Dilema Darah Muda

Assalamualaikum para pembaca IIUM confession. Tq admin jika kisah aku disiarkan sebab sebelum ni aku ada confess something tetapi tidak tersiar. Mungkin kerana confession aku dah macam Prosa Tradisional dekat dalam buku komsas sekolah menengah. Jadi untuk confession kali ini sama seperti confession aku sebelum ini cuma ayatnya lebih mudah untuk difahami.

Berbalik kepada kisah aku, cita-cita aku dari kecil ialah hendak menjadi seorang guru. Umi dan abah aku juga menyokong cita2ku. Tetapi keputusan SPM aku tidak melayakkan aku untuk memohon IPG. Aku juga memohon Diploma Bahasa Inggeris di UPSI kerana keputusan aku layak dan memenuhi syarat. Kerana syaratnya ialah minimum English B dan B lah aku dapat. Tetapi aku tidak dipanggil temuduga. Sedih sungguh.

Tetapi, Alhamdulillah aku ditawarkan program asasi di sebuah IPTA yang agak disegani. Selepas tamat asasi selama setahun, aku cuba memohon program Ijazah sarjana muda pendidikan (TESL) di universitiku dan aku dipanggil menjalani ujian MEdSI (Malaysian Education Selectors Inventory), iaitu ujian kelayakan guru. Gembira sungguh abah dan umi sebab anak dia dah nak diterima menjadi guru. Tetapi, pisang berbuah dua kali. Aku gagal ujian kelayakan guru dan tidak dipanggil menghadiri temuduga daripada Fakulti Pendidikan di universitiku.

Sebulan kemudian, Alhamdulillah, aku ditawarkan program Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Psikologi di Universitiku. Tetapi Abah tetap menyuruh aku memohon orogram pendidikan (TESL) di sem berikutnya kerana baginya graduan pendidikan agak cerah masa hadapan dan katanya jadi guru itu bagus dan senang. Katanya. Tambahan pula aku seorang lelaki. Tetapi aku membuat keputusan untuk mencuba dahulu bidang yang aku terima ini.

Sekarang, aku berada di dalam dilema sama ada hendak mengikut kata abah atau ‘just follow the flow’. Sejak aku membaca confession tentang guru yang disiarkan baru2 ini, aku berasa agak takut untuk menjadi guru. Di dalam bidang Psikologi pula, apakah prospek kerjayanya selain menjadi Psychiatrist? Aku harap kalian yang membaca dapat memberi pendapat dan pencerahan agar aku dapat membuat pilihan yang tepat. Syukran :)

-Razia-

– Razia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit