Assalamualaikum wbt semua! Terima kasih la sudi baca luahan aku ni.
*Disclaimer : Ini BUKAN luahan nak pilih balik kampung belah mana tahun ni ye*
Sebenarnya bukan nak meluah, tapi lebih kepada nak dengar pendapat korang. Sebab kadang-kadang rasa macam adakah betul apa yang aku buat ni, atau sebenarnya aku yang over-paranoid?
Jadi, mohonlah korang baca kisah ini dengan hati yang terbuka dan kalau sudi, komenlah pendapat korang.
Yelah, kadang-kadang kita fikir, kita dah buat keputusan yang terbaik. Tapi rupanya pada masa yang sama, kita terlepas pandang sesuatu perkara.
Atau mungkin juga, sebab sudut pandang berbeza, kita jadi terzalim tanpa sengaja pada orang lain.
Ceritanya macam ni, aku memang ready je nak balik kampung A, beraya dengan Datuk A & Nenek A.
Cuma, Datuk A & Nenek A ni masalahnya, suka ambil cucu-cucu dari anak dia yang seorang ni untuk raya bersama.
Ambil anak-anak sahaja ye, sebab entah mana silapnya anak yang sorang ni (termasuk isteri dia) tak ada semangat nak balik beraya dengan parents sendiri (Datuk A & Nenek A). Mungkin faktor kekangan kenderaan jugak kot.
Tapi, Ikut suka dia lah kan. Dah Datuk A & Nenek A tak kisah anak dia sendiri tak balik raya.
Cuma, yang buat aku triggered sebab kadang-kadang dia bukan ambil semua cucu-cucu tu. Dia pilih-pilih yang mana nak beraya dengan dorang tahun ni. (yee… tiap-tiap tahun macam tu)
Nak kata untuk peneman masa raya takut syunyi, tak juga ye. Sebab Datuk A & Nenek A ni masa raya akan keluar berjalan-jalan ke rumah saudara mara lain masa raya. Dan biasanya, ada je anak-anak lain yang akan balik beraya sekali.
Yang aku fikir, memang baik niat Datuk A & Nenek A ni nak bawa cucu-cucu (yang dipilih) ni beraya sekali.
Tapi, kan lagi elok, kalau bila parents dia tak balik kampung beraya, anak-anak tu tetap la di rumah beraya sekali dengan dia orang.
Bukan dipisah-pisahkan parents dengan anak-anaknya itu beraya tempat asing-saing. Manalah semangat kekeluargaan masa raya ni kan??
Tahun ni pun macam tu. Bila anak yang sorang ni bagitahu tak balik kampung A beraya, Datuk A & Nenek A dah rancang nak ambil sorang dua cucu dia tu utk raya dengan dorang.
Yang paling tak best, budak-budak tu baru baik dari demam campak minggu ni.
Adakah patut aku balik kampung A? sebab aku ada baby umur kurang dari 6 bulan. Takut pulak terjangkit demam campak.
Atau patut aku cakap dengan Datuk A & Nenek A, kalau ambil cucu-cucu tu beraya dengan dorang, kami balik kampung B. Haaa… ghisau!
– Aku Confuse (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit