Salam and Hi semua!
Ni kisah aku, seorang budak medik di sebuah universiti Melayu yang terkemuka di Malaysia. Kisah bermula selepas aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti Melayu ini setelah mendapat keputusan yang cemerlang lah jugak dalam SPM. Aku sangka medik tu susah dan mencabar, rupanya aku silap, belajar medik tu lebih teruk, medik adalah puncak segala KEPAYAHAN! Aku ni bdk biasa2 je, nak kata hebat, jauh sekali, loser tu kekadang ada jugak lah rasa bila tak dpt jwb soalan lecturer. hmm, kalau lah aku tau medik payah cenggini, takdelah ak nak amik course ni tetapi masalahnya, aku dah final year. Despite, segala kepayahan tu, ak pass lah cukup2 makan utk masuk final year ni. Aku rasa macam nak give up, hari2 pon macam malas nk study dah tapi apakan daya memikirkan tinggal lebih kurang 5 bulan je lagi nak habis (kalau tak kena repeat), aku gagah jua. Korang semua doa2 kan lah aku pass PRO exam ni. Nanti lps grad ni ak cadang nk tunggu tawaran HO ataupon nk study course lain memandangkan houseman skrg pon mcm susah nk dapat. Aku dah berniat pon nak tukar course every year tapi tup tup pass dan masuk ke year seterusnya. Aku follow the flow jela. Nak bagitau parents, yang aku nak give up medik, kesian pulak, mesti diorang kecewa. Tapi serious, aku mcm tertipu amik medik ni, dulu aku ingat amik medik ni nak bantu orang, skrg ni nmpk mcm ak yg perlu di bantu. Aku dulu tak jelas sgt tentang medik ni, cuma tau dia mencabar je. Skrg dah matang sikit, tau lah yg sebenarnya apa2 course yg kita amik pon, kita dpt bantu org, tak semestinya amik medik.
Korang doakan lah yang terbaik untuk aku ye, aku doakan utk korang jugak. Ok bye, terima kasih sudi baca luahan aku ni. nak jugak dgr feedback korang, apa yg aku perlu buat skrg?
– Your Average Man
kenapa aku rasa macam penulis ni menulis tentang aku .kita serupa~
-3rd year medical student-