Dilema Membuat Thesis

Salam semua, aku merupakan pelajar bukan tahun akhir tapi dikehendaki melakukan thesis macam mana student lain yang nak graduate tu. Aku tahu buat thesis ni banyak dugaan lagi2 thesis master dan phd.

Dugaan cari maklumat, tak sempat buat, laptop rosak, kena virus, direject, perbalahan dengan lecturer, sakit dan macam2 lagi. Aku cuma hanya melakukan thesis tahap degree je. Apa yang aku nak tahu kenapa lecturer aku macam tu? Kalau sebab sibuk tu aku faham yang banyak lecturer yang sibuk.

Lecturer aku memang dah terkenal dengan sikap dia yang sibuk dan tak jawab chat student dia dari zaman senior2 lagi. Ye lah sibuk kan. Tapi aku rasa tak adil bila dia asyik tak balas message aku. Bila dia balas pun macam ayat tergantung je. Lecturer aku ni memang hide last seen dan read.

Tapi aku pelik sebab dia reply je chat kawan sekelas aku tu (kami sama lecturer). Kebetulan ke? Sedangkan aku yang jumpa bincang kali pertama lebih awal dari kawan aku tu. Aku yang hantar draft pertama awal sebelum tarikh hantar sebenar (yang ni lecturer aku reply kata nak check betul ke tak, lepastu bila aku tanya sekali lagi dia kata ada hantar ke tak?)

Jadi aku hantar dekat email lagi dan message dia bagi tahu dah hantar tapi dia buat tak layan je. Lepastu sebelum hari yang patut aku hantar, aku tanya dia lagi patut jumpa ke tak untuk bincang, dia tak jawab sampai sekarang. Aku guna ayat biasa je, ayat standard yang orang guna. Tatabahasa betul ada hormat lagi.

Orang selalu kata lecturer tak balas tu sebab sibuk. Ye lah aku faham tapi berapa lama aku nak tunggu. Setiap kali tunggu tu sekurang2nya dah 3 hari tapi selalu lebihlah dari tu. Bila kita tanya lagi, kadang2 jawab macam dia tak dapat je message kita ataupun macam biasalah tak balas2 berhari2.

Aku rasa tak adil sebab dia jawab chat kawan aku tu tapi tak jawab message aku. Dulu kali pertama jumpa dia kata student kena jumpa dia message dia. Ini masalahnya tak balas.

Kalau sibuk pun boleh je bagi tahu ‘yang saya sibuk tak boleh jumpa awak’ ke sekurang2nya kita tahu ataupun bagi tahu dekat group chat yang dia sibuk, apa yang kita buat salah atau bila patut jumpa. Kalau dah sampai sudah macam ni memang gagal lah jadinya.

Manalah student nak tahu yang kita buat betul ke tak bila reply message pun tak. Lepastu semua lecturer marah student kata ramai repeat sebab student tak buat kerja, tak jumpa lecturer, buat salah. Aku betul2 tak tahu nak buat apa. Setiap kali fikir stress aku rasa nak nangis, geram, hampa semua ada.

Ini ke yang dinamakan dugaan nak belajar? Bukan sebab masalah pelajar tapi masalah warga pendidik sendiri. Kerjaya pendidikan ni kata kerjaya yang murni lebih kepada perkhidmatan dan berbakti?

Aku tahu malah rasanya semua pelajar tahu yang lecturer sibuk dan ada beribu2 pelajar lain yang nak kena urus tapi tolonglah sekurang2nya update apa yang patut kami buat. Ini bila kami tak tahu kata tak tanya. Bila tanya kata banyak tanya dan tak nak jawab.

Tolonglah apa yang patut aku buat? Kalau korang ada pengalaman boleh comment supaya aku dapat baca, supaya aku tahu bukan aku sorang je alami.

– Student (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *