Nama aku Along, anak pertama dari tujuh orang adik-beradik. Ayah dah meninggal lama, masa tu aku baru kerja di syarikat perkapalan. Adik-adik masih kecil, yang bongsu baru dua tahun. Jarak aku dengan si bongsu 24 tahun.
Lepas ayah meninggal, aku terpaksa berhenti kerja sebab mak tak boleh uruskan adik-adik. Mak stress, depression dan ada satu hari tu dia duduk seharian dekat kubur arwah ayah menangis.
Dia stress sebab segala urusan sebelum ni ayah yang uruskan. Dia tak reti memandu, keluarkan duit dari ATM pun dia tak pandai. Adik-adik masih sekolah, seorang je yang dah kerja.
Rumah pulak Pak Ngah aku ambil, sebab rumah tu nama dia. Sebenarnya tu rumah pusaka, disebabkan ayah jaga arwah atok jadi ayah yang duduk.
Bila ayah meninggal, Pak Ngah minta kami teruskan hidup sendiri. Tapi takpe, duit aku cukup untuk menampung kos sewa rumah.
Aku bukak kedai burger dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami cukup makan, kelengkapan sekolah adik-adik semuanya cukup. Sekarang aku tolong ayah mertua je di ladang ternakan.
Adik-adik aku semua perempuan. Betul lah orang kata, lebih baik jaga 10 ekor lembu dari jaga seorang anak perempuan.
Adik aku si A terlanjur dengan pakwe. Si B dari sekolah memang dah buat perangai, aku pun tak tau apa yang tak cukup.
Aku dah cuba tumpukan sepenuh perhatian pada adik-adik. Aku dah cuba yang terbaik tapi tetap nak buat perangai. Si B baru-baru ni beranak anak luar nikah. Kalau hospital tak call aku, mati hidup balik aku tak tau.
Aku rasa menyesal bagi dia duduk luar dengan alasan nak berdikari. Patutlah setiap kali aku call nak jumpa macam-macam alasan dia bagi.
Balik kampung pakai baju besar, tapi aku tak syak apa-apa sebab isteri aku pun pakai macam tu. Style baggy baggy kata dia.
Aku dah tak tau dekat mana nak sorok muka aku ni dekat orang taman dan keluarga mertua.
Isteri aku? Dia memang bidadari syurga untuk aku. Dari zaman bercinta, dari zaman aku susah dulu memang dia sentiasa ada.
Adik-adik aku buat perangai, sikit pun dia tak marah. Ada lah bunyi sikit, biasalah orang perempuan. Keluarga mertua aku yang banyak bagi sokongan dan dorongan untuk aku.
Mak aku? Aku bukan nak cakap apa, tapi dia selalu backup adik-adik. Kalau aku marah, seminggu dia tak bercakap dengan aku.
Adik aku dah terberanak pun dia masih nak backup. Mula-mula je dia marah, dah lama dia paksa-paksa aku benarkan budak tu duduk sendiri balik.
Baru-baru ni adik aku si C tak jadi kahwin, puncanya kantoi ada lelaki lain dekat tunang dia. Keluarga lelaki datang jumpa aku, siap tunjuk bukti dekat aku.
Tak cukup dengan tu, isteri aku pun tau benda ni sebab pernah nampak adik aku dekat mall.
Dia diam sebab dia tau aku dah stress dan tanggung banyak masalah. Dia diam sebab dia taknak aku gaduh dengan mak, sebab mak tak percaya anak-anak dia teruk.
Benda ni buat aku trauma. Aku tak percaya dekat adik- adik yang lain. Si bongsu nak sambung belajar pun aku jadi takut. Isteri aku nak mengandung lagi pun aku tak bagi, aku takut sangat dapat anak perempuan.
Aku rasa aku gagal tapi aku dah buat yang terbaik. Aku cuba fokus jaga enam adik-adik aku. Segala tenaga dan masa aku curahkan sepenuhnya dekat keluarga.
Aku terpaksa lupakan kerjaya idaman aku sebab mereka. Lama-lama aku rasa macam tak ikhlas dah sebab aku rasa pengorbanan aku sia-sia.
Mungkin aku terlepas pandang tapi aku dah cuba. Aku tak tau apa yang adik-adik nak sebenarnya. Kalau isteri tak bagi sokongan, mungkin aku dah gila.
Aku selalu doa semoga Allah tempatkan dia di syurga tertinggi di atas kesabaran dia.
– Along (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit