethic. If its your personality, ex, you gossip a lot. Then become a listener instead. Listen and remember but don’t parrot it to other people (except your confidants, if you need to vent or require advice). Or your style is getting the result like that, ask the boss why he doesn’t like it that and how to improve. Then the next time, follow that way. Make baby changes, my friend. Your reactions are impossible to change in 1 week. Give it time over 6 months. Like pretty sure, you aren’t screamed at everyday. But if you do, baca Bismillah and analyze and then improve. If you can do a better reaction 1 out of 10 times, is good, then slowly make it 3 out of 10 times, then slowly it will become 8 out of 10 times.
3. Stop comparing your self to your friends. When you are grown up, always remember Indah Khabar dari Rupa. Your age group of friends will always tell the world the good sides. Anything bad, they will keep it in heart, unless there is a reason to vent. So, they will always look perfect to you. Your journey will always be different from people. Just because you don’t shine now, doesn’t mean you won’t shine in 20 years. And if you do want to shine, then it takes time to build experience.
4. Research what is Imposter Syndrome. I usually watch Pirate Software on Youtube to help me overcome this problem. I think you have it too, right now because you are atm insecure and have little confidence in your value.
5. I learned Qi Men Dun Jia and read/interpret Chinese Zodiac Forecast. Yeah some Muslims say its Syirik, but I use it as a tool. I usually follow Joey Yap. Qi Men is like you figure what you are made up of and how to apply it in real life. Chinese Zodiac Forecast for 2025 (not out yet, probably when closer to CNY) to me determines what kind of challenges Universe throws at me every year. It’s a representative of what’s happening overall and not day-to-day activity. Like next year I have the Grand Duke star. While it signifies everyone will look at you and Heaven shines down on you, it also denotes loneliness. So based on my work environment, it could mean that if I want to activate Grand Duke, I will do something that catches someone very high in the hierarchy and given special treatment, so my working colleagues may get jealous and isolate me.
Hope it helps. Good luck, wherever you are. Always appreciate every little improvement you can do and always bersyukur to Allah. He may give you obstacles to see if you can overcome them now. Observe, think creative, have critical thinking, communication skills etc. He’s preparing you for something bigger in the future. You can’t see it now. But after 10-15 years, when you look back, then you’ll understand why He did that. InsyaAllah you can make it through.
dear, sng je kes awak. kawin laki kaya. jadi surirumah. duk umah goyang kaki je duit masih msuk.