Satu Jawapan

Aku sebenarnya nak luah kat wall fb aku. Tapi sebab cerita aku ni melibatkan banyak pihak, jadi aku cerita kat sini je lah. 

Kalau korang rasa lost macam aku rasa, maybe korang boleh baca dulu kisah aku. Mana tau korang pun dapat jawapan. 

Mula2 masuk Ramadhan ni, aku rasa hambar. Memang menguji la. Uji kepercayaan aku pada diri sendiri, kepercayaan aku pada keluarga dan orang sekeliling. Seolah2 macam ditinggalkan bersendirian gitu. 

Kenapa boleh jadi macamtu?

Awal tahun lepas aku resign Kerja Kerajaan, antara sebabnya adalah nak fokus family. Family termasuk suami, anak2, ibu bapa, gitu. Lepas resign tu, aku buat je kerja macam biasa, cuma dengan waktu lebih fleksible. Freelance gitu. 

Maybe ayah aku nampak hidup aku macam pelik kut, graduan luar negara tak kerja kan, so dia suruh aku gi kerja dengan kawan dia. Awal2 tu, aku buat tak dengar je, sebab best kut hidup tanpa ikatan ni. 

Dah kerap sangat aku dengar permintaan ayah aku tu, akhir tahun aku pun pergila jumpa kawan dia.

Initially, kawan dia tu offer untuk kerja sambil membantu dia dengan sijil dan skill yang aku ada. Lepas diskas dengan husband semua, aku pun, ok lah, aku kalau boleh nak semua orang di sekeliling aku senang. 

Dekat2 nak start kerja tu, tetiba kawan dia cakaplah, sebenarnya income company dia tak boleh bayar aku banyak macam aku kerja sebelum ni.

Tapi, dia ada team dan fasiliti yang boleh membantu aku. Aku boleh guna je bila2 masa. And aku boleh bincang apa je mengenai pengurusan. 

Aku pun macam, eh, kawan ayah aku kut. Kira macam aku bantu ayah aku jugak kan.

Bab duit aku abaikan dulu sebab aku sendiri pun, sebelum berhenti kerja dulu, memang dah ada plan siap2. Ada lah side income sikit2. Nak back out pun lagi beberapa hari nak masuk bulan baru. Kita try dulu, kita tengok macamana. 

Bulan pertama, ok, aku tengok je cara pergerakan company dia, adalah aku tegur sikit2 pengurusan macamana. 

Masuk bulan kedua, aku tengok, takde perubahan pun, jadi aku keraskan dan kerapkan sikit teguran tu. 

Bulan ketiga, masa ni memang diorang tak bayar apa-apa lagi kat aku, sebab katanya, company tak cukup duit.

So, aku tegur lagi pengurusan. Sampai aku sendiri pun join kelas2 ads, join team meniaga, sebab nak belajar, dan tahu, susah sangat ke nak grow company?

Aku keluarkan duit sendiri, untuk banyak la benda kat tempat tu. Bukan setakat korban duit saja. Masa dan tenaga lagi.

Bayangkan, aku kerja kat situ 7 hari seminggu tanpa ada cuti. Kalau aku nak cuti, atau ada hal yang menyebabkan aku tak boleh berada di company pada hari tersebut, aku yang kena bayar. 

Masuk bulan ke-empat, ayah aku pun cakap seolah-olah gini lah, “kita nak tegur orang ni, kita kena tahu kemampuan dia macamana”. Lepastu, seolah-olahnya cakap yang aku ni lebih2, macam aku pulak bos kat situ. 

Dah satu hal, tambah masalah lain pula kat syarikat. 

Aku ni, dari niat asal nak membantu, terus mati kutu. Mati rasa. Putus Angin.
Terus aku hantar surat berhenti. Aku buat la alasan kewangan. Tapi sebenarnya, hati aku yang sakit. 

Ayah aku, mestilah marah, cuma takdelah dia marah teruk2 ke apa, just dia cakap, aku ni jenis tak sabar menunggu perubahan orang. Haha. Terlalu laju, memaksa. 

Husband aku pula, dia cakap, aku terlalu fokus kerja, tak cukup masa, duit pun habis. Dia cakap la, nanti lama2 aku akan stress. Betul jugak. 

Sedih. 

Setiap kali solat, aku menangis. 

Ya Allah, aku ni, buat semua ni, nak bagi kau redha, mak abah redha, suami redha. Tapi aku buntu. Aku nak buat apa ni ya Allah?

Sebenarnya, di saat ini aku masih berkerja, cuma sebab aku malas nak fikir pasal orang2 kat company tu, aku cakap je jumaat sabtu aku malas, dan hujung puasa + raya aku cuti seminggu. Ada la beberapa hari yang aku kena bayar. 

Tapi, aku puas hati, sebab hari cuti tu, memang aku cuba untuk fokus buat ibadah puasa. 

Aku solat hajat, aku solat istikharah, lama betul Allah nak bagi jawapan. 

Sampailah semalam, aku duk kira2 duit dengan husband nak bayar kat company tu untuk ganti cuti aku.

Tiba2, ada hamba ni bagi duit, sebab aku tolong cover kerja dia suatu masa dulu. Aku guna untuk belanja suami dan anak2 berbuka puasa. Hari pertama Ramadhan tahun ni kami sempat buka puasa sama2, cukup 4 orang. 

Terus aku teringat, kan Allah kata,

“Aku tergantung persangkaan hamba kepadaKu. Aku bersamanya kalau dia mengingat-Ku. Kalau dia mengingatku pada dirinya, maka Aku mengingatnya pada diriKu. Kalau dia mengingatKu di keramaian, maka Aku akan mengingatnya di keramaian yang lebih baik dari mereka.

Kalau dia mendekat sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta. Kalau dia mendekat kepada diri-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa.

Kalau dia mendatangi-Ku dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dengan berlari niscaya Aku mendatanginya dengan berlari kecil”

Bukan ke apa yang aku buat dalam hidup aku,sejak aku mula belajar, kerja, kahwin, berhenti kerja, kerja balik, sampai sekarang ni, aku niat untuk redha Allah, insyaAllah Allah mudahkan semua. Aku? kena yakin je. Allah akan bantu. 

Mungkin Allah bantu dari segi rezeki yang terjangkau. Mungkin Allah bantu dengan hadirkan orang2 yang boleh bagi nasihat. Mungkin Allah bantu dengan masa yang berkat. Mungkin Allah bantu bagi rasa tenang. 

Sepanjang malam tadi, subuh rasa syahdu sangat. Sampai termenangis, huhu,

Imam baca doa,

اللهم اعتق رقابنا من النار

Aku menangis..

Bilal azan, aku menangis lagi..

Terbayang, satu hari nanti, macamni lah kut kan, macam kita pergi umrah ramai2 tu, yang kita follow mutawwif, start Labbaikallah. Aku datang menyahut seruanmu Ya Allah. 

Kita pergi umrah memang dengan duit kita, tapi dengan rahmat Allah umrah kita jadi mudah, ibadah kita diterima. 

Macamtu juga akhir nanti, kita usaha, cari duit, nak jadi kaya, nak bantu orang, nak buat banyak amal, tapi yang last sekali tu, dengan rahmat Allah je yang menghalang kita dari azab. Kalau Allah tak pandang, sia2 je benda tu semua. 

Subuh pula imam baca surah Sajadah. Lagi sayu. Sebab satu masa dulu, memang aku belajar bahasa arab, dan aku faham je maksud dia. Setiap ayat tu, sampai basah telekung dengan air mata. 

Macamtu je Allah jawab pertanyaan aku.

Yang tengah lost ni.

Yang mencari tahu, usaha aku, kerja aku, selama ni berbaloi ke tak? Pandangan siapa yang aku cari sebenarnya?

Jawapannya, selagi mana yang aku buat tu, adalah mengikut had Allah tetapkan. Aku tak sakitkan hati sesiapa. Aku tak ambil hak orang lain.

Doaku, “Ya Allah, dengan rahmat dan kasih sayangmu, terima lah solat aku, puasa aku, kerja buat aku, hidup dan mati aku. Semuanya ku lakukan untuk mencari redhamu. “

So, untuk kerja yang ni dengan company ni, ikutkan surat aku, officially aku akan sign off akhir bulan ni.

Antara benda yang aku sayang nak tinggal, adalah selain company ni kawan ayah aku yang punya, company ni adalah satu medium aku boleh curahkan minat aku.

Aku harap Allah lorongkan jalan yang terbaik bagi aku. Duit bukan masalah utama.

Tapi, bila melibatkan hati, pandangan orang, perasaan ahli keluarga… hmm.. Ihdinassirrotol Mustaqim. 

Pendek pula Ramadhan kali ni kan. Aku baru start cuti dan nak feeling. Dah nak habis dah dia. 

– Anon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *