Teguran Pada Admin Page

Teguran ini khusus kepada admin-admin Facebook Page bahasa melayu yang berkemungkinan dikendalikan oleh admin beragama Islam. Tulisan ini aku tujukan pada admin beragama Islam saja.

Sebagai seorang pengguna facebook yang beragama Islam, aku harap sangat admin facebook page yang beragama Islam ini bertanggungjawab sikit untuk tapis mana-mana content yang tak patut ditayangkan. Contohnya video dan gambar perempuan seksi berbikini. Biar ada sensitiviti sikit kepada aurat. Tak kisahlah aurat perempuan Islam atau bukan Islam. Asalkan seksi dan menjolok mata, janganlah ditayangkan. Tahan sikit nafsu keinginan admin untuk share benda-benda macam tu.

Kamu sebagai admin pernah tak fikir yang kamu telah menyebabkan banyak berlaku dosa-mata bila kamu tayangkan video perempuan seksi pakai bikini dan separuh bogel? Bayangkan berapa banyak like dan share dari page yang kamu dapat dari video tak senonoh camtu? Ada yang tengok tu memang tak sengaja pun nak tengok. Bila dah sampai pertengahan video atau akhir video, baru tahu ada aksi perempuan pakai bikini separuh bogel.

Ada yang tengok perempuan seksi dalam video atau gambar, langsung tak rasa apa-apa. Siap like dan share pulak. Tak tahu nak kata apa. Seolah-olah tengok aurat perempuan seksi tu perkara biasa tanpa rasa yang dosa tu dah semakin berkumpul hitam dalam hati akibat tengok video macam tu. Kalau dah tahu dalam video atau gambar tu ada perempuan berbikini, tak payahlah nak like dan share. Tengok sendiri sudah. Sebab kemungkinan bila korang like atau share, akan keluar benda yang sama di news feed orang lain. Kalau tahu tak sengaja tengok, istighfar…bukan buat don’t know.

Ada setengah page tu, upload gambar atau video perempuan Islam seksi pakai ketat. Lepas tu letak caption seolah-olah tak setuju perempuan pakai baju ketat. Kalau tak setuju dengan pakaian seksi, kenapa kau nak sebar video dan gambar tu pulak? Nak nasihatkan atau nak malukan orang? Atau semata-mata nak naikkan page korang?

Aku tak tahulah sama ada admin page yang beragama Islam ini memang kerja dia cari nafkah dari page yang dibuat. Cuba bayangkan kalau kamu share content video dan gambar perempuan seksi, macam mana rezeki kamu nak berkat?

Sekarang ini, aku berani katakan. Kita banyak buat dosa dengan tengok video yang tak sepatutnya. Dah la masa banyak terbuang dengan media sosial. Dah tu create pulak dosa. Umat Islam semakin rosak dengan kandungan-kandungan yang merosakkan akhlak dan menambahkan dosa.

Satu lagi trend yang disebarkan oleh page ialah penggunaan bahasa yang tak sopan. Contohnya Daebak King. Suka sangat edit video korea dengan bahasa tak sepatutnya. Lahanat dan babi jadi asam garam bahasa korang sehari-hari ke? Dah la video korea korang tu penuh dengan perempuan seksi pakai singkat dan ketat. Lepas tu sebar pulak penggunaan bahasa yang tak senonoh. Netizen pun jadi terikut-ikut. Sebab tu sekarang kita tengok, pengguna facebook kita suka guna perkataan lahanat, vavi dan lain-lain. Ini semua sebab pengaruh page-page tak senonoh macam Daebak King. Hari tu masa bulan puasa bukan main stop sekejap sebab nak tunjuk hormat. Habis je bulan puasa, ulang balik dosa yang sama. Ingat jadi Islam ni kena ikut musim ke baru nak kembali alim? Bulan lain tu jadi halal ke buat dosa?

Maaf kalau bahasa aku agak kasar. Aku pun cuba perbetulkan diri selurus yang boleh agar jadi pengguna media sosial yang tak melampaui batasan. Aku mengaku yang aku pun sebelum ini ada terikut-ikut dengan trend video kurang senonoh. Tapi aku sedar yang semua itu cuma menambahkan dosa sehari-hari. Kita sama-sama mengingatkan.

Semakin runtuh akhlak orang Islam kalau admin page yang beragama Islam tak jaga batas sebagai orang Islam.

So, please. Jadilah admin yang bertanggungjawab terhadap agama dan saudara sesama muslim. Jangan sebab hasil kerja tangan kita, menyebabkan orang lain dapat habuan dosa. Ingatlah bahawa orang yang mencontohkan sesuatu yang tidak baik, apabila diikuti perbuatan itu oleh orang lain, anda akan tanggung dosa yang sama seperti pelaku. Jadi, sama-samalah kita fikirkan ye…

Aku yang concern

– Pengguna MedSos

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit