Dilema Belajar

Assalamualaikum, terima kasih kepada Admin jika menyiarkan confession aku ini. Aku berumur 23 tahun, baru sahaja menamatkan pengajian diploma, mesti korang cakap “Eh lambatnya”, Ye! memang lambat sebab aku start belajar umur 21 tahun. Aku dah baca confession lain yang berkaitan sambung belajar ini, macam2 pendapat yang aku dapat tapi masih tidak mampu mengurangkan rasa ragu2 aku. Seterusnya, seperti tajuk di atas aku masih ragu-ragu untuk menyambung degree sebabkan faktor umur aku ini yang utamanya. Mood dan minat aku untuk sambung degree memang tiada masalah, membuak2 untuk belajar lagi dan keputusan alhamdulillah keputusan result aku 3.8 + dan semasa diploma memang tiada pinjaman ditanggung oleh tempat belajar itu sendiri.
Namun yang merunsingkan aku adalah parents aku kurang support untuk sambung belajar, mereka lebih mencadangkan aku terus kerja. Aku tiada masalah untuk bekerja tetapi aku risau tentang susahnya bekerja dengan hanya mempunyai diploma sebagai contoh lambat naik pangkat, gaji kecil dan sampai bila2 ditakuk lama..tiada improvement. Aku tahu perkara ini pun dari orang berpengalaman yang dulu suggest aku untuk sambung belajar. Dan aku rasa rugi jika tidak sambung degree kerana aku dah cuba yang terbaik untuk dapat pointer yang bagus bagi memudahkan aku sambung belajar nanti.
Berbalik kepada faktor umur tadi, memang rasa “down” sangat sebab kawan yang pernah sama belajar universiti (belajar masa umur aku 18(bln 6) – 20 (bln 6) semua dah grad degree. Cuma aku je tercicir. Dan ada kawan aku yang dah sambung master, lagi lah bertambah “down”, rasa macam tak guna je aku ni. Aku selalu berpegang dengan kata-kata “semua ciptaan atau kejadian itu indah, jika kita tidak membandingkan” aku cuba pujuk hati aku dengan kata-kata ni tapi tak mampu.
Perkara utama yang membebankan kepala aku untuk sambung belajar ini adalah apa yang akan aku hadapi selama 3 tahun masa degree nanti? Aku tak mampu nak hadap masyarakat sekeliling terutamanya sedara mara yang akan bertanya, “buat apa sekarang?” aku nak jawab belajar??? Mesti persepsi mereka macam2, mesti ada yang membandingkan anak dia dah kerja, dah tak menyusahkan dia, dah boleh bantu dia. Arggh, benda itu lah yang tak mampu aku hadapi dan memikirkan masyrakat inilah menghalang aku untuk sambung belajar. Memang aku delima. Dan aku pernah terperap dalam bilik berhari2 masa Hari Raya Aidilfitri kerana tak sanggup nak berhadapan dengan sesiapa dan menjawab soalan tentang hidup aku. Jika aku terus kerja, busuk2 pun orang dengar “Ohhh, dah kerja” dah tak menyusahkan keluarga. Faktor lain adalah, umur parents aku yang sudah lanjut (60+) yang membuat aku risau sebab risau tak sempat nak membantu mereka. Untuk makluman, aku baru terbaca artikel tentang cara sambung master tanpa degree tetapi harus melalui exam tertentu dan khas bagi mereka yang bekerja sahaja.
Last but not least, aku harap siapa yang baca confession aku ni boleh memberi idea yang boleh membantu aku membuat keputusan, dan jika ada diantara pembaca yang tahu cara cepat untuk menamatkan degree (selain transfer kredit) boleh maklumkan sekali. Sesiapa yang tahu cara nak naik pangkat atau naikkan gaji dalam perbankan pun boleh maklumkan. Terima kasih kepada pembaca dan maaf jika membuat para pembaca serabut dengan cara penulisan aku.

– ~ Sis in dilema ~

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit