Dilema nak ikut cakap mak ayah ke apa yang pakar kewangan nasihat?

Assalamualaikum. Ramadhan kareem.

Aku perempuan. 22 tahun. Lepasan degree dan fresh grad yang baru bekerja tak sampai setahun sebelum satu bencana menimpa aku.

Nak jadi cerita, aku ni dari zaman belajar memang bawak motor aku. So aku pergi kerja, meeting kat company client,site visit semua aku banyak pergi dengan motor. Boleh kata dalam area KL/Selangor dah banyak tempat aku redah dengan motor aku tu. Jem tak jem, highway, jalan kampung semua aku dah rendah.

Aku pon suka dengar dan baca tips tips pasal pengurusan kewangan . Target aku, aku nak kumpul simpanan untuk beli hartanah inshaaAllah. Aku dah menyimpan lebih kurang RM 15k buat masa sekarang.

Hutang yang aku ada cuma pinjaman ptptn alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi culas bayar n aku try amalkan untuk bayar lebih dari sepatutnya. Aku pon target untuk lunaskan hutang aku tu dalam masa 5 tahun.

Dalam fikiran aku memang takda lansung and tergerak hati nak beli kereta. Lagipon aku lagi selesa gerak dengan motor. Jimat banyak lepas tolak segala yang wajib (bil, sewa, pinjaman, duit mak ayah, simpanan n etc).

Tapi sekarang aku dalam dilema. Baru baru ni aku terlibat dengan kemalangan. Motor aku dilanggar lari oleh sebuah kereta. Ambil masa beberapa bulan untuk aku sembuh dari efek kemalangan tu.

So, mak ayah aku dah bagitau aku dibanned dari bawak motor sebab takut pisang berbuah dua kali. And dorang minta aku untuk beli kereta sendiri. Katanya aku dah berkemampuan. Lagipon aku perempuan. Kereta kecik pon takpa asalkan jangan naik motor.

Aku alhamdulillah lepas eksiden takda trauma apa. Aku bagitau aku boleh lagi bawak motor. Aku explain dekat mak ayah aku apa yang aku baca. Apa yang pakar pakar kewangan nasihat tentang Fresh grad tak elok beli kereta awal awal ni. Buat simpanan semua. kalau tak susah nak beli hartanah semua.

Lepastu mak ayah aku cakap. Nak dengar cakap dorang ke, nak dengar cakap mak ayah. Mak ayah aku cakap dorang lagi mementingkan keselematan aku. Dorang nasihatkan aku untuk beli kereta.

Aku dalam dilema. Patut ke aku teruskan dengan perancangan aku. Atau patuh dengan mak ayah aku.

Aku dah memang dah takda transport. Satu satunya motor yang aku ada tu pon ayah aku nak jual.

Aku dah takda transpot nak pergi mana-mana. Aku boleh je nak pergi naik lrt semua. Tapi still kalau nak beli barang dapur atau ada benda urgent yang nak pergi mana mana. Aku still perlukan transport aku sendiri. Susah kot nak hidup kat kl kalau takda transport sendiri.

Hemmmmmm. So apa pendapat korang. Aku dilema sekarang ni.

– #sayacumanaktanya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

62 Comments

  1. walaupun kata2 pkar kewangan lg bernas,kata2 mak ayah yg baik wajib di patuhi..kan lg berkat..insyaAllah rzki akan dtg dr keberkatan ibu bapa..yg pntg jgn lupa engatkn depa doakn kita tiap hari..wallahualam :)

  2. beli je keta dik oi..keta kecik pun xpa..komitmen x besar..if takut pada komitmen, duit yang simpan tu buat bli keta 2nd..duit boleh simpan dik..utamakan pada keselamatan diri..kebimbangan family tu berasas..

  3. Dh ada simpanan sikit. Beli cash kereta. Jgn buat loan. P search tips beli kereta 2nd hand. 12k pon bleh dpt. Tp saranan saya. Kalau 2nd jgn beli kereta malaysia. Beli ja kereta. Tp jgn buat loan.

  4. Kalau perempuan, kereta tu dah jatuh pada keperluan bukan lagi kehendak. Keselamatan perlu diutamakan. Kalau kau tahu sikit- sikit pasal kereta dah boleh beli kereta 2nd hand. Kalau kereta baru pun ok, at least kau xla serabut dlm jangka masa setahun dua sebab risiko untuk rosak kurang.

  5. Btul la tu kate pkar kewangan…tpi kena ingt.kalo ad sebab yg sesuai.kate2 pkar tu blh trbatal…kalo dah kmalngn truk?silap2 smpai lumpuh.kan lagi teruk tu…cari je kete second, bwak sape2 yg pkar kete tu soh tgok…silap2 dpt kete murah tapi enjin tip top cume bruk je.kira okay la tu

  6. Kalau mampu beli la kereta, tp kalau x mampu, stick pakai moto dulu, kumpul duit, ada rezeki baru beli kereta, beli cash, xpayah hutang, aku pun pakai moto, banyak kali jatuh, tp Allah masih panjangkan umur, cuma satu je aku nak pesan, xkirela naik apa sekali pun, kalau bukan ajal, in shaa Allah panjang umur, tp kalau dah ajal, naik kereta langgar tiang pun boleh meninggal. Cuma moto ni syiok dia tol xpayah bayar, parking x susah, n of course, jimat minyak. Tu jd

  7. Kalau mampu beli la kereta, tp kalau x mampu, stick pakai moto dulu, kumpul duit, ada rezeki baru beli kereta, beli cash, xpayah hutang, aku pun pakai moto, banyak kali jatuh, tp Allah masih panjangkan umur, cuma satu je aku nak pesan, xkirela naik apa sekali pun, kalau bukan ajal, in shaa Allah panjang umur, tp kalau dah ajal, naik kereta langgar tiang pun boleh meninggal. Cuma moto ni syiok dia tol xpayah bayar, parking x susah, n of course, jimat minyak. Tu jd

  8. Beli rumah dah dkt umo 40thn….sbb azam x kan beli selagi xde biz sendiri….buat ape terikat dgn rmh kalau nk pegi keje hari2 macam nk pegi perang…know what u need & dgr kata family….

  9. pakar kewangan tu jgn pakai sgt..aku beli keta dulu..boleh je beli rumah sblm umur 30 tahun..pentingkan keselamatan diri..kalo dah kiok atau lumpuh..apa pun takleh

  10. Aku pon same gk.
    Mak pak x bg naik moto.
    Katanya biar membazir demi keselamatan.
    Mmg jauh beza belanja.
    Maintainen, minyak, tol, parking.
    Yg penting berkat mak bapak.

    Moto silap sikit je mmg habis.
    Kalau kereta selamat sikit.
    Tp kalau nk eksiden x bleh buat ape.

  11. Xtahu la nk ckp mcm mn mmndgkn hg pmpn….klu aku aku truskn sj guna moto….xjem, xpyh byr tol, roadtax n insurans, murah maintainance murah, myk pn jimat……skli sj hg pkai keta mmg hg umpama djerut…..smua kos akn mningkt……klu mk bpk hg nk sgt hg pkai keta sruh depa yg sponsor keta dkt hg…..syg wey dh simpn 15k ssh pyh tup2 nk abiskn utk beli keta…..bkn nk ajr utk derhaka tp parents kdg2 xfhm dgn situasi kehidupan kita…..eemmm…..

  12. Win win situation beli je keta kancil second hand. Dah dpt dlm 3,4ribu. Beli cash so kau tak terbeban hutang. Kau dh ada simpanan 15k kan,,? Apa ada hal kancil stakat 3 k. N pembelian keta second hand secara cash ni pun aku baca tips dari pakar kewangan. Tips mengelak fresh grads terbeban dengan hutang sebab baru dapat keja dah kemaruk pakai honda civic. N ingat kereta tu sebenarnya liabiliti bukannya aset. Sepatutnya nemudahkan bukan membebankan.

  13. Maaf la dik, motor kena langgar pon sakit , langgar pon sakit. Adik ipar arwah sbb dilanggar kereta ketika naik motor nak pergi mengajar. Tinggal la 3 anaknyg masih kecil dan isteri yg tak menduga semua ni berlaku.
    Jgn tunggu perkara / musibah lain yg berlaku. Sekurang2nya kalau naik motor tak de la sakit/ terpelanting bila dilanggar kenderaan lain. Betul la ajal maut di tangan Tuhan. Tapi kalah dah eksiden mcm ni masih tak ambil pengajaran, tak boleh la. Tak perlu beli kereta mahal. Beli Kereta buatan Msia pon selesa sangat2. Iriz pon cantik sgt2.

  14. Walaupun fresh grad x digalakkan utk beli kereta. Maybe keselamatan adalah lebih utama. Axia basic pun ok la, asalkn lebih selamat. Mak ayah sygkn kita, duit blh cari tapi nyawa xde gantinya. Make a right choice.

  15. naik lrt dulu la mcm tu. naik moto utk ke tempat dekat mcm utk beli barang kat pasar ke apa. sampai lah dtg balik keyakinan dlm diri parents.
    Abam ngeri jugak bila tgk gegirl bila depa terlalu yakin naik apa2 kenderaan. cilok sana cilok sini. berhati2 lah.

  16. moto tu dh abes bayar ek. tu yg ko berat nak buat hutang baru, kan? beli Kereta kancil 2nd pun ok jugak dik. tah2 ko boleh beli cash kancil skrg ni. so x ganggu flow cash ko sgt. ikut la ckp mak Abah selagi x bertentangan syarak. akak ni mak, so akak faham POV mak ko.

  17. Beli kereta boleh. Tapi beli yg 2nd and cash ikut kemampuan. Itu pon nasihat pakar kewangan. Jangan berhutang sekiranya mampu. Skdar pandangan. :)

  18. beli kereta kecik. xperlula keeta besar. nak beli rumah nant pon, diorg akan lihat pattern awak bayar hutang. nasihat sy kalau nk beli rumah cpt, lebih baik cpt2 habiskan ptptn, buatpa kita nak bayar kos admin yg tinggi tiap2 bln?
    semua yg terjadi ada hikmah dia. cuma awak blom nmpk lg apa hikmah tu. percayala, perancangan allah sentiasa cantik.

  19. Dik, dlm mengumpul harta kita kena pikir risk juga. Bawak motor pergi keja jauh2 sekitar kl nih risk dia sgt besar. Saya sendiri dah 3 kali jatuh moto. Yg pakar kewangan cakap jgn beli kereta yg di luar kemampuan. Kalau beli kereta kecik like axia or viva still ok. By the way, dpt duit pampasan insurance tuh buat la d/P beli keta.

  20. Sis ikut la ckp parents..bub mrka tahu ap yg terbaik tuk sis..xguna jugak kalo sis dpt berjimat dgn moto tapi org tua kat kampung ssh hati..t tekanan drah nek kunk..kesian kat mrka risau pasal keselamatan sis..duit yg disimpan tu lagi redha kalo bley buat parents xrisau n bhgia..insya Allah rezeki akan bertambah..gud luck sis..kami pun teringin nak jadi cm sis..bley kumpul duit byk2..

  21. Tak salah nak beli kereta, yg penting ikut kemampuan. Tips mudah, pastikan bayaran ansuran kereta dan kos-kos lain seperti tol, minyak, parking, roadtax, insurans/takaful sekitar 15-20% dari gaji. Maksimum 30%. Kalau lebih dari tu, kira tak mampu lah tu.
    Pada masa sama, ambil perlindungan utk diri sendiri. Buat permulaan, takaful kemalangan diri @ kad perubatan stand-alone dah mencukupi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *