Hi, aku anak sulung dari 3 beradik. Aku dah berkahwin dan mempunyai 1 anak. Taktaulah nak kata kami ni baik sangat ke apa, sampaikan kami dipijak dari kedua belah pihak keluarga.
Bayangkan aku ada beli sebiji moto 600cc waktu mula2 aku bekerja.
Kemudian selepas berkahwin tak lama aku pregnant jadi aku pun stop naik moto besar sambung dengan suami aku yang guna tapi dia dah ada moto sendiri.
Nak dijadikan cerita, bapak aku cakap nak pinjam sebab nakp konvoi dengan geng2 dia. Okay takpalah, gunalah sekejap kan.
Tapi tidak ya, berbulan2 moto aku dekat kampung. Bila kami minta balik macam2 alasan diberi oleh mak aku. Bapak aku okay ja sebab konvoi dah lepas.
Selepas dah beberapa pujukan dapatlah balik moto dekat tangan kami. Namun bila suami naik dia cakap motor memang teruk. Condition taksama macam waktu kami bagi.
Suami habiskan dekat 3k tukar itu ini sekali tayar, servis dan so on. Tup2 2 minggu lepas tu mak aku mintak balik. Macam kami pulak yang meminjam dari org tua aku. So kami bagilah balik walaupun berat.
Ni cerita dari aku pregnant sampailah anak aku 5 tahun dah kalau kami amik pun mesti tak sampai 2-3 minggu mintak balik. Macam kami pulak yang meminjam.
So haritu balik berbuka sajalah suami pi cek motor dah tersadai. Dengan tayar pancit. Wayar hon tercabut.
Dia tak cakap apa tapi dalam kereta muka dia nampak sedihlah. Dia cakap dia give up dah dengan motor tu.
Aku lagilah sedih dahla tu 1st asset aku, siap dah bayar habis dah. Tup2 jadi besi buruk.
Then baru2 ni sebelum puasa mak aku nak pergi KL dia mintak pinjam kereta pulak. Padahal kereta dia ada. Macam2 alasan dia bagi. Kami cakap boleh, tapi seminggu jela. Sebab kereta dah nak sampai tarikh nak servis.
Dia cakap okay tak lama. Then berulang baliklah benda sama jadi. Yang aku rimas bila pergi check kereta segala macam sampah ada dalam kereta.
Mak aku ni jenis hoarder dia susah buang barang. Kereta dia pun sampai dah jadi sarang lipas..
Kami semua dah nasihat buang barang dalam kereta sampaikan boot belakang pun full tak boleh letak barang. Dia cakap semua barang nak guna. Aku jadi stress.
Tu tak masuk lagi cerita bab duit. Sentiasa setiap masa nak duit. Baik dekat aku baik dekat adik aku.
Then kalau kami balik sana wajib bawak pergi makan tempat best2 mahal2 macamlah kami ni YB kan?
So doa2 kanlah aku dapat balik kereta aku yang lagi satu tu. Bukan tak nak bag ipinjam tapi aku tak mahu benda yang sama berulang lagi.
Bertahun dah kami pakai kereta tu kami jaga baik2 sampailah ada rezeki untuk beli kereta kedua. End up nanti nak rosak dekat tangan orang lain.
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Lepas ni tak payah la bagi dah. Cakap je terus terang tak boleh bagi pinjam sebab diorang tak pandai jaga barang you.
Jgn dimanja2kan sgt walaupun keluarga sendiri.
Ingat.Kena hati kering sikit demi jaga perasaan sendiri.
Ibarat menolong anjing tersepit.Dah terlepas..dia gigit kau balik
Apa punya parents mcm ni. Nauzubillah